penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, July 26, 2011

Rutin harian seorang ibu..

Saja jer nk share ngan korang rutin harian aku on weekdays.. sape yg jd ibu mesti faham kan.. apa lagi ibu yg bekerja. Sometime agak memenatkan tapi at the end rasa puas ati coz everything kelengkapan anak2 kita yg sediakan.. kalau suruh si suami buat pun bukan tk boleh, just kang dia dah wat.. aku lak yg terhegeh2 wat second check up.. jadi takde maknanya.. biarlah aku je yg wat.. lagipun ibu ni tau skt baju mana nk sesuaikan utk anak, baper byk diapers nk dimasukkan dlm beg, mana beg baju kotor nk diletakkan bla bla bla..

Rutin aku setiap ari.. balik keje, gi amik anak2  kt nursery.. sampai umah paling lambat kul 7.30 ptg.. itupun kalau balik keje menyinggah mana2 lah kan.. kalau tk menyinggah, kul 6.45 dah sampai umah.. sampai jer.. mandikan anak2.. diri sendiri.. hubby mandi sendiri la.. tkkan aku nk mandikan lak..ekkeke.. uppss.. 18SX.. siap sume, solat.. baru la makan, suap anak2 makan.. then kemas umah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju.. sambil2 tu menyusukan qaireen.. ada masa pump susu.. pas tu sidai baju, then kemaskan baju anak2 untuk ke nursery.. pi mai pi mai.. tup tup dah kul 11.00 mlm.. menonton tv?? emm jgn harapla.. aku mmg tk pernah ada masa nk duduk menonton tv on weekdays.. kenkadang rasa cam ketinggalan zaman pun ada bila kengkawan bercerita ttg drama terbaru..heheh.. nk boleh rehat sikit pun on weekend jelah.. tapi takpelah, tugas seorang ibu kan..

Bila dapat rebahkan badan ke tilam.. rasa lega sgt.. dapat luruskan badan.. nikmatnya.. kul 11 mlm dah kena tido.. esok pagi nk bangun awal.. korang tau kul baper aku bangun? kul 4.30pg dah bangun.. naper awl sgt?? coz aku nk pump susu utk my baby.. (pengorbanan seorang ibu..). lepas pam.. masukkan sume susu yg nk dibawa ke nursery into cooler bag.. letak sume bag kt sofa then naik atas.. salin diapers Qaleesya and Qaireen. Susukan Qaireen jap, then mandi, solat subuh, make up apa yg patut.. 6.30pg dah kena kuar umah coz nk avoid jam.. kul 7 or 7.15 aku dah sampai ofis. We all kena kuar awal coz hubby aku transit kt ofis aku.. dia tinggal keta lagi satu kt ofis aku. So, dia akan tukar keta kt situ baru gerak ke ofis nya.. Setiap ari cengginilah rutin hidup aku.. on weekdays mmg jarang sgt masak.. tak terkejar..luckily hubby sgt memahami.. dia pun byk menolong. Thanks yang..

nilah bag2 yg patut tersedia setiap pagi.. ni aku bawa pump manual.. kalau pump letrik aku bawa bag galas tu coz leh muat pump ngan cooler bag sekali.. korang lak camne yek??? citer la sikit... bye.

Diapers pun ada "Limited Edition"

Amboi2.. ingat kete jer ada limited edition.. diapers pun ada gak.. ekekeke.. kelakar la pulak, tapi beli juga. sajer cam cun jer tgk Qaleesya pakai diapers ni.. untuk size adik takdelak.. comelkan??

 siap ada ABC & I love you.. cute sgt la.. suka2..

You love me?? oohh of course I love you Qaleesya.. very2 much.. cam sayang lak nk guna.. comel2 cam ni jadi tempat letak bahan buangan jer.. ekekke.. oklah tu jer nk citer ngan korang.

Tuesday, July 19, 2011

Qaireen masuk hospital.. sekali lagi kami diuji..

 Sesungguhnya kita tk tau kita ni kuat atau tak selagi kita tak diuji Tuhan dengan dugaan yg berat.. Dugaan Qaireen kena admit kt wad amat menguji ketahanan jiwa kami suami isteri. Sebelum ni bukan Qaleesya tk pernah masuk wad, tapi Qaireen sampai ke ICU. Tambah pulak dia baru 2 bulan lebih bernafas di bumi Allah ni.. Hanya Tuhan yg tahu betapa luluhnya hati ibu dan abah bila tgk anak terlantar di katil hospital dengan menggunakan bantuan pernafasan. Time tu rasa nk ganti jer tempat dia..time tu aku rasa sanggup korban nyawa utk dia.. sungguh berat dugaan ini.. berat mata memandang, berat lagi bahu kami yg memikul..

