penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, July 23, 2010

Apa yang aku pantang??? - part 1

Amboi2.. tgk kat entry tu mcm tertanya2 lak.. pantang apa? pantang lepas bersalin ke? pantang tgk?or... ok sebenarnya nak meluahkan rasa geram dihati.... tgk kat bawah, byk....

  1. Aku pantang dengan org yang perasan dia jer umat yang baik dlm dunia ni.. konon nak jadi bermanfaat pada org lain, tapi sebaliknya byk menyusahkan org lain, tak bertanggungjawab atas apa yang dia buat.. mmg pantang sgt ngan manusia yg mcm ni.
  2. Aku pantang dengan manusia yang bila dia buat salah pastu wat bodoh lak.. mcm takde apa yang berlaku. Minta maaf pun tak (ati kering atau bongkak manusia mcm ni?)
  3. Aku pantang dengan manusia yang bila kita dah tolong dia dari sesuatu masalah (mcm lepaskan anjing tersepitla) tapi dia tak reti nak ucap terima kasih.. bukanla aku hadap sgt terima kasih ko tu.. tolong pun kerana Allah..tapi terfikir, takde ke budi bahasa skt nak terima kasih atas pertolongan org pada kita? Emmm...
  4. Aku pantang bila org bawahan aku menghempas/mengdengus bila kita arahkan dia sesuatu.. amboi2 byk cekadak pulak..
  5. Aku pantang bila org bawahan aku buat keje slow mcm siput.. cerdas skt boleh tak?? bila aku suruh amik masa berjam nak buat.. nak kena follow up tiga empat kali baru nk jalan.. apa kena ko ni?? aduhaii..
  6. Aku pantang bila aku arahkan org bawahan aku wat sesuatu keje, dia mengaku 'ok' tapi sampai kesudah tak buat. Last2 aku gak yg buat..
  7. Aku pantang bila org bawahan aku deal sesuatu tak bgtau aku. Coz at the end, boss akan tanya aku gak.. ada problem aku gak dicarinya..
  8. Aku pantang bila org perasan ganas and lasak padahal tak seganas mana pun.. ala2 feminin jer.. ckp je lebih tarak guna beb!!
  9. Aku pantang bila orang berjanji tapi mungkir, then bagi alasan tak munasabah..
  10. Aku pantang org cakap, gelak, jalan kuat2.. apa ko fikir ko sorang jer dok kat sini?? Sivik la skt..
  11. Aku pantang dengan org yang dengan kita ala2 pendiam, tawaduk tapi ngan lelaki..mak aii.. bergelak ketawa.. bersembang tak habis2... hipokrit!
  12. Aku pantang ngan org yang selalu rasa apa yg ada pada dia jer bagus.. suka condemn org lain.. hello.. you are not invited to be my friend.. stay away from me.
  13. Aku pantang bila aku tanya org tu asyik ckp "erm.. tak tau, tak tau". Apa yang ko tau???
  14. Aku pantang bila org tu tak sure tapi dia main hentam jer.. you can say "not sure, I will confirm back" instead of giving wrong info to me..
  15. Aku pantang bila aku ckp ngan org ni dia tak bagi perhatian.. hui.. am I talking to the wall??

Cukup la dulu, dah penat taip.. akan disambung kemudian.. sape tak suka baca, jgn baca.. aku tak paksa pun.. aku wat blog ni nak luahkan apa yang aku rasa.. daripada aku lepaskan kemarahan or rasa tak puas ati kat org2 tu.. baik aku taip kat sini.. bubbye..

Tuesday, July 20, 2010

Pandan Layer Cake

emm.. sabtu lepas aku teringin nak makan kek lapis pandan.. dah lama blajar tapi tak buat2 gak.. so, aku pun start la mengerjakan projek kek ni.. Qaleesya pun tido maka senang la skt keje aku..kalau tak, dia asyik nak ngacau jer.. first, aku wat kek pandan dulu.. takdelah sesusah mana.. lepas bakar kek, aku mulakan pulak projek utk layer nyer.. nasib baikla pokok pandan ada aku tanam kat dlm pasu blakang umah tu.. amik la ko nk baper byk pun.. alhamdulillah.. start wat kek dlm kul 1.30ptg..dlm kul 3.30 dah siap sume.. menu minum petang ari sabtu tu, tentulah kek lapis pandan ni.. jom layanz...


ni proses nk wat pandan layer..

ni lah kek pandan yang aku wat.. lupa nk snap masa lum potong atas dia.. ok la ni..

haaa.. ni selepas dah letak layer... agak hijau sedikit.. mentang2 la daun pandan free.. aku hentam byk2.. tersangatla hijaunya.. next time wat, dah boleh budget byk mana nak letak..huhu..


selepas dihias...



ready to eat... nyum nyum...




