penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Monday, October 25, 2010

Baby dalam perutku.. soo cute..

Khamis lepas gi Umra Specialist coz kes aku bleeding tu.. ni la hasil scan.. scannyer mmg jelas.. cuma lepas print and aku snap pakai handphone, gambar ni agak kabur.. tak kisah la.. baby aku aktif tul.. berenang2 dia kat dalam rahim aku.. sampai my hubby yg duduk pun terus terbangun tgk baby bergerak tak henti2.. nampak tangan and kaki dok menggapai2.. doktor pun ketawa..


nampak tak tangan and kaki dia.. telinga pun dah nampak.. takjub dengan ciptaan Tuhan.. masa Qaleesya dulu tak terasa sgt coz dulu aku bleeding gak, then tiap2 minggu kena gi check up.. jadi tiap2 minggu tgk scanning pembesarannya rasa lambat jer.. yg ni sebulan skali.. pergh.. last time check nampak jantung jer gerak.. this time dah nampak kaki tangan gerak heheh

cayang ibu.. moga sihat kat dalam yek..

Aku berdoa dapat melahirkan dengan sempurna dan takde masalah.. Ya Allah, selamatkan baby ku..amin..


















~Perkembangan Qaleesya~

baju kelawar pertama.. tok wan ngan maklong yg kasi.. comel sgt Qaleesya pakai baju ni..

gelak sampai ketelinga.. happy sgt la ni..

Sebenarnya aku ni happy sgt ngan perkembangan Qaleesya baru2 ni.. Jumaat lepas dia asyik depakan tangan kanan dia and jari kiri tunjuk kat satu jari tangan kanan dan sebut 'atu, atu,atu'.. mula2 aku and hubby tak faham apa yg dia wat.. lastly lepas dh byk kali dia sebut baru kami perasan yg dia sedang mengira.. atu, atu tu rupanya dia sebut satu.. Ya Allah happynyer.. walaupun baru pandai sebut satu, tu pun tak jelas sebutannya tapi tetap happy.. cerdik anak ibu ni.. dia happy sgt bila tgk kitaorang tepuk tangan dan cium dia bila dia pandai sebut 'atu' tu..

Skang ni gak, kalau handphone berdering or kami pegang handphone dia akan letak tangan kat telinga dia dan sebut 'ao'.. hehe dah tau kegunaan handphone tu.. kenkadang dia amik remote control dan letak kat telinga dan sebut 'ao, ao.. ' kelakar tgk keletah dia setiap hari.. at least aku tau, dia ni belajar dari pemerhatian.. so, skang ni mmg cerita kat tv kena screen skt.. coz ari tu aku tgk drama melayu, ada la adegan kat disco.. si Qaleesya leh ikut berjoget bila tgk org kat dlm tv tu menari.. ooo no good.. pengaruh tak elok tu.. terus aku tukar chanel lain..

One more thing, malam semalam aku tido awal coz sakit kepala.. dalam kul 1 pg dia kejut aku, aku tak bangun. dia panjat badan aku.. main mata, hidung aku.. last2 aku bangun gak.. rupanya dia nk tunjukkan yg dia dh boleh berdiri sendiri.. tau apa dia wat.. dia datang kat aku.. tonggek2 nak bangun then dapat berdiri tanpa pegang apa2 dia tepuk tangan.. Ya Allah.. anak aku dah boleh diri sendiri.. bestnya.. inilah yg dia nak tunjukkan pada aku.. bila aku happy dia lagi tepuk2 tangan.. then kalau jatuh dia bangun lagi.. lama gak la dia duduk bangun cam tu.. excited sgt dah boleh berdiri.. hai anakku.. Ibu happy sgt ngan perkembangan Qaleesya..nanti belajar atur langkah lak ye sayang.. cepat jalan coz ibu dah tk boleh dukung Qaleesya selalu.. Sayanggggg Qaleesya.. mmmuahh muuuaah..