Semuanya berlaku dengan pantas. Baru dua hari Qaireen batuk2.. takdelah teruk sgt. Nak bawa ke klinik, aku ingat lagi doktor pernah ckp masa Qaleesya dulu, takde ubat yg boleh bagi pada bayi bawah 2 tahun. Insyaallah ia akan baik sendiri.. just bagi susu badan. Hari Khamis (7/7/2011), Qaireen ada check up 2 bulan kt klinik gomen.. kena inject. Balik dari klinik aku bagi dia ubat demam yg klinik bekalkan coz injection tu leh wat baby demam. Siap sume, aku hantar dia ke nursery coz aku ada appointment kt HSB.  Keadaan dia time tu biasa jer.. masih aktif lagi.  Petangnya bila amik dari nursery, penjaga nursery bgtau yg Qaireen asyik merengek jer.. tk nak tido. Aku ingat coz perut dia kembung ke apa. Balik kerumah aku dah rasa lain.. dia kurang minum susu..pastu asyik batuk kira teruk gak la.. tgk dia pun mcm payah nk bernafas. Asyik tido jer.. Bgtau hubby ajak gi jumpa pakar kanak2 kt Umra (aku selalu bawa ank jumpa pakar kt situ).  Malam tu bawa jumpa pakar, pakar ckp Qaireen dah teruk. Kena admit hospital coz dia dah tk aktif. Pernafasan dia pun payah.. doktor takut dia stop breathing kalau dah penat sgt. Doktor wat referral letter to HTAR (aku lum amik insurance tuk Qaireen that's why minta gi gomen hospital).

So kitaorang laki bini pun kelam kabut la balik umah, call nursery ckp nk tinggalkan Qaleesya bermalam kt nursery.. sib baik boleh. Siap sume terus antar Qaleesya ke nursery (sedih giler tinggal anak malam2 kt nursery.. huhu..) tapi apakan daya.. nk bawa pun tk boleh. sampai HTAR dlm kul 11 mlm.. terus ke bahagian kecemasan. Punya la ramai org.. pong pang doktor cek itu ini.. at last warded jam 1.30pg (8/7/2011). Aku ngan hubby that time ngan tk makan nyer.. langsung tk rasa lapar. Tapi hubby aku sempat bawa nasi lemak dan sambal udang yg aku masak,buat bekal. But that time nk makan pun dh tk lalu.. paksala diri makan sesuap dua coz takut pengsan lak..lagipun nk susukan Qaireen lagi.. First, Qaireen ditempatkan di wad 6B.. bapak sesak wad ni.. hospital bagi 'pangkin' tuk aku tido.. tapi sampai kepagi aku tk tido.. mata tk blh lelap langsung. Kul 3.30 pagi, doktor pakar wat rounding.. dia ckp Qaireen kena pneumonia (jangkitan kuman pada paru2). Cara dia tarik nafas pun payah.. Sedih sgt tgk dia.. tiap kali dia hembus nafas, bergegar katil kecik tu.. cian ank aku.

 masuk oksigen

 Tangan kena cucuk coz diaorang nk amik sampel darah. Esok paginya doktor nk cucuk tempat lain lak tuk amik sampel darah lagi.. tempat kt tangan tu dah kena buka coz Qaireen menangis sakit.. cari punya cari sampai petang tk jumpa urat. Panggil lak doktor pakar wat, pun tk boleh juga..kat belakang tangan ngan kaki penuh kesan tusukan jarum.. betapa sedihnya ati ni.. terseksa nya ank aku.. huhuhu.. (cam nk menitik air mata bila kenangkan). At last dlm kul 6 ptg, doktor decide Qaireen kena masuk ICU coz pernafasan dia still tak ok. Result x-ray pun tunjuk byk kesan putih2 kat paru2 dia.. which is not good. Masa kt ICU ni lah, aku dah tk tahan lagi tgk dia 'dikerjakan doktor2'.. mmg aku dah terduduk kt luar bilik ICU tu.. sedih yg amat dgr ank aku menangis tk henti2 kt dlm.. air mata toksah citer la.. laju mcm hujan.. dah tk peduli lagi dah org keliling.. yg aku ingat.. Ya Allah, selamatkan my baby.