Wednesday, July 14, 2010

Pabila aku bosan.. ggrr!!

Semalam cuti jaga Qaleesya sebenarnya.. tapi bila princess aku tu dah tido.. bosan lak takde keje apa nk wat.. jadinya aku ubah kedudukan perabut ruang tamu yang takde byk mana tu.. maka inila jadinya.. takdelah gempak pun.. ubah skt2 jer.. baru rasa segar balik.. hubby balik keje tgk lain.. senyum jer..


sebelum ni sofa disandarkan ke dinding.. this time aku ubah melintang mcm tu lak utk jadi devider antara living and dining.. aku tak letak dekat sliding door coz aku tak nak halang cahaya yang masuk ke dalam rumah.. untuk pengetahuan am.. aku tak suka rumah yang suram.. kurang cahaya.. siang pun kena on lampu.. apa kes?? sesak nafas aku kalau rumah suram jer.. rasa cam bau kepam jer umah gelap2 disiang ari ni.. ada rezeki nanti nak beli or pasang built in cabinet as a devider.. (tu pun kalau ada rezeki lerr)

see.. nampak cahaya yang cukup masuk ke rumah.. rasa lapang dada.. sejuk jiwa.. masa nyewa umah flat dulu pun aku selalu buka pintu kat balconi agar cahaya and angin dapat masuk freely.. syukur gak aku dapat sewa umah flat yang ada balconi..kalau takde? huh tak dapat kubayangkan... ni kalau kat depan tu nanti letak pokok2 hijau.. fuh..tenang jer.. (tu pun one of the future plan..) entah bila la nak beli pokok2 bagai ni.. tang nak menjaga tu kena fikir.. sedangkan pokok pandan and kari dalam pasu kat belakang umah tu pun jarang bersiram.. (bukan malas yek.. kenkadang tak sempat.. katanya gi keje ngan bulan, balik pun kenkadang dah malam...)

tambah hiasan bunga sket kat sudut tepi tingkap tu... hajat dihati nak beli pokok hidup letak kat situ.. baru rasa sejuk umah kan... (will be consider heheh)

bangku kecil yang kutransform jadi meja kecil.. letak bunga.. dulu letak pasu tinggi kat situ.. dah bosan tukar mcm ni lak.. oklah tu .. aku bukannya pandai sgt bab menghias ni.. abaikan yek beg baby kat meja tepi tv tu... lupa nak alihkan..heheh..
Actually banyak wish list aku ni, tapi step by step la.. lagi pun 6 bulan ni byk pakai duit.. pindah umah la.. tukar keta la.. bagi slowdown dulu.. baru mulakan projek memujuk en. suami..heheh.. antara wish listnya..:
1) meja console
2) rak buku/majalah.. or divider..
3) dua buah kerusi kayu and satu meja bulat yang kecil dan comel utk letak kat ruang tamu..
4) dua buah kerusi rotan untuk letak kat depan laman.. (port bersantai di waktu petang.. ngan satu meja bulat..) leh letak bunga ros hidup kat ats meja tu.. dah tgk kerusi ni kat Ikea..huhu..
5) nak tukar lampu kat ruang tamu, dining and tangga..
6) tukar kipas kat living hall
7) standing light utk dining.. dah tgk kat Ikea juga.. heheh cantik
dan etc etc etc.. yang lain tu biarkan menerawang dlm kepala aku dulu.. moga tercapai sume wish ni.. amin......




Qaleesya demam lagi..

Ari ahad malam kitaorang bawa Qaleesya gi Putrajaya.. tgk festival laman yang sedang berlangsung sampai 18/7 ni.. sape yang minat ngan seni landskap and pokok2 taman ni.. dipersilakan la kesana.. mmg best.. aku and hubby cuci2 mata jer.. amik idea utk future landskap kat laman comel kami tu... balik je tgk Qaleesya dah start bersin and berhingus..alahai selsema la pulak.. seperti biasa, Qaleesya mmg payah nak makan ubat.. kena peluk kemas2, siap kena paksa nak bg makan ubat.. malam tu sebelum tido aku dah kasi ubat selsema and batuk.. hopefully esoknya ok la...