Saturday, October 23, 2010

~Buat suamiku yg tercinta..~

Entry ni khas utk suamiku yg aku sayang dan cinta dunia akhirat.. Sape yg agak2 akan muntah hijau, sila jgn baca..
Aku bersyukur sgt dipertemukan dengan insan yang bernama Hashim ini.. dialah lelaki yg paling jujur dlm perhubungan, awal2 perkenalan lagi dia dah bgtau yang dia mencari seorang isteri bukan kekasih.. dari situ lagi hati aku dah cair coz aku tau lelaki ini ada matlamat dalam perhubungan, bukan sekadar berkawan suka2..
Yang, I love you so much... Terima kasih kerana menjadi suami yang sabar dengan kerenah i yg macam2.. kadang kala ok, kadangkala tak ok..heheh (aku ni sometime angin gak.. no good kan..)
Terima kasih atas segala pertolongan yang telah u beri pada i, even penat mcm mana pun bila i sakit2 badan (especially time pregnant ni.. ) u sanggup picitkan, sanggup sediakan makanan bila i tak larat bangun, sanggup kemas umah dan basuh baju bila i terlampau letih bila balik keje.. sanggup ganti2 bangun wat susu utk Qaleesya..
Terima kasih coz sudi jaga i bila i sakit demam.. sanggup kipaskan i dan Qaleesya bila blackout, sanggup sapukan mosquito repellent pada tangan dan kaki i time i ngah tergaru2 dalam tido..(sebenarnya masa garu tu mmg tak sedar.. tapi i sedar time tu sapukan repellent tu..) terharu sungguh..
Terima kasih kerana tak bagi i masak bila keadaan i bleeding, belikan makanan pagi, tengahari dan malam utk kita.. sanggup ulang alik antar makanan dari tempat keje.. (sesungguhnya aku dah rasa nak nangis ni..)
Terima kasih coz setia menjalankan tanggungjawab u pada i dan anak.. terima kasih kerana u lebih suka lepak dan kuar dengan family dari buang masa ngan kawan2 u kat kedai kopi.. terima kasih utk segalanya.. Sesungguhnya walaupun u tak dapat sediakan rumah besar utk i dan anak.. tak limpahkan dengan wang ringgit dan emas permata.. tak selalu bawa i melancong ke serata dunia.. Apa yang telah u lakukan utk i selama kita kawin, lebih dari segalanya.. I really appreciate it dan ianya sgt menyentuh hati i..
Untuk kesekian kalinya, i want to say that I love you sooo much... dulu, kini dan selamanya (bukan UMNO yek).. doa i, moga Allah limpahkan kebahagiaan dalam rumahtangga kita, panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat.. amin...