 Qaireen dengan bantuan pernafasan.. setiap 3 jam kena nebulizer dan sedut kahak. Then bagi susu ikut tiub terus ke perut. Pas tu masuk ubat kt leher tu... Masa ni aku selalu ckp ngan dia 'Qaireen jgn takut.. ibu abah ada kt sini, ibu abah sentiasa doakan Qaireen cepat sihat, Qaireen kena kuatkan semangat.. kena cepat sihat.. ibu abah sayang Qaireen, kakak sayang Qaireen.., ibu tau ank ibu kuat.., Qaireen tk boleh mengalah, Qaireen kena fight..' Aku usap kepala dia, baca Al Fatihah, Ayat kursi, zikir tk henti dan tiup kt ubun2 dia.. Baca Yassin utk dia.. wat solat hajat moga Allah sembuhkan ank aku ni.. Keesokannya doktor try buka bantuan pernafasan tapi she still cannot survive.. Pakaikan balik bantuan pernafasan tu.. aku time ni hanya mampu berdoa dan bertawakal.. rasa seperti separuh jiwa ku pergi.. hati ni dh tk kuat dengan dugaan ni, tapi aku perlu bertahan demi Qaireen.

 Alhamdulillah, keesokannya kesihatan Qaireen bertambah baik. dia dah boleh bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan.. but doktor still guna oksigen biasa.. step by step.. aku dah nampak cahaya skt time.. insyaallah.. anak aku akan sembuh.. berkat doa yg tk putus2..

 tanggal 12/07/2011, Qaireen dapat kuar dari ICU.. tiub susu ke perut pun dah ditanggalkan.. aku dah boleh bagi direct breastfeeding kt dia.. suka sesangat..  kt ats tu name tag dia masa kt ICU.. saja je amik gambar wat kenangan.. even sakit.. berat tetap maintain.. 6.6kg tu.. sume nurse geram ngan pipi dia..

 ni line kt leher tempat masuk ubat dan air.. ni kira special case jer kena wat line kt sini.. patutnya baby tk boleh wat line kt sini, tapi coz Qaireen ni debab sgt.. kat sini jelah yg diaorang jumpa uratnya.. redha jelah. janji ank ibu sihat.

 baru la dia dapat tido ngan nyenyak kt Wad 6A.. aku pun dapat la tido setelah 6 hari tk cukup tido.. huwaaa...

 tag kt katil Qaireen kt wad 6A.. ramai yg terkejut tgk nama dia.. most of them ingat dia ni lelaki..tapi tgk nama.. alamak puteri la.. apa2 jelah dik oiii.. nanti ibu kasi pakai pinky2 skit.. kasi pakai hairband bunga2 sket baru nampak cam gegirl..

 sedap tido sebelum line kt leher tu dicabut.. melalak sakan lepas tu..

 ni la tempat aku tido utk semalam kt wad 6A.. at least ada gak tempat tuk luruskan badan setelah berhari2 tido tk lena.. makan pun tk menentu.

 ibu yg terlebih happy ank dapat kuar wad..

 merekalah sumber kekuatan hidup ku.. nyawa ku..

 kakak pun happy adik dah kuar wad..

ibu sayang Qaireen.. doa ibu tk putus2 agar anak2 ibu, Qaireen dan Qaleesya terus sihat hendaknya.. ibu nk tgk Qaireen dan Qaleesya membesar dgn sihat.. ibu tk sanggup lagi nk tgk anak2 ibu masuk wad.. Ya Allah.. peliharalah kesihatan anak2 ku.. amin...

Terima kasih kami sekeluarga ucapkan pada rakan2 dan keluarga yg sudi meluangkan masa melawat Qaireen di hospital, yang tak putus2 mendoakan agar Qaireen cepat sembuh dan sentiasa memberi sokongan pada kami suami isteri..hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..

