penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Monday, July 4, 2011

Expressed Breast Milk (EBM)

Salam.. this time aku nk citer pasal EBM.. tentu korang tau apa tu EBM kan.. bagi ibu2 yg bekerja tapi dlm masa yg sama memberi susu ibu pada bayi mereka pasti tahu apa itu EBM. EBM ni ialah susu ibu yg diperah (dipump). Bila ibu2 ni gi keje, of course la kena pump susu untuk bekalan baby di nursery. Bagi yg tk bekerja dan menyusu bayi sepenuh masa, anda sgt bertuah coz sentiasa dapat bersama baby.

Aku tgk skang ni ramai yg dah ada kesedaran nk bagi susu ibu pada baby mereka.. Alhamdulillah, kempen kerajaan yg satu ni amat berkesan. Kalau kita tgk kat hospital skang, kebanyakan hospital kerajaan sudah jadi Hospital Rakan Bayi.. so, kalau bersalin kt sini jgn harap nk bagi susu formula kt baby anda.. sakit mcm mana pun anda digalakkan bagi susu badan pada baby. Contoh terdekat time aku bersalinkan Qaleesya. Dia kena dok NICU coz tk cukup bulan. Even aku dah discharge, aku ttp tk boleh balik coz kena bagi susu badan pada dia. Baby tk cukup bulan lagi perlukan susu ibu utk meningkatkan berat badan dan antibodi. So, aku kena stay 4 hari kt wad, ulang alik ke NICU setiap 2 jam tuk menyusukan Qaleesya. Tak kira malam atau siang.. nk kata tido lena mmg tak dapekla.. pernah satu hari tu, sampai kul 4 pg jer aku dh tk boleh naik ke NICU lagi coz kaki dah cramp.. satu badan rasa sakit.. maklum la time tu dlm pantang, tk cukup rehat.. pas tu ulang alik setiap 2 jam ke NICU..mmg mencabar, tapi kugagahkan demi anak tersayang.

Masa Qaireen lak, lepas dibersihkan jer nurse terus bagi pada aku tuk disusukan.. malam tu lepas jer operation, ngan separuh badan tk boleh gerak (kesan bius), aku ttp bagi susukan Qaireen dgn bantuan nurse. Maklum la, tk boleh bangun. Setiap kali Qaireen nk menyusu jer, nurse akan datang, angkat dia letak kt katil aku.. lepas menyusu nurse dtg balik angkat dia letak kt katil baby.. Walaupun agak susah dan sakit, tapi aku puas ati dapat susukan ank dengan susu aku sendiri.. bukan susu lembu (susu formula). Ok dah melalut jauh lak. Actually, susu ibu ni sgt baik utk baby.. antaranya:

1) Susu ibu kaya dengan DHA (lebih dari mana2 susu formula)
2) Susu ibu lebih hygenic dan mudah dihadam.. kenapa? 80% kandungan susu ibu adalah air dan ia lebih cair dari susu formula.. perut baby lebih senang menerima. Sebab tu baby yg minum susu ibu senang berak. Hygenic coz ia dari dlm badan kita.. tk perlu nk steril botol susu bagai.. dan baby yg minum susu ibu jarang sakit.
3) Susu ibu kaya dengan antibodi melawan penyakit
4) Kajian menunjukkan baby yg minum susu ibu lebih cerdik
5) Menyusukan bayi dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
6) Menyusukan bayi dapat mengecutkan rahim lebih cepat
7) Ibu yg menyusukan bayi lebih mudah kurus.. (telah terbukti)
8) Memberi susu ibu dapat menjimatkan wang ringgit anda..
9) menyusukan baby adalah salah satu cara utk lambat mengandung.. bagi yg planning, tk perlu makan ubat perancang sume.. just susukan bayi anda.

Ada byk lagi kelebihan susu ibu ni.. kalau nk tau, rajin2 la google kt internet atau anda boleh lawat website ni http://www.susuibu.com/ .  Website ni byk membantu para ibu dan byk info dpt dikongsi disana.  Jadi dengan segala kelebihan yg ada, nape tidak kita menyusukan bayi kita sendiri.  Ini anugerah yg Tuhan beri pada kita dan susu itu hak/rezeki ank2 kita.  Aku kenkadang bengang dengan sesetengah org yg tk nak beri susu ibu pd baby.. alasannya susu takde. Hello.. setiap ibu yg mengandung tu ada susu, juz kita nak ngan tak nak susukan anak jer. Memangla pada awal2 bersalin ada setengah ibu menghadapi masalah air susu