penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, July 1, 2010

Qaleesya @ 10 months old

haahh.. entry ni didekasikan khas utk puteri kesayanganku.. ucuk acam ku.. pengarang jantungku.. Puteri Qaleesya Humaira bt. Hashim.. puteriku ni dah genap usia 10 bulan (cewah.. lum setahun lagi).. apapun aku bersyukur sgt pada Yang Maha Esa kerana melindunginya dan memberi peluang pada kami suami isteri terus membesarkan nya.. Moga Kau panjangkanlah umur anakku dan lindungilah dia dari segala bahaya dan penyakit Ya Allah.. Sihatkan lah tubuh badannya, elokkan akhlaknya dan jadikanlah dia anak yang cerdik.. Taat pada perintahMu dan pada ibu dan abah..

Terasa baru je aku melahirkannya.. skang dia dah nak boleh jalan.. bila tgk perkembangan dia dari satu stage ke satu stage.. mcm tak percaya this is my daughter yang kulahirkan tak cukup bulan dulu.. yang so small, yang nangis suara kuar halus jer.. skang dah tegak berdiri.. terlalu byk dugaan semasa mengandungkan nya.. kami hampir kehilangannya... masa kandungan dua bulan, aku bleeding.. luckily masih selamat.. masa 7 bulan pun bleeding lagi.. masih juga selamat.. dan akhirnya 8 bulan, Qaleesya dah tak sabar nak tgk dunia.. dia merdeka dari perutku pada hari seluruh Malaysia menyambut kemerdekaan negara .. 31/08/2009 Qaleesya lahir ke dunia tepat jam 12.26 tgh dengan berat 2 kg di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru... the best gift ever from God utk hari jadiku yang ke 29 pada 30/08/2009.

Oleh kerana tak cukup bulan, my baby kena tahan kat NICU selama 4 hari.. aku cuma sempat pandang wajahnya sejurus selepas melahirkan.. dgn badan yang masih penuh darah dan lendir, nurse letak kepangkuanku.. Ya Allah.. inilah anak yang aku tunggu selama 8 bulan.. anak yang kukandungkan dengan macam2 dugaan, anak yang sebelum cuma gerak dari dalam.. anak yang sebelum ni aku cuma blh dgr heartbeat jer.. kini ada kat depan mata.. kulit dia masih kedut2 lagi masa tu coz pre mature kan.. aku tak sempat susukan dia lepas bersalin coz dia kena masuk inkubator.. after 3 days baru leh tgk dia.. sgt kecil, suara halus jer bila nangis.. it's my baby.. alhamdulillah..

First time salin lampin dia mmg kekok coz she's so small.. tapi berkat tunjuk ajar nurse aku berjaya gak.. and first time dapat susukan dia.. satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata2.. ni lah permata hati kami yang sekarang sgt lasak.. yang kuat jerit, yang bercakap tak habis2.. yang dah pandai panggil "abah, ma, nak, ta ta ta, da da da", yang dah pandai geleng kepala bila tak nak... to Qaleesya.. if one day dapat baca blog ibu, just want to say.. 'ibu ngan abah sgt sayangkan qaleesya.. so much dear". we want the best for you..

Ok dah.. aku dah mula touching.. so layan jer perkembangan anak aku dari hari kuar hospital sampai la skang...


ni masa baru kuar dari hospital... usia dalam 5 hari.. putih merah kulitnya.. sesuai ngan nama Humaira (putih kemerahan).. maklumla dok kat NICU tu aircond dia hampir ke tahap beku.. aku pun kena pakai baju sejuk..gigil...

Merdeka! Merdeka! hahah.. ni la anak merdeka.. tgk kulit dia masih kedut2 kan.. isi lum penuh lagi..

si kecil ibu.. baju gaun pun sampai kekaki.. skang baju ni dah atas dari lutut dia..


tgk muka cam lelakikan? sorry I'm a girl la ibu...



jeng jeng... ni masa 2 bulan.. dah berisi.. geram ngan pipi dia.. kuat nyusu..




masa umur 3 bulan.. dah pandai senyum.. heheh.. sweet girl..




4 bulan.. fotogenik tak? dah pandai posing bila org nak amik gambar dia.. ikut sape ni???



see.. I told you.. nak snap jer dia pun senyum... ehhehe.. ni masa 5 bulan..




6 bulan.. bulatnya mata...


7 bulan..


8 bulan.. gaya santai diwaktu petang.. makan angin depan umah...



9 bulan.. dah belajar nak jalan..



10 bulan!! dah berjalan tapi mesti pegang sesuatu.. alhamdulillah... go baby go...













No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)