Tuesday, July 5, 2011

Kelahiran Puteri Qaireen Hafiyya bt. Hashim - Part 3

26/04/11

Masih lagi berkisar ttg kisah kelahiran bayi kedua ni.. sebelum tu aku nk ckp siap2.. entry ni adalah kenangan tuk aku dan insyallah bila ank2 aku besar nanti especially Qaireen, dia leh baca kisah kelahirannya. Maaflah, takde gambar nk diselitkan, hatta gambar katil hospital pun aku tk berkesempatan nk amik.. tak kose ngah sakit2 tu.. kalau ada antara anda2 diluar sana yg baca.. maka sila bayangkan saje yer.. ekekek..

oklah, after dah masuk wad, aku tgk ada sorang kakak ni satu bilik ngan aku.. bilik air pun dlm tu dan besar.. lepas je baring kat katil, tetiba aku rasa sakit cam nk buang air besar.. sakit giler!!! aku try nk bgtau nurse yg tiga empat org ngah rancak bersembang kt dlm bilik aku tu (bergosip sebenarnya lepas antar aku) tapi sorang pun tk dengar.. aku ni dh la lemah lagi.. sakit lak kt 'bawah' tu.. takkan nk jerit kot.. diaorang bersembang punya kuat sampai aku panggil tk dengar. Sudahnya diaorang kuar mcm tu jer.. dah diaorang kuar, aku pun dengan susah payahnya bangun dari katil gi bilik air.. nk sampai blk air yg sekankang kera tu pun rasa jauh giler.. menggigil badan aku menahan sakit.. masuk toilet, tk boleh 'membuang' gak.. darah dah kuar byk sampai meleleh ke lantai.. ayoo what to do ni.. skt yg amat.. at last aku terduduk kt lantai.. aku tarik tali siren panggil nurse tu (betul ke ayat aku.. ahh boleh jer la). Dekat 15 minit baru muncul.. terkejut gak dia tgk aku.. aku time tu dah mcm nk pengsan dah menahan sakit.. apa ni?? tk pernah rasa pun mcm ni.. nk kata sembelit pun bukan.. tapi aku rasa mcm sesuatu yg besar nk kuar.. nk bersalin lagi ke? Biar betul!!!

Nurse tadi kelam kabut gi amik wheel chair.. diangkatnya dan didudukkan aku ats wheel chair tu (dah mcm usop wheelcha lak aku.. ) dan tlk ke katil. Lepas baring, datang doktor check.. aku suruh nurse contact hubby aku yg entah kt mana. Nurse pun dtg masukkan ubat kasi senang 'membuang'. Tapi aku masih sakit sgt2.. then hubby aku masuk, dia ingat aku lum bersalin lagi. Siap bawa nasi ayam tuk aku makan.. bila dia masuk jer, dia tanya 'dah bersalin ke?'. Anak aku yg dok tengah2 bilik tu dia boleh tanya, anak sape ni?? Anak kita la yang oiii.. tengah blur2 dan kelam kabut tu, doktor pakar masuk. Dia cek kat then she said aku kena operate mlm tu gak.. Ada urat bengkak and darah beku kt dlm.. tak boleh tunggu lagi coz makin lama urat tu semakin membengkak.. that time dah sebesar jari telunjuk.. patut la skt giler.. doktor ckp, mmg masa bersalin tk boleh detect. Selalu few hours lepas bersalin baru urat tu akan membengkak dan end up kena operate balik kt tempat jahit, potong urat tu, sedut sume darah beku sambung balik urat and jahit balik... serius.. berderau darah aku mendengarnya.. but that time dah sakit tk terkata.. wat la doktor apa yg patut janji hilang sakit ni..