Esok pagi rasa badan dia dah suam2.. so aku antar la kerumah babysitter memandangkan ada urgent keje yang aku kena settlekan kat ofis.. masa kat ofis, col babysitter tanya keadaan dia.. if teruk aku amik half day jer.. tapi babysitter dia ckp ok.. dah makan ubat dia ngah main2.. aku assume everthing ok la.. sekali masa amik petang tu.. badan dia panas sgt.. membahang.. cian anak aku.. balik umah makan pun taknak dah.. nak minum susu aku jer.. then aku kasi ubat demam dan letak cool fever kat dahi dia.. mendoakan esoknya dia sihat... malam pun tido merengek jer..

Ari selasa, bangun pagi benda pertama yang dibuat.. cek suhu badan anak dulu..masih panas.. nampaknya tak keje la aku ari ni.. tak sampai ati nak tinggalkan dia umah babysitter dalam keadaan demam mcm tu.. so amik emergency leave.. awal pagi tu mmg dia asyik merengek jelah.. lepas makan ubat baru nampak dia ok sikit.. nak gak main2..


haa gambar ni diambil malam tadi.. tgk dah aktif panjat sana sini.. sibuk ngacau abah dia.. bagus nyer possing...

ni dia budak demam.. muka masam jerrr... mesti dia ckp dalam ati "apalah ibu ni, org demam pun nk snap gak.." grrr


ok.. lepas makan ubat dah start operasi.. sebab tak sihat betul lagi.. main atas katil jer.. pandangan yang agak 'kerek' bila aku nak snap gambar dia..huhu


bagus anak ibu.. baca buku yek.. moga jadi anak yang pandai yer.. (khusyuk ni)



ooohh.. saya dah letih.. sambil baring pun tengok buku gak.. alahai sejuk ati ibu...

lepas mandi pun muka masam lagi.. "saya tak sihat la ibu..."


ooohhh kena timbang berat dah turun ke? yelah tak makan.. asyik minum susu ibu jer... keep slim ahaks!!






Monday, July 12, 2010

Soalan kini terjawab...

Apa soalan yang telah terjawab?? huhu.. dah empat lima ari aku ni makan tido tak senang.. asyik dok fikir apa kena ngan diriku ini.. hormon tak betul ke? Alkisahnya dah dua minggu "bendera jepun" ku datang lambat.. ditambah ngan diri ni yang asyik pening tak tentu pasal.. loya, muntah2.. dalam ati dok pikir, pregnant ke aku ni? adoyaii.. bukan taknak anak lagi cuma rasa belum sampai masanya.. Qaleesya pun lum cukup setahun..

Abis dah asyik dok pening and muntah jer.. maka suami terchenta pun bawalah gi check kat SALAM Medical Centre.. keputusannya.. NEGATIVE... hahah harap maklum yer... gumbira juga dalam ati ni.. tapi doktor lak kata "awak jgn syok sgt.. kenkadang result negative tapi pregnant.. tak dapat kesan awal". So, dipendekkan citer.. minggu ni patutnya kena gi balik... Namun, apa yang jadi semalam "bendera jepun" sudah muncul la.. tapi tak seperti biasa.. menimbulkan sedikit kemusykilan dalam diri kami berdua.. (bukan apa, yang datang tu ala2 macam miscarriage la pulak..). Jadi utk kepastian, kami rujuk pada yang pakar.. kekdahnya.. arini pergi check up kat Umra Specialist.. jumpa gynae kat sana.. lagi senang..leh tanya mcm2.. leh scan skali.. Alhamdulillah.. my ovary sihat.. takde miscarriage.. what was happened because of the delay... so no need to worry anymore.. lega kepala otak ni.. balik makan ubat jer yek... Whatever it is.. next plan.. insyaallah ada rezeki.. next year will work hard for second baby.. heheh.. moga Allah mudahkan... moga Allah murahkan rezeki... Amin...

