penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, July 30, 2016

Syawal 2016

Assalamualaikum...

Haa gitu... lama giler tak hapdet blog. Apa punya malas la..ni pun sebab tak boleh tido, barulah teringat nak hapdet pasal raya. Syawal pun tak lama lagi nak melabuhkan tirai dah. Masih mood beraya ke korang? Aku.. emmm tetap mood raya. Every weekend ada je jemputan open house. Sampai tak sempat nak buat open house kat umah. Sekali je lah ari tu boss dan kengkawan opis hubby datang beraya.. nak jemput kengkawan aku pun tak sempat. 

Esok dan lusa pun jadual open house dah penuh dari tengahari ke malam. Alhamdulillah.. rezeki. So, berbalik pada citer raya.. entry dah basi giteww.. citer basi memang sinonim ngan aku sejak dua menjak ni. hahahah... Ok, iolls tahun ni turn raya kat Johor.. walau hati gundah sket coz memikiorkan semua adik beradik aku balik raya Langkawi... ada unsur jealous disitu.. huhu tak dapat kumpul ramai-ramai ngan sedara mara dan adik beradik. Tapi aku tetap cekalkan ati.. mesti ikut turn.. Johor pun family aku gak.. tak kurang pun kemeriahan raya kat sana.. sampai raya keempat kelima pun berjalan raya lagi.. haa amik ko!

Weolls balik Johor hari Ahad tu. Saja je alang-alang Johor tu setanah jer..tak perlu nak lalu laut bagai, balik la lewat sket. Sebab utama nak settlekan hal2 rumah dulu.. basuh baju, kasut sekolah anak dulu.. kemas2 umah dulu.. takdelah balik dari raya ko keletihan nak settlekan semua. Alhamdulillah.. Ahad tu jalan clear.. 4 jam dah sampai Johor.. hahah... Persiapan kat Johor sebelum raya tak banyak sangat.. kemas2 umah.. masuk kuih dalam balang.. langsir semua ibu dah tukar. Kami sempat gi final shopping raya lagi kat Aeon dan JPO.. kikikiki... malam raya cam biasa tolong ibu anyam ketupat, tapi tak juga pandai-pandai. Sudahnya aku jadi teman sembang ngan ibu jelah. Apa ke bengap sangat aku ni, susah nau nak anyam ketupat guna daun kelapa tu. Well iolls orang Kedah.. anyam ketupat palas cek retilah.. so malam raya tu aku dan ibu tido kul 5 pagi.. then bangun subuh balik.. Dari malam ke pagi memasak rendang dan lodeh. Ya Allah penat giler.. tapi iolls still maintain okay dipagi raya... 

 My Anak dara dipagi Syawal. Baju raya memang tak tempah baru. Ni baju buat masa kenduri kawin anak sedara aku bulan Mac ari.. kita recycle jer..

 With my one and only son..




Layannn.. heehehe

Bersama hero-hero kesayangan hamba.. 


 Gambar raya ni dah comel dah.. tapi si Qaireen pulak boleh naikkan kaki dia camtu.. grrr...


 Yang ni pun oklah..

En suami dan kembar dia.. kembar tapi tak seiras dan tak sesaiz.. heheheh jgn marah ye en. hubby sayang..
 


 Bersama my biras.. isteri pada kembar suami tadi..



 Cinta hati cek..



 Family photo sebelum kuar gi beraya..


 Jom beraya.. orang sebelah jeling2 giteww..



 Ini raya kedua.. beraya ke Pontian/Rengit..

 Tuan tanah berselfie.. mohon jangan muntah ijau yer..



 Boss kecik nak beraya.. kekekek..


Almost 4 jam dari JB ke rumah Mak Mun di Pontian.. huhu.. kebas bontot.. dah macam nak balik KL. Jem teruk baik highway mahupun jalan dalam.. bertabahlah kami...

 Raya ketiga.. dah ready nak gi beraya lagi..

 My little angels..




 Aktiviti wajib sebelum kuar beraya hahahha... gi beraya area JB jer.. then lajak ke Pulai visit my BFF yang baru bersalin before raya ari tu. Akhirnya, Lileen dapat gak baby girl..

 Baby comel ni diberi nama Jannah Arianna Maritza..

 Bestnya dukung baby.. teringin pulak nak baby lagi huhu.. masa dukung baby Jannah ni Ammar ngan tido.. bila dia jaga ibu tunjuk gambar ni, mengamuk dia tak nak baby lain.. dia jer baby katanya.. tetiba terpadam niat ibu nak tambah anak kekekek...

With my BFF.. rindu sangat ngan dia ni.

Tu jelah citer Syawal 2016.. Hari sabtu kami dah berangkat balik ke Klang.. Oh ya lastly wanna share gambar my family kt Langkawi.. color theme sama cam kami.. royal blue.. yeah.. all royal blue team mendarat di Langkawi..one royal blue family berada beribu batu di Johor.. utara selatan giteww... redha jelah..

Love all of you.. rindu dari kejauhan.. tapi sempat ber Skype ngan diaorang semua di pagi raya.. nasib baik ada Skype dapat mengubat rindu.. ala macam dok obersea giteww.. kah kah kah..

Ok, korang. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin yer..

Sunday, May 8, 2016

Cuti-cuti Penang 2016

Assalamualaikum.. 

Amboi lamanya tak hapdet blog. Last update bulan dua aritu..skang dah bulan lima dah..seriously memang malas sangat nak hapdet blog skang ni. Tak tau la pasai apa huhuhu. Tapi malam ni kupaksakan diri.. update la memori anak beranak ni, sebagai kenangan di masa depan. Nak harap cuci gambar entah bila la.. tu malas no. 2 la..

