penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, August 10, 2010

Menjejak Sejarah di Bumi Hang Tuah..

Alhamdulillah.. akhirnya short trip yang dirancang berjalan dengan lancar.. sebenarnya we all ni dah 'dahaga' nak bercuti..tapi cuti yg ada terlalu singkat.. maklumla, company ni cuti allocation month per month.. so kira2 dalam bulan julai tu cuti kitaorang laki bini dah takde.. nak tak nak kena la gi bercuti sabtu ahad jer.. whatever it is.. plan kitaorang nak bercuti ni kena jadi gak.. tak kisahla short trip ke apa ke.. so fikir2.. Melaka la yang paling dekat nak gi memandangkan PD dah bosan... this time nak melawat dalam bandar lak.. heheh..

So a week before the date of plan trip, aku dan suami dah google hotel2 kat Melaka.. byk yang kami call dah fully book on the date yang kami nak gi tu.. alamak.. napela time aku nak gi org lain pun nak gi.. padahal bukannya cuti sekolah tu.. last2 dapat la satu hotel kat Bandar Hilir.. ikutkan info dalam internet ngan org kat hotel ckp, tak jauh mana la nak ke tempat2 bersejarah ni.. so we all book la kat hotel ni http://www.mimosahotel.com.my . Harga hotel satu malam pun reasonable RM148 nett inclusive breakfast for two. Oklah tu.. nak tido pun satu malam jer.. yang penting bilik kat hotel bersih..

So, balik keje ari Jumaat tu aku mula la berkemas.. bukan kemas beg baju, tapi kemas umah.. basuh sume baju2 keje, toto Qaleesya.. kain baju dia.. tuala, sarung bantal sume la yang bawa balik dari umah baby sitter.. so that, ari Ahad nanti takdelah aku kelam kabut.. sambil membasuh, sambil kemas umah.. ala... relax la, katapun washing machine yang basuhkan.. leh la wat dua tiga keje dalam satu masa.. then lepas tu baru packing barang nak dibawa.. barang kami dan baby.. sediakan air panas la.. makanan Qaleesya la.. prepare barang utk wat breakfast esk la.. sudahnya, aku tido dah dekat kul 2 pagi.. hui.. byk tul keje org pempuan ni.. kalau nak kemana2.. ibu/isteri la yg paling busy.. sungguh letih aku.. siap ngemop lantai lagi..

Pagi Sabtu, kul 5 pagi aku dah jaga.. kononnya plan nak bertolak kul 7 pagi la.. sibukla aku kat dapur wat bekalan breakfast..leh makan dalam keta.. aku wat sandwich telur dan goreng nugget jer.. udahlah tu.. cukup utk isi perut kami berdua.. Qaleesya tak kisah sgt.. dia minum susu aku pun dah cukup.. tak pun, bancuh nestum satu botol.. jalan...siap wat breakfast, kejutkan hubby aku, mandi dan solat subuh.. tok tek tok tek.. dah kul 7.. si kecik tu lum bangun lagi, lum mandi lagi.. kejutkan dia.. nasib baik tak ngarok (meragam).. happy jer.. mcm tau2 nak gi jalan.. sudahnya kitaorang gerak kul 8.30pg gak.. takpelah.. bukannya Melaka tu nak lari... Jalan raya pagi tu pun tak byk kenderaan.. alhamdullah.. Allah mudahkan perjalanan kami.. Tepat kul 10.30pg, kami sampai kat Ayer Keroh..

Destinasi pertama kami.. of course la Taman Mini Malaysia, dah lama tak kesini.. last datang masa aku tingkatan 4.. family trip...


Masa sampai orang lum ramai lagi.. jadi takdelah kena beratur nak beli tiket.. ni haa pintu masuk ke Taman Mini Malaysia ni.. harga tiket RM1 je.. budak2 tak kena bayar..

Bila kami masuk jer.. lepas tu mulalah ramai rombongan budak2 sekolah wat treasure hunt.. hilang semangat aku nak tgk rumah2 ni coz budak2 terlari ke sana ke mari.. sibuk cari apa ntah.. rimas aku.. byk rumah yg aku tgk dari bawah jer.. malas nak naik.. pas tu budak2 ni lak melepak and wat bising dalam rumah..

