penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, October 23, 2010

~Buat suamiku yg tercinta..~

Entry ni khas utk suamiku yg aku sayang dan cinta dunia akhirat.. Sape yg agak2 akan muntah hijau, sila jgn baca..
Aku bersyukur sgt dipertemukan dengan insan yang bernama Hashim ini.. dialah lelaki yg paling jujur dlm perhubungan, awal2 perkenalan lagi dia dah bgtau yang dia mencari seorang isteri bukan kekasih.. dari situ lagi hati aku dah cair coz aku tau lelaki ini ada matlamat dalam perhubungan, bukan sekadar berkawan suka2..
Yang, I love you so much... Terima kasih kerana menjadi suami yang sabar dengan kerenah i yg macam2.. kadang kala ok, kadangkala tak ok..heheh (aku ni sometime angin gak.. no good kan..)
Terima kasih atas segala pertolongan yang telah u beri pada i, even penat mcm mana pun bila i sakit2 badan (especially time pregnant ni.. ) u sanggup picitkan, sanggup sediakan makanan bila i tak larat bangun, sanggup kemas umah dan basuh baju bila i terlampau letih bila balik keje.. sanggup ganti2 bangun wat susu utk Qaleesya..
Terima kasih coz sudi jaga i bila i sakit demam.. sanggup kipaskan i dan Qaleesya bila blackout, sanggup sapukan mosquito repellent pada tangan dan kaki i time i ngah tergaru2 dalam tido..(sebenarnya masa garu tu mmg tak sedar.. tapi i sedar time tu sapukan repellent tu..) terharu sungguh..
Terima kasih kerana tak bagi i masak bila keadaan i bleeding, belikan makanan pagi, tengahari dan malam utk kita.. sanggup ulang alik antar makanan dari tempat keje.. (sesungguhnya aku dah rasa nak nangis ni..)
Terima kasih coz setia menjalankan tanggungjawab u pada i dan anak.. terima kasih kerana u lebih suka lepak dan kuar dengan family dari buang masa ngan kawan2 u kat kedai kopi.. terima kasih utk segalanya.. Sesungguhnya walaupun u tak dapat sediakan rumah besar utk i dan anak.. tak limpahkan dengan wang ringgit dan emas permata.. tak selalu bawa i melancong ke serata dunia.. Apa yang telah u lakukan utk i selama kita kawin, lebih dari segalanya.. I really appreciate it dan ianya sgt menyentuh hati i..
Untuk kesekian kalinya, i want to say that I love you sooo much... dulu, kini dan selamanya (bukan UMNO yek).. doa i, moga Allah limpahkan kebahagiaan dalam rumahtangga kita, panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat.. amin...

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)