30 April lepas cousin aku kawin kt Alor Setar. So, alang-alang dah balik Kedah why don't kita singgah Penang. Saja la nak relax2 kepala otak kan.. lagipun weolls dah lama tak bercuti coz ada cuti jer balik kampung.. tak Kempas, balik Langkawi.. Plan asal nk bertolak Jumaat malam.. dah plan dah ngan anak sedara dan abang ipar nak konvoi sekali la kununnya.. tapi hampeh.. husband cek balik lambat pas tu dia sakit kepala pulak.. anak-anak dah excited nak balik malam tu, sekali kuciwa la abahnya kata abah nak rehat.. esok pagi2 kita balik. Namun sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah itu lebih baik. Luckily iolls tak balik malam tu.. my anak sedara dan abang ipar bertolak dari Sunway kul 10 malam.. esoknya kul 6 pagi baru sampai kat R&R Gunung Semanggol.. bapok jemmmm... kul 10pagi baru sampai Alor Setar.. haaa tak kematu bontot dok dalam keta... Weolls bertolak Sabtu pagi dlm kul 6 pagi.. kul 1.00 petang dah sampai rumah makngah aku.. Alhamdulillah.. tak jem sangat.. 


Tahniah my cousin Niqa Azizan, dengan sekali lafaz sah bergelar isteri kepada Ridzuan Razak. Moga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat.. aamin...

My anak-anak dara dan cousin diaorang tumpang pelamin raja sehari :)

Setelah selesai makan-makan beramah mesra dengan sedara mara, kami pun gerak ke Penang dalam kul 5 petang gak dah.. Wee.. lalu jambatan Pulau Pinang.. first time lalu dulu masa tingkatan 4. Now aku dah sweet 35 dah kkikiki..

 
Semasa di Penang kami menginap di Corpthorne Orchid Hotel Tanjung Bungah. Bukan tau pun jalan nak ke hotel ni, sib baik ada Google Maps yang banyak membantu sepanjang kami disana. Alhamdulillah check in dalam kul 6.30petang. Process check in very smooth..

 Bebudak ni punyalah suka.. siap menari-nari lagi kat lobby hotel sambil tunggu abah gi parking keta. 

 Malam tu kami kuar dinner ngan abang aku yang dok Penang tu. Dia mai nak amik anak dia, yang no. dua dari kiri tu.. sedap gak pekena ikan bakar kat area Seagate tu.. 

View pagi Ahad dari balkoni bilik. Kalau la boleh dok umah camni, bangun pagi nampak laut jer.. sure hilang semua stress.. aku dan laut tak dapat dipisahkan.. huhuhu..

Pagi tu kami tak kemana-mana. Lepas breakfast kat hotel, anak-anak dah mengelinjang nak mandi kolam. Nak dijadikan citer, kakak ipar aku pun menginap di hotel yang sama.. unplanned. So, bebudak ni mandi kolam berjimba sakan ngan cousin diaorang.. anak-anak happy, ibu abah pun happy juga 

 Dah tukar attire.. tak sabar dah tu nak berendam


 With their cousin, kak elena

 Ammar takut-takut lagi masa ni..

 Stunning view from pool

 my two little mermaids

 ok hero kecik tu dah berani dah.. sampai tak nak naik la pulak..

 best depa berendam no..

 Hero termenung nampak..nak gi beach pulak..







Okay..semua dah berkilat baru naik bilik mandi dan rehat. Lepas zohor kami kuar gi jalan-jalan kat town pulak. Plan nak naik Bukit Bendera. Sekali sampai orang beratur nak beli tiket tren jer dah panjang berjela-jela.. tak jadi lah. Gi Art Street.. omak aiii sesak gilerr.. jemm memeningkan kepala. Last terus ke Padang Kota.. pekena mee udang, kuew teow kerang.. dan kerang bakar plus ABC mangga. Kenyang perut, lepak kt tepi laut Padang Kota tu sambil tengok budak-budak main belon. 

 Husband cek mmg muka serius all the time.. 

 One and only son.. cinta hati ibu..


 Kapal persiaran dah berlabuh.. tetiba cam ada bangunan pulak kt situ.. bila la boleh bersiar-siar ngan kapal tu kan.. meredah samudera luas.

 Angin kuat kat sini.. dah tak sepoi-sepoi bahasa lagi. hahah..




 Si dia ni merajuk coz tak dapat main belon.. tapi mood terus berubah baik lepas dapat ais krim.. amacam senang tak ibu pujuk kekekek..


Okay-okay.. dah.. jom kita balik bilik. Malam tu kami tak kemana2. Dinner order Dominos jer.. deliver ke hotel.. Esoknya dah nak balik..malas tullll

 Pagi isnin.. gi breakfast kat hotel.. then bagi anak-anak main jap kt playground dalam hotel tu.. 



Permandangan dari ironing room.. sedihnya nak balik Klang dah.. uhuhu...

 Siap-siap.. amik gambar dulu.. then dalam kul 11.30 kami check out.. bye Corpthorne...




Balik, kami ikut Jambatan Kedua.. adalah dua tiga keta jer yang lalu jambatan tu.. seriau aku lalu jambatan ni.. panjang dan sunyi.. 



Singgah ke Kuala Sepetang dulu, lunch Mee Udang Mak Jah.. sedap giler udang dia.. fresh oiii..besar pulak tu. 


Gerak dari Kuala Sepetang pukul 2.00.. meredah jemm di highway.. alhamdulillah.. sampai umah kul 11.30 malam. Penat weih hadap jem. Berakhirlah percutian singkat kami.. InsyaAllah ada rezeki, kita gi tempat lain pulak.. :)