penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, September 2, 2010

It's fun to be one!

Entry ni penuh bermakna utk aku coz pada tarikh 31 August 2009, jam 12.26pm aku telah melahirkan puteri sulung kami.. permata hati kami suami isteri.. dengan berat cuma 2kg (tak cukup bulan-born on 35th weeks) diberi nama Puteri Qaleesya Humaira, bermaksud puteri yang bersih dan putih kemerahan..Harapan kami moga anak kami ini akan jadi seorang manusia yang bersih hatinya, terhindar dari segala sifat2 keji...


Inilah wajah permata hati kami semasa berumur 5 hari.. baru leh kuar dari NICU.. girangnya hati coz dah rasa lama berkampung kat hospital.. akhirnya aku dapat bawa dia balik rumah.. so cute.. mmg masa lahir kulit dia putih merah jer.. and she is very sensitive dgn cuaca panas.. maklumlah, lepas kuar dari perut aku jer terus masuk NICU yang sejuknya mcm kutub utara.. kira dok kat umah masa tu habis la naik ruam satu badan coz tak tahan panas.. tapi skang ni dia dah get use of it.. haha umah kita bukan ada aircond nak oiii.. jgn ngada2 yek..
So, 31 Ogos 2010 ari tu.. genaplah usia Qaleesya 1 tahun.. Alhamdulillah.. syukur kupanjatkan ke hadrat Allah kerana memelihara kesihatan anakku.. memanjangkan usianya hingga dah setahun bernafas di bumi Allah ni.. skang ni dia mmg keletah orgnya.. mulut tak reti diam.. ada jer nak dicakapnya walau sesetengahnya aku tak faham sepatah pun.. dah pandai panggil "abah, maa, nak nak, ibu (sometime bila nak susu), nak nen.. (tu nak susu la... jgn wat tak faham k..), oh ah haa.. " keletahnya mmg buat kami terhibur tapi kenkadang geram gak coz bila dia nangis susah nak berhenti.. (ikut perangai sape la tu???? ^_^)
Bila nak makan dia akan datang depan aku dan duduk mcm antara dua sujud.. bila kenyang dia akan mula nak main sana sini.. bila dia gi main jauh2 aku akan tepuk tangan sambil panggil "Qaleesya.. meh kat ibu meh.." haha mula la dia merangkak dengan lajunya ke arah aku sambil ketawa.. bila kita lambai panggil dia, dia akan lambai balik kat kita. Dia suka sgt bila nak mandi or bila kita bawa dia masuk bilik air.. Malam2 org nak tido, dia nak main2.. suka panjat belakang aku dan suami.. suka panjat tangga.. suka jerit..dah pandai tepuk tangan bila suka.. dah pandai marah dan geramkan org.. (jgn jadi kaki buli dah..). bila dia geram, dia akan angkat dua2 tangan, gemgam penumbuk dan teran suara.. boleh korang bayangkan? hehehe...
Sangat suka bila nak gi jalan2.. apalagi kalau abah dia pakai carrier.. sgt manja dengan aku.. tak boleh tinggal mula la dia melalak.. kenkadang nak masak and mandi pun payah.. dah pandai malu2 bila ada org datang umah.. dah pandai senyum2 kat budak lelaki yg handsome (uppss bahaya ni!), dah pandai tunjuk barang yg dia nak dan dah pandai tgk tv... ok dah la tu.. sampai esok pun tak habis ni..
Ok, so disebabkan besday aku yg jatuh pada 30/08 dan besday Qaleesya on 31/08 maka kitaorang sambut sekali.. teruja sambut besday ngan anak.. hubby aku bawa kuar gi makan2 jer.. tak perlu hadiah.. ingatan pun dah cukup.. kat mana pergi makan?? biarlah hanya kami jer yang tahu.. heheheh...
ni dia ngah tunggu aku and hubby bersiap.. habis ke beg make up aku pun nak dimainnya.. dah besarkan anak dara aku?ehhehe

tak reti dok diam.. nk snap gambar dia pun payah..


hi there.. I'm already one year old...



kat restoran.. ngah tunggu makanan... dua org besday girls!!


baring kat abah setelah kekenyangan..


lepas gi makan, hubby bawa gi tgk bunga api sempena merdeka kat I-City.. first time Qaleesya tgk bunga api.. terbeliak biji mata dia hehehhe...
Doa ibu dan abah, moga Allah panjangkan umur Qaleesya.. dilindungi dari segalah bahaya dan penyakit, jadi anak yang baik dan solehah, berjaya di dunia dah diakhirat.. we love you sooo much.. Selamat Hari Lahir sayang...






Ibu..saya suka panjat tangga!

Haa.. kalau korang tgk entry tu mesti dah boleh agak kan sape yg suka panjat tangga ni.. sape lagi.. kalau bukan Princess Qaleesya tu.. aduhai.. skang ni dia dah pandai panjat tangga sampai tingkat atas.. lambat aku tinggal jap mula la aktiviti memanjat dia ni.. bila kita panggil konon2 mcm marah.. dia sengeh manjang.. sabar jelah.. aku nak halang2 sgt pun kang fikir budak umur mcm ni mmg dia in learning process tapi dlm masa yg sama, risau gak coz tkt jatuh.. faham jelah fikiran ibu ni.. sume difikirnya..


cuba korang tgk muka dia bila aku panggil.. muka tak bersalah jer..
see.. dia bukan nak stop tapi terus panjat. alahai Qaleesya.. tak serik2 yek.

ngah corner nak terus panjat ke atas.. gambar ni blur skt coz dia gerak, tapi korang nak tau this time dia ngah senyum ngan suka nya.. ingat aku nk kejar dia lak..