So, prosedur biasalah nk operate, kena sign form itu ini, sign form utk terima darah bla bla bla.. maka nurse2 pun membusy pakaikan aku baju tuk masuk OT, pakaikan topi bagai.. lepas siap sume, tolak aku kedepan kaunter wad tuk tunggu OT siap. Masa tu aku mmg nerves gila, even dah kena inject ubat tahan sakit tapi takde maknanya.. sakit cam tu gak.. Sempat gak pesan ngan hubby aku jaga anak baik2..manalah tau, kot2 ajal menjemput ats meja OT. Call mak aku minta ampun dan maaf..sadis sungguh rasanya.. cam mmg dah sampai saat akhir.. (emo gitu). Air mata toksah citerlah.. nangis sebab sakit, nangis sebab takut nk kena bedah (yelah 1st nk kena operate), nangis sebab if anything happen tak sanggup nk tinggalkan anak2.. dh mcm hujung nyawa rasanya.. (agak over kan hahaha).  Hubby aku sentiasa disisi, tapi tak lama coz cukup masa dia kena kuar (ate gov. hospital melawat ikut time).  Baby nurse amik letak kat kaunter sama diaorang.. mekacih nurse jagakan my baby.. Pukul 9.30mlm ditolak ke OT.. sejuk satu badan rasanya.. Pakar bius dtg jumpa aku, tanya ada alergic apa2 ubat tak, then explain kt mana dia nk bius bla bla bla.. Bius kt saraf tulang belakang. Sebelum bius aku kena duduk sambil membongkok kan badan.. skt yg amat coz aku mmg tk blh duduk.. Tiga org pegang aku that time.. kaki aku menggeletar menahan sakit.. air mata laju mcm hujan.. that time dh tk malu dah kt sape2 pun dlm OT tu.. walau ramai yg melihat. Lantakla korang, yg sakit tu aku.. lepas bius separuh badan, diaorang baringkan aku. Pakar bius tunggu kat hujung kepala aku.. maka bermula proses pembedahan.. mmg tk rasa apa pun.. even pakar bius tu suruh aku tido, tapi mata ni tk boleh lelap.. tgk diaorang kesana kemari.. sejuk sgt... that time dlm kepala kosong.. Alhamdulillah, pukul 11.30 mlm aku ditolak keluar dari OT. Diletakkan di luar OT untuk sementara coz tekanan darah aku rendah..kena pantau dulu.. that time aku mmg rasa sejukkk saaaaaaaangat.. sampai menggigil satu badan.. nurse2 tu selimutkan aku ngan berhelai2 selimut.. kulit lak rasa gatal2 kesan dari ubat bius.. after tekanan darah dah ok, baru aku ditolak keluar ke wad.. that time mmg separuh badan mcm lumpuh.. nk pusing pun org tolong.. sampai je ke wad.. baby aku yg dok kt kaunter ngan nurse terus nangis.. nampak sgt dia dah cam bau aku.. terus dia nk nyusu. Nurse ckp, diaorang bagi susu formula pun dia minum skt jer.. rupanya dia tunggu ibu.. nk minum susu ibu.. dengan pertolongan nurse aku susukan Qaireen.. ok, dah panjang sgt.. sambung next entry yek.. cau cin cau..

Monday, July 4, 2011

Expressed Breast Milk (EBM)

Salam.. this time aku nk citer pasal EBM.. tentu korang tau apa tu EBM kan.. bagi ibu2 yg bekerja tapi dlm masa yg sama memberi susu ibu pada bayi mereka pasti tahu apa itu EBM. EBM ni ialah susu ibu yg diperah (dipump). Bila ibu2 ni gi keje, of course la kena pump susu untuk bekalan baby di nursery. Bagi yg tk bekerja dan menyusu bayi sepenuh masa, anda sgt bertuah coz sentiasa dapat bersama baby.

Aku tgk skang ni ramai yg dah ada kesedaran nk bagi susu ibu pada baby mereka.. Alhamdulillah, kempen kerajaan yg satu ni amat berkesan. Kalau kita tgk kat hospital skang, kebanyakan hospital kerajaan sudah jadi Hospital Rakan Bayi.. so, kalau bersalin kt sini jgn harap nk bagi susu formula kt baby anda.. sakit mcm mana pun anda digalakkan bagi susu badan pada baby. Contoh terdekat time aku bersalinkan Qaleesya. Dia kena dok NICU coz tk cukup bulan. Even aku dah discharge, aku ttp tk boleh balik coz kena bagi susu badan pada dia. Baby tk cukup bulan lagi perlukan susu ibu utk meningkatkan berat badan dan antibodi. So, aku kena stay 4 hari kt wad, ulang alik ke NICU setiap 2 jam tuk menyusukan Qaleesya. Tak kira malam atau siang.. nk kata tido lena mmg tak dapekla.. pernah satu hari tu, sampai kul 4 pg jer aku dh tk boleh naik ke NICU lagi coz kaki dah cramp.. satu badan rasa sakit.. maklum la time tu dlm pantang, tk cukup rehat.. pas tu ulang alik setiap 2 jam ke NICU..mmg mencabar, tapi kugagahkan demi anak tersayang.