Thursday, July 1, 2010

Qaleesya @ 10 months old

haahh.. entry ni didekasikan khas utk puteri kesayanganku.. ucuk acam ku.. pengarang jantungku.. Puteri Qaleesya Humaira bt. Hashim.. puteriku ni dah genap usia 10 bulan (cewah.. lum setahun lagi).. apapun aku bersyukur sgt pada Yang Maha Esa kerana melindunginya dan memberi peluang pada kami suami isteri terus membesarkan nya.. Moga Kau panjangkanlah umur anakku dan lindungilah dia dari segala bahaya dan penyakit Ya Allah.. Sihatkan lah tubuh badannya, elokkan akhlaknya dan jadikanlah dia anak yang cerdik.. Taat pada perintahMu dan pada ibu dan abah..

Terasa baru je aku melahirkannya.. skang dia dah nak boleh jalan.. bila tgk perkembangan dia dari satu stage ke satu stage.. mcm tak percaya this is my daughter yang kulahirkan tak cukup bulan dulu.. yang so small, yang nangis suara kuar halus jer.. skang dah tegak berdiri.. terlalu byk dugaan semasa mengandungkan nya.. kami hampir kehilangannya... masa kandungan dua bulan, aku bleeding.. luckily masih selamat.. masa 7 bulan pun bleeding lagi.. masih juga selamat.. dan akhirnya 8 bulan, Qaleesya dah tak sabar nak tgk dunia.. dia merdeka dari perutku pada hari seluruh Malaysia menyambut kemerdekaan negara .. 31/08/2009 Qaleesya lahir ke dunia tepat jam 12.26 tgh dengan berat 2 kg di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru... the best gift ever from God utk hari jadiku yang ke 29 pada 30/08/2009.

Oleh kerana tak cukup bulan, my baby kena tahan kat NICU selama 4 hari.. aku cuma sempat pandang wajahnya sejurus selepas melahirkan.. dgn badan yang masih penuh darah dan lendir, nurse letak kepangkuanku.. Ya Allah.. inilah anak yang aku tunggu selama 8 bulan.. anak yang kukandungkan dengan macam2 dugaan, anak yang sebelum cuma gerak dari dalam.. anak yang sebelum ni aku cuma blh dgr heartbeat jer.. kini ada kat depan mata.. kulit dia masih kedut2 lagi masa tu coz pre mature kan.. aku tak sempat susukan dia lepas bersalin coz dia kena masuk inkubator.. after 3 days baru leh tgk dia.. sgt kecil, suara halus jer bila nangis.. it's my baby.. alhamdulillah..

First time salin lampin dia mmg kekok coz she's so small.. tapi berkat tunjuk ajar nurse aku berjaya gak.. and first time dapat susukan dia.. satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata2.. ni lah permata hati kami yang sekarang sgt lasak.. yang kuat jerit, yang bercakap tak habis2.. yang dah pandai panggil "abah, ma, nak, ta ta ta, da da da", yang dah pandai geleng kepala bila tak nak... to Qaleesya.. if one day dapat baca blog ibu, just want to say.. 'ibu ngan abah sgt sayangkan qaleesya.. so much dear". we want the best for you..

Ok dah.. aku dah mula touching.. so layan jer perkembangan anak aku dari hari kuar hospital sampai la skang...


ni masa baru kuar dari hospital... usia dalam 5 hari.. putih merah kulitnya.. sesuai ngan nama Humaira (putih kemerahan).. maklumla dok kat NICU tu aircond dia hampir ke tahap beku.. aku pun kena pakai baju sejuk..gigil...

Merdeka! Merdeka! hahah.. ni la anak merdeka.. tgk kulit dia masih kedut2 kan.. isi lum penuh lagi..

si kecil ibu.. baju gaun pun sampai kekaki.. skang baju ni dah atas dari lutut dia..


tgk muka cam lelakikan? sorry I'm a girl la ibu...



jeng jeng... ni masa 2 bulan.. dah berisi.. geram ngan pipi dia.. kuat nyusu..




masa umur 3 bulan.. dah pandai senyum.. heheh.. sweet girl..




4 bulan.. fotogenik tak? dah pandai posing bila org nak amik gambar dia.. ikut sape ni???



see.. I told you.. nak snap jer dia pun senyum... ehhehe.. ni masa 5 bulan..




6 bulan.. bulatnya mata...


7 bulan..


8 bulan.. gaya santai diwaktu petang.. makan angin depan umah...



9 bulan.. dah belajar nak jalan..



10 bulan!! dah berjalan tapi mesti pegang sesuatu.. alhamdulillah... go baby go...