Monday, October 18, 2010

Makan2@Jamuan raya@house warming

Entry ni 3 in 1.. Kami start pindah masuk rumah ni pada 01/01/2010.. masa masuk dulu takde wat house warming bagai mcm setengah org lain.. maklumlah budget dah lari..heheh.. yelah, nak masuk umah ni kami wat renovation skt ngan extend dapur, kitchen cabinet dan cat interior.. ngan kos lori etc lagi.. beli perabot tambahan lagi.. tambah2 that time baru dapat baby kan.. so, postponed dulu la house warming ni..
So, bincang2 lepas raya wat la makan2 sikit utk kengkawan dan sedara... walaupun agak lewat, tapi takpelah. janji wat kan.. cukup la utk menutup mulut org2 yg banyak bertanya pasal ni.. even keadaan aku that time agak kurang mengizinkan (kena morning sickness teruk), aku tetap gagahkan diri utk arrange majlis kecik ni.. dengan pertolongan kakak aku, maka semua hidangan dapat disiapkan on time... Alhamdulillah.. Allah beri aku kekuatan utk masak dan melayan tetamu yg datang.. tapi lepas semua selesai aku terus lembik..
Ok, kronologi jamuan ni:
Majlis kecik ni berlangsung pada 03/10/2010, masih dalam bulan syawal.. nk ckp open house pun malu coz majlisnye kecik jer.. makanan pun ala kadar jer.. Pada siangnya aku and hubby angkut Qaleesya ke pasar borong Meru beli barang2 utk dimasak.. dlm kul 11pagi balik umah dulu coz dah janji ngan tukang kebun yg dtg nk potong rumput dan bersihkan laman.. lepas zohor kuar lagi cari barang yg belum cukup. So petang tu dalam kul 5, aku dh start prepare barang utk dimasak pada malamnya.. Menu utama Mee kari.. malam tu kakak aku datang tolong aku wat kuah kari.. so, aku pun mula la mengupas bawang, basuh ayam.. bebola ikan.. prepare sume bahan.. so that nanti takde la kelam kabut..
Malamnyer dalam kul 10.00 kakak and abang ipar aku pun sampai.. (diaorang dtg lewat coz gi open house umah jiran diaroang dulu), maka aku dan akak pun ketung ketang kat dapur masak.. Qaleesya lak asyik meragam je malam tu.. asyik nak berdukung jer.. itu tambah melambatkan keje aku.. so, pendek citer kitaorang settle masak dah kat kul 2pg.. thanks to akak coz sanggup susah payah tolong aku.. huhu terharu..
Lepas siap masak, akak aku pun dah balik, bermula tugas aku mengemas rumah lak.. kemas sana sini.. mop sana sini.. tung tang tung tang.. tgk jam dah kul 5pg.. penatnyer Tuhan jer yg tahu... lepas tu mandi and solat.. aku terus dummm atas katil.. bangun kul 8.30pg baru nk celur mee, tauge, dan potong sume bahan masuk kat bekas.. kul 10 Qaleesya bangun, tangkap dia gi mandi and siapkan dia.. then aku sambung balik siapkan dan atur barang makanan kat meja.. susun sume pinggan dan cawan.. hubby aku dh gi amik sate dan beli ais batu.. Bila hubby balik, pas tugas wat air and jaga Qaleesya kat dia.. then aku lak mandi.. elok2 jer aku siap, tetamu pertama dah datang.. jiran sebelah rumah, Mr. Sandren and family.. bagus jiran aku ni.. even bangsa lain tapi sgt prihatin.. layan2 dia. .then pakcik aku lak sampai.. lepas pakcik aku makan, dia tolong hubby aku bakar otak2.. Alhamdulillah, Allah utuskan seseorang tolong kami.. maklumla, kami berdua je nk wat sume.. then lepas tu baru la sepupu aku sampai.. and kengkawan yg lain.. jom jengok sikit keadaan on that day..

antara juadah yg disediakan.. kek pisang beli jer.. mee kari wat sendiri ngan bantuan kakak aku.. makaroni bakar tu pun wat sendiri.. bakar pukul 2 pg.. huhu..


sate dan kuih2 raya.. kuih raya tu buat satu jenis jer.. yg lain main tunjuk...

sikit buah-buahan..


Kerusi meja yg telah dibooking dan disusun oleh suamiku.. sewa kat operator kantin di ofis.. agak murah gak..5 buah meja dan 20 kerusi cuma RM40.00


Sejuk mata tgk rumput yg telah dipotong ni... laman kecik jer.. huhu


Permandangan dalam rumah.. abaikan buku dan bantal yek.. itu Qaleesya nyer keje..


with officemate.. kak ita.. thanks coz sudi datang..


ni lah kakak aku yg sudi tolong adik dia masak ni.. dia byk tolong aku masa majlis berlangsung.. thanks kak..jasamu ku kenang..

kakak aku ngan jiran sebelah umahku.. mila and anaknyer rayyan.. mila ni baik sgt.. sape kata kejiranan aku ni tak best.. org yg tak dok sini.. sekali lalu leh la ckp.. aku yg dok sini rasa ok sesangat.. semangat kejiranan tu ada tanpa mengira agama dan bangsa..

abang ipar aku yg amik alih tugas bakar otak2 diimport khas dari kempas (kampung halaman terchenta).. thanks abang.. susah payah tolong kitaorang


nyum.. nyum...



haa.. ni la otak2 yg telah siap dibakar.. sedap hingga menjilat jari.. ramai yg suka dan ada yg tak sempat merasa coz mendapat sambutan hangat.. takpe nanti kitaorang blk kempas u all kirim yek.. kami berniaga otak2 lak hehehe..

Antara tetamu yg hadir..


suasana di halaman..

Makchaq rajin layan Qaleesya.. sib baik dia tak meragam..

tengok.. gembiranya dia.. ramai org, ramai kawan.. ramai org nk melayan dia gak..


dapat duit raya, pegang tk nak lepas..


tercopong apa tu?



husband mila yg berbaju merah tu.. rakan sembang hubby aku malam2..

antara officemates yg datang..

hubby aku yg sibuk ke sana sini menyambut kengkawan.. aku cover dalam rumah..yelah nak layan yg kat dalam rumah dan top up makanan..

haipp abg apik wat per tu?


ini ank kakak ku yg bongsu..megat apik.. dia ni susah sgt nk kuar rumah.. alhamdulillah.. ari majlis ni dia sudi dtg..


haaa ni ank kakak aku yg kedua.. kakak si apik ni.. dua puteri dalam family ku sulong... Puteri Aifaa Yusra dan Puteri Qaleesya Humaira.. (mesti you all tertanya naper mesti ada puteri dan megat kat depan nama ank2 kami... mak aku cakap, because kami adik beradik perempuan ada pangkat 'ku' kat depan nama kami, if kami kawin ngan lelaki yg takde pangkal 'ku' so anak2 kena dinamakan puteri (bagi perempuan) dan megat (bagi lelaki). ini utk mengekalkan keturunan.. tak nak hilang ditelan zaman.. ikutkan jelah.. tak salah pun..
Oklah.. panjang sgt dah ni.. harap korang tak bosan baca entry yg dah agak basi ni heheh chow!





++Raya oh Raya++

Ini adalah entry basi coz raya dah lama lepas tapi aku baru terhegeh2 nak update... faham2 jelah yek.. sgt bz.. company aku start cuti raya on 9/9/10.. kitaorang malas lak nak amik cuti awal coz takut cuti tu nk guna bila kecemasan.. lagipun johor bukan jauh sgt.. balik awal pagi, tengahari dah sampai.. sempat lagi nak nolong apa yg patut... so, dari isnin tu aku dah mula kemas skt2 barang yg nak bawa balik.. on that day, kononnya nak kuar lepas sahur.. tapi memandangkan badan penat coz malamnya tido lambat (ntah apa kemas sampai lambat tido) then Qaleesya pun lum bangun2.. cianlak nk angkut dia subuh2 tu.. so sudahnya kul 8.30 pg baru kitaorang gerak dari rumah.. Alhamdulillah, jalan tak jem.. keta pun tak banyak.. maybe ramai yg dah balik awal..berhenti sekali je kat hentian rehat Machap, then teruskan perjalanan... perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama, ingin berjumpa sanak dan sedara... Kul 11pg kitaorang dah sampai depan rumah MIL... masa col MIL minta bukakan pagar, dia pun terkejut kiraorg dah sampai.. dia ingat dlm kul 2 baru kitaorang sampai...


Sampai jer tgk PIL wat pergola/wakaf baru kat sebelah rumah.. wah best ni tempat lepak petang2... siap ada sebakul mainan lagi.. Qaleesya leh main.. cantik ayah wat tempat tu... aku suka! Masuk dlm tgk MIL ngan anyam ketupat... ayoyo.. aku mmg fail wat anyam ketupat nasi ni, maklumla kat Langkawi makan ketupat palas.. reti la aku anyam ketupat palas.. takpe belajar la ngan MIL... punya la gigih aku belajar, tak gak pandai2.. bengap tul menantu sorang ni.. sudahnya aku gi wat keje lain..


Petang tu aku rasa badan Qaleesya dah start panas.. haih naper lak ni tetiba panas membahang jer.. demam lak ke, bagi tau hubby and MIL... plan nk bawa ke klinik.. sebelum tu sempat lagi gi bazaar ramadhan.. nak cari air katira yg aku tak sempat minum puasa tahun lepas (dah beli tapi sampai umah MIL jer, ketuban pecah.. terus masuk hospital.. tak sempat merasa air katira). So this year, aku nak gak... akhirnya dapat la air katira yg pure nyer... then cari beriani gam asli johor.. skali dah habis daaa... kempunan gak tk dapat ni... tanya pakcik tu, dia kata raya ke 10 baru dia buka kedai balik...huh aku dah kt Langkawi time tu.. takpelah, next time balik johor leh makan lagi... so, lepas beli makanan.. bergegas cari klinik coz dah dekat nak berbuka.. banyak klinik yg tutup, at last dapat satu klinik kat Bandar Baru Uda, tapi klinik tu hanya buka pada pukul 8.30pm.. so, decide balik umah dulu la.. on the way balik dah masuk waktu berbuka.. nampak berbuka dalam keta gak la kitaorang.. Qaleesya tido jer, badan dia sgt panas..
Malam tu bawa Qaleesya ke Klinik Penawar kat BBU, doktor ckp badan dia sgt panas.. kena masuk ubat ikut montot.. bila letak je ats tilam, punyala dia melalak tak nak baring.. jenuh aku pengang.. after masuk ubat and amik ubat kat farmasi, kitaorang bergegas balik.. sampai je kat umah, jiran depan rumah ngan main mercun..pergh meriah gila diaorang berlawan2 tembak mercun ngan jiran2 yg lain..mcm nk gugur jantung aku.. dlm hati agak bengang gak la, anak aku ni demam, kang terkejut bunyi mercun yg kuat tu makin teruk lak demamnya.. alhamdulillah.. Qaleesya tido ngan nyenyak mlm tu.. kitaorang jer yg tak tido sgt coz jap2 bangun rasa badan dia.. lap ngan air.. cian ank aku.. last year raya, dia masih dlm pantang.. lum tau apa lagi.. this year lak baru nak happy2 kutip duit raya, dah demam lak.. dugaan...
Alhamdulillah, esok paginya tgk badan Qaleesya dah kurang panas.. tapi selsema lak.. takpelah.. keep on bg ubat.. comel sgt dia pakai baju kurung.. hubby dah gi solat raya, aku ni terkedek2 mandi dan siapkan Qaleesya, turun bawah tolong MIL wat apa yg patut.. bila hubby balik solat jer.. lepas makan, cepat2 ajak snap gambar raya.. tak sempat nak snap satu family coz sumenyer ngan hal masing2.. takpelah, next time. Kitaorang bergambar kat wakaf yg ayah wat tu.. selalu sgt gambar raya dalam rumah kan.. kali ni ami outdoor la pulak.. hehe..


budak tecit bertoncet ni.. cian dia.. selsema lak..


ibu jer happy lebih, ank muka confuse..

outdoor session


like father, like daughter


best sgt sambut raya dah ada ank ni..


really love this picture.. insyaallah, tahun depan kitaorang raya berempat pulak.. moga adik Qaleesya lahir dengan sihat dan sempurna..

love this picture too.. I love both of them sooo much..









Sib baik tak accident!

Tajuk cam apa jer kan.. actually nak story skt pasal pemandu kat Malaysia ni..ada gak yg apa patut aku panggil yek... bangang tak bertempat la kot.. huh! mmg berangin tul.. org kata ajal maut tu di tangan Allah.. kalau dah takdir mati accident, mati gak kan.. aku juz minta doa dijauhkan mati dlm keadaan yg teruk ni.. cian keluarga nak tgk mayat aku nanti.. dah melalut lak.. ok, pagi ni aku ke Kastam Westport, ada urusan skit.. kalau dah kata westport korang faham2 jelah kan.. betapa sibuk ngan kontena kiri kanan kat jalan raya tu.. on the way balik, kat pulau indah.. aku mmg dok lane kanan la, coz kat lane kiri berderet lori kontena.. depan aku ada sebuah keta dan depan keta tu ada lagi sebuah keta.. belakang aku lak ada dua tiga lori kontena.. kalau sape yg biasa ulang alik ke westport mesti tau mcm mana pemandu2 kontena ni bawa lori.. tak hingat dunia..

Yang nk dijadikan cerita.. kereta yg berada paling depan tetiba slow mcm mencari arah.. apalagi kami yg sedang laju ni terpaksa la brek bahaya.. keta depan aku dan hampir nak terpusing dan kereta aku pun dah terhoyong hayang gak.. tekan brek sehabis daya.. Ya Allah.. nasib baik takde apa2.. yg hangin tu keta depan tu lepas slow mcm org bodoh.. tetiba gerak balik.. kalau aku dapat driver tu nak je aku hentak.. balik tadi agak sakit gak kat perut ni.. maybe urat kejang coz wat emergency brake kan.. sib baik kandungan aku ok..