Masa Qaireen lak, lepas dibersihkan jer nurse terus bagi pada aku tuk disusukan.. malam tu lepas jer operation, ngan separuh badan tk boleh gerak (kesan bius), aku ttp bagi susukan Qaireen dgn bantuan nurse. Maklum la, tk boleh bangun. Setiap kali Qaireen nk menyusu jer, nurse akan datang, angkat dia letak kt katil aku.. lepas menyusu nurse dtg balik angkat dia letak kt katil baby.. Walaupun agak susah dan sakit, tapi aku puas ati dapat susukan ank dengan susu aku sendiri.. bukan susu lembu (susu formula). Ok dah melalut jauh lak. Actually, susu ibu ni sgt baik utk baby.. antaranya:

1) Susu ibu kaya dengan DHA (lebih dari mana2 susu formula)
2) Susu ibu lebih hygenic dan mudah dihadam.. kenapa? 80% kandungan susu ibu adalah air dan ia lebih cair dari susu formula.. perut baby lebih senang menerima. Sebab tu baby yg minum susu ibu senang berak. Hygenic coz ia dari dlm badan kita.. tk perlu nk steril botol susu bagai.. dan baby yg minum susu ibu jarang sakit.
3) Susu ibu kaya dengan antibodi melawan penyakit
4) Kajian menunjukkan baby yg minum susu ibu lebih cerdik
5) Menyusukan bayi dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
6) Menyusukan bayi dapat mengecutkan rahim lebih cepat
7) Ibu yg menyusukan bayi lebih mudah kurus.. (telah terbukti)
8) Memberi susu ibu dapat menjimatkan wang ringgit anda..
9) menyusukan baby adalah salah satu cara utk lambat mengandung.. bagi yg planning, tk perlu makan ubat perancang sume.. just susukan bayi anda.

Ada byk lagi kelebihan susu ibu ni.. kalau nk tau, rajin2 la google kt internet atau anda boleh lawat website ni http://www.susuibu.com/ .  Website ni byk membantu para ibu dan byk info dpt dikongsi disana.  Jadi dengan segala kelebihan yg ada, nape tidak kita menyusukan bayi kita sendiri.  Ini anugerah yg Tuhan beri pada kita dan susu itu hak/rezeki ank2 kita.  Aku kenkadang bengang dengan sesetengah org yg tk nak beri susu ibu pd baby.. alasannya susu takde. Hello.. setiap ibu yg mengandung tu ada susu, juz kita nak ngan tak nak susukan anak jer. Memangla pada awal2 bersalin ada setengah ibu menghadapi masalah air susu tk keluar.. urut2 la skt breast tu.. tuam ngan tuala suam.. insyaallah ada.. if kita keep on bagi susu ibu pada baby, air susu tu akan makin byk. Body kita ni cam ada signal tau, kalau demand tinggi, maka makin byk la air susu tu.  Satu lagi ada yg kata bg susu badan ni susah bila keje. Hai, skang ni dah berlambak breastpump dipasaran.. pilih jer. Kemudahan dah ada, samada kita nak ngan tak nak jer.. berkorban la skt utk kebaikan bayi kita.

Pada aku, aku akan tetap bagi susu aku tuk anak2 aku.. bagi secara eksklusif selama 6 bulan dan akan diteruskan hingga 2 tahun.  Alhamdulillah, Qaleesya dulu sempat aku susukan sampai umur dia 1 tahun 3 bulan. Berhenti pun sebab aku dah pregnantkan Qaireen and bleeding. Doktor suruh stop. Insyaallah, aku berazam akan susukan Qaireen sampai dia umur 2 tahun. Moga Allah bykkan air susu aku dan mudahkan..  Oh ya, bagi yg pregnant dan ingin menyusukan bayi bila lahir.. Prepare minda anda dari masa pregnant lagi dan tanamkan azam nk breastfeed baby.. insyaallah.. masa kandungan 7 bulan keatas dah ada air susu yg kuar.. but that time jernih lagi warnanya. Dan bg yg sedang menyusu, makan la jantung pisang, pegaga, sayur sawi (btg putih) boleh membanyakkan air susu. Pantang2 la skt.. especially minuman berkafein jgn la amik.. nanti kurang air susu dan not good for baby.

jom layan skt aktiviti menyusu anak aku..


tgk budak montel ni minum.. baru 2 bulan dh pandai pegang botol sendiri heheheh... sedap susu ibu nyum nyum nyum..
 ni stok susu yg aku perah setiap ari..

setiap ari semasa di nursery, Qaireen minum dlm 5 ke 7 botol ni.. mana tak debab.. tapi aku suka..

oleh itu jom la ramai2 bagi susu ibu pada baby.. kalau aku boleh, naper korang tk boleh?? Breastmilk is the best for babies.. yeah!!