penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, January 9, 2011

huh air panas!!!

Ini kisah sedih semalam... semalam bangun pagi lepas mandi sume, aku pun mulakan tugas mengemas rumah. Si kecik Qaleesya masih lum bangun lagi.. Aku ni jenis bila wat keje, mesti menyambil wat keje lain sama.. contoh sambil kemas umah, sambil masak air, sambil basuh baju.. 3 in 1.. baru cepat siap. So, ngah ngemas2 tu, tap.. bunyi air kt keetle dah masak.. so bergegas amik termos, masukkan air dlm termos.. (ini utk preparation nk bancuh susu Qaleesya nanti..) baru senang. bila dah tutup termos, aku angkat la termos tu nk letak kt tempat dia, sekali air termos tu keluar la.. kena tangan kiri aku.. Ya Allah.. panasnyer Tuhan jer tau.. sib baik tk terlepas termos.. dan nasib baik that time Qaleesya takde.. (dia tu suka ngekor aku kt dapur). Cepat2 aku letak tgn yg kena bawah paip air yg mengalir.. huh pedih dan panas toksah citer la.. (to be honest mmg aku menangis menahan sakit) then cepat2 call hubby bgtau (hubby aku lak ot semalam).

Pas tu call mak aku lak.. tanya nk wat camne. Mak aku suh letak ubat gigi..dah sapu ubat gigi rasa kurang sikit sakitnya.. Kul 10pg hubby aku balik jap, hantar makanan.. yelah aku tk sempat wat breakfast pun.. and mandikan Qaleesya (aku tk leh mandikan dia coz tangan sakit bila kena air). Tapi aku tk gi klinik gak. tu salah aku la..ingat letak ubat gigi dah ok.. petang tu tgk, tangan dah bengkak dan ada gelembung air.. Hubby balik keje jer, terus ajak gi klinik. Doktor ckp, patutnya aku kena datang seeloknya selepas kena.. skang ni dah susah sikit nk baik.. so skang tangan aku ni dah macam lebam merah kehitaman.. msh pedih skt2 lagi.. for sure lepas ni ada parut..hodoh la.. what to do.. dah takdir.. terima ngan redha jerlah.. huk huk huk....

2 comments:

  1. adusss..siannya ija...
    tp mmg betul petua letak ubat gigi tu...
    selain lalukan bwh air mengalir..nak kasik sejuk..tp org kata... lagi berkesan la kalau immediately letak ubat gigi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. skang nak kering la.. tapi aku rasa bakal meninggalkan parut..huhu..huduh!

    ReplyDelete

Feel free to drop your comment k.. tq =)