Kepada pemandu diluar sana.. tolongla jgn pentingkan diri sendiri.. kalau agak2 nak cari jalan, jgn la dok lane kanan.. pi dok lane kiri nu.. senang.. fikir2la org kat belakang anda kalau nak slow or brake tetiba.. belakang aku dah la lori besar.. korang faham la lori ni brake angin. dia nak kena amik masa.. sib baik tak dirempuhnya aku.. kalau tak.. selamat tinggal la korang... tolong la berhati2 ketika memandu.. kelalaian anda boleh menyusahkan org lain.. syukur pada Allah coz masih memanjangkan usiaku..

Sunday, October 17, 2010

Thanks to Kak Enyda..

Entry ni ditujukan khas untuk kak eynda coz dia dah sudi ajar aku camne nak tukar background blog ni.. maklumla.. aku ni budak baru belajar..kena la tanya pada yg senior dan pro... Kak Eynda.. makasih bebanyak yek... akhirnya dapat gak tkr background blog saya.. byk sgt pilihan.. amik je yg ni.. ok pada mataku..hehhe.. nanti kalau ada apa2 lagi.. saya akan tanya akak lagi..harap tak bosan ngajar yek...love u..ehehhe

masalah meng'upload' gambar

Emm.. dah lama aku tk hapdet blog aku ni.. pertama coz aku ni ngah morning sickness.. rasa mls sgt nk update blog.. kedua keje berlambak2 kat ofis.. takde masa nk ngular update blog.. semalam dah cantik ngadap laptop nak update.. internet slow lak.. berjam2 aku tunggu nk upload tiga gambar jer.. itu menambahkan lagi la kemalasan aku... mlm ni pun sama..TENSION!!!! mesti korang bosan tgk blog aku takde entry baru kan.. harap maaf yek.. byk benda nk update tapi terbantut dek ke'slow'an internet ni... tgkla sok kalau ada masa time rehat..aku update mana yg sempat kat ofis... to Kak Eynda and Cik Puan Bunga.. thanks for being my follower...hehehe..

Friday, October 15, 2010

Pertunangan yg dinantikan...

Tanggal 10/10/10 selamatlah kawan aku masa diploma dulu bertunang ngan pilihan hatinya.. Nazrul.. to Nimi and Nazrul.. selamat bertunang.. sabarlah menghadapi ujian dialam pertunangan.. cepat2 kawin tau..hehhe.. mmg cepat pun, majlis nikahnya bulan Februari 2011..
Anyway, naper aku cakap pertunangan ni pertunangan yg dinantikan coz diaorang berdua ni dah lama bercinta.. kalau tak silap aku dari tahun 2004 lagi.. berbagai dugaan dan rintangan yg telah diaorang tempuh.. namun kasih diaorang tetap utuh dan kuat.. syabas aku ucapkan wat nimi and nazrul.. akhirnya tarikh keramat ni mengikat hubungan mereka..melangkah ke satu alam baru, alam pertunangan.. aku doakan sume berjalan lancar hinggalah mereka diijabkabulkan.. jodoh mereka kekal ke akhir hayat.. terharu dan gembira bila dapat jemputan ke majlis pertunangan ni.. pertama coz aku ni dah lama sgt tk jumpa nimi. Last jumpa masa dia datang ke majlis kawin aku kat Langkawi.. (nimi ni my roommate merangkap housemate masa aku dok bujang kat Sungai Way dulu).. kedua mestilah sebab diaorang dah nk bertunang la... Cantik sgt nimi on that day.. so layan la gambar2 yg sempat aku snap..



hantaran hasil kerja kreatif nimi.. baru bermakna kan bila wat sendiri..

pelamin dan hantaran tema pink putih.. sweet sgt...


sempat snap gambar ngan nimi , masa ni rombongan lelaki lum datang.. apalagi amik kesempatan la.. pucatnyer muka aku huhu..


Ceria bergaya di pelamin..




she is so pretty... sweet jer..


upss ni budak tecit tak reti dok diam.. kesana kemari.. akhirnya dapat gift terus dok senyap..