Qaleesya ngan abah.. ni rumah apa ntah.. aku dah lupa.. rasanya rumah Limas.. coz hubby aku ni bangga benar ngan rumah Johor dia.. maklum la bapa ngan anak org Johor..


kebanyakan rumah kat sini dalam proses baik pulih..maklumlah dah berusia 22 tahun.. byk yg dah rosak...



sebab budak2 skolah ni ramai sgt kat ats rumah.. aku bergambar kat bawah jelah..




kerusi kayu jati tu.. zaman dulu ada kerusi mcm ni ke? aaahh tak kisahla.. dok rehat jap..aku suka rumah kayu.. terkenang zaman kanak2 dulu dok kat umah tok aku.. huhu.. sweet memories..



Ni rumah Sarawak.. nak gi sarawak dok tangguh jer.. amik gambar kat sini jelah..


kat tangga rumah panjang..



si tecit ni.. jap dok dlm stroller, jap nak berdukung.. byk yang berdukung.. abah dia rajin layan..

tgk.. bukan dia reti dok diam kat dlm stroller tu.. Qaleesya2...


Ni la interior bilik hotel kami..so far selesa gak la.. takdelah kecil, tak besar sgt.. just nice for three of us.. bilik pun bersih gak.. ada aircond.. tea/coffee making facilities, telefon, astro, hot shower, bathtup etc.. sebelah lak, ada masjid.. org azan mmg sah dengar..

Our bed..

Qaleesya ingat aku nak tinggal dia.. nangis tak hengat..
tu jelah yang sempat snap.. coz nak rehat, petangnya nak kuar lagi..



Actually, lepas ke taman mini asean tu kitaorag gi cari hotel dulu tapi lum check in coz masa tu baru kul 12. so we decide gi jalan2 dulu.. next destination, Kota A'Famosa.. tapi kerana perut that time dah berkeroncong.. gi la cari makan dulu kat Dataran Pahlawan tu.. nak makan fast food takde selera.. sekali tgk ada restoran Nasi Lemak Antarabangsa.. so decide masuk makan kat situ.. lagi pun ada aircond... namun sayangnya.. nasi lemak + lauk.. sume tak sedap.. patutla tak ramai yg makan kat situ.. nyesal pun ada.. aku makan dua tiga suap jer.. then tinggal.. hubby aku pun makan tak habis.. dua org makan RM20.
Lepas isi perut kami, gi Mc D lak cari bubur utk Qaleesya.. isi perut baby aku lak.. then baru kitaorang jalan gi Kota A'Famosa.. keta parking kat depan Menara Taming Sari.. parking rate RM5 utk satu hari.. tak kisahla korang parking kat mana pun selagi kat dalam bandar Melaka..


Ada gak pakcik2 beca yang pelawa kita orang naik.. tapi aku tak sampai ati la tgk diaorang kayuh..mcm kesian jer.. baik jalan kaki jer.. leh gak exercise.. my hubby bergambar kat dalam kota A'Famosa..


aku and sweet Qaleesya... suka dia dapat jalan2..

abaikan mamat bangla kat blakang tu yek.. sibuk jer interframe..


diatas bukit belakang Kota A'Famosa.. St. Paul... dulu aku pernah datang sini gak.. tapi this time baru aku tau yang situ adalah tapak gereja..haish.. punya la ramai org islam gi sini.. termasuk la aku yang sengal pi lawat tapak gereja.. huhu...


Permandangan dari atas bukit St. Paul..


Menara Taming Sari.. direka seperti hulu keris Taming Sari.. Eye on Melaka tu.. tak berfungsi pun.. =(



Hubby aku yang kepenatan panjat bukit St. Paul tu.. sambil mendukung Qaleesya.. hehe..




serabut rambut anak aku ni.. panas dan berpeluh..




Dalam Istana Kesultanan Melayu.. konon2 ni zaman dulukala, sume mengadap Sultan kat balairongseri.. ini je yg aku dpt snap dalam muzium ni.. nk masuk muzium ni kena bayar RM3. Diberi sorang satu plastik bag untuk letak kasut/selipar.. korang kena buka kasut nak masuk muzium ni.. then korang kelek la kasut tu kemana korang pergi..ok..



depan muzium...


Lepas check in kul 2.30ptg.. kitaorang rehat2 dulu kat bilik.. kasi Qaleesya tido jap.. kitaorang pun tido gak hahaha.. penat gak panas2 ni.. lepas solat asar, dalam kul 6 ptg kitaorang kuar balik.. destinasi seterunya.. Muzium Samudera.. masuk dalam big ship kat blakang aku tu... Tiket masuk RM3 utk dewasa.. kanak2 RM1. kat sini pun anda dibekalkan dengan beg plastik utk isi kasut.. must bring along masa masuk muzium..



dah kata pun Muzium Samudera, pastinyalah byk kapal jer kat dalamnya.. kapal ni mmg sgt besar.. tiga tingkat wooo.. bila dok kat dalam tu mcm kat dalam rumah jer.. best.. teringat Pirates of Carribean.. Captain Jack Sparrow... (betul ke aku eja nama si jack ni.. hentam sajalah..)

haruslah posing2 ngan anak dara aku ni.. kenangan utk dia.. bkn aku heheh..

sengih jer.. ni masa kat dalam menara taming sari.. sedang menuju ke atas..tiket RM20.00 tapi kalau tunjuk I/C means that warganegara Malaysia.. dapat diskaun RM10.00. Kalau korang nak naik menara ni.. lepas beli tiket jalan ke arah tempat menunggu, akan ada staf dia yang suruh korang berdiri kat gambar permandangan menara tu dari atas.. dia amik gambar korang.. nanti korang turun, korang dapat tgk gambar korang dipamerkan utk jualan.. harga sekeping gambar 6R adalah RM35. Cekik darah giler.. tak beli dah ada gambar korang.. aku beli la juga gambar kami 3 beranak tu.. bak kata hubby aku, takpelah wat kenangan..


Alamak susunan gambar dah caca marba la.. anyway, ni la sauh kapal 3 tingkat kat Muzium Samudera tu.. besar sungguh.. baper org la nak ngankat sauh tu..
ni ler kapalnyer.. besar kan???


kembali ke Menara Taming Sari.. ni view dari atas..


kolam renang blakang menara tu.. dpt la tgk sume coz bila naik ats, menara ni akan berpusing 360 darjah.. ko leh tgk sume side..

sape yang gayat.. tak disyorkan naik menara ni.. kang ada lah yang melutut pegang kaki org...


happy family.. abah, ibu and Qaleesya.. lepas turun menara ni, kami pun gi isi perut dulu kat kedai depan menara tu.. agak mahal gak mkn kat bandar ni.. nasi goreng sepinggan RM5.. setelah kenyang perut.. apalagi.. balik hotel la.. dah penat jalan seharian ari ni..



Esoknya, lepas breakfast kat hotel.. balik bilik, lepak2..mandi, siap2.. packing sume barang.. kul 11.30 kitaorang check out.. nak gi jalan2 lagi.. lepas checkout bergambar jap depan hotel.. dah nak balik baru ingat nak snap picture.. Selamat tinggal Mimosa Hotel.. thank you for the good service...


bersama siputih.. kereta kesayangan ku.. hehe.. kat blakang keta tu masjid.. actually atasnya masjid, bawahnya kedai..



no keta kami.. WUB 8380.. thanks to my hubby coz beli no ni.. 83 (tahun kelahiran my hubby), 80 (tahun kelahiran aku).. Love you sooo much sayang.. sgt bermakna...

Jalan2 lagi kat area Dataran Pahlawan..





dalam Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan.. katanya pun gi bandaraya bersejarah.. tentulah byk muzium.. hubby ngah tgk majalah zaman dolu2..mcm kitab suci Al-Quran..

Qaleesya ni takut lak dok kt meriam ni.. relax la nak oii.. ibu nak snap gambar awk..

duit jepun..

pedang samurai.. tajam...

kat luar muzium.. bersama gambar Tunku Abdul Rahman..

last pic snap kat Melaka.. Selamat tinggal bandar Melaka... what a nice journey.. even sekejap je tapi sgt bermakna utk kami bertiga.. kami sgt enjoy ngan trip ni.. sekejap ke lama cuti tak penting, yang penting kita gunakan masa tu dengan berkualiti dan spend it with love ones... to my hubby and my sweet daughter.. nanti kita gi trip kat tempat lain lak yek.. love both of you sooo much.. muah muah...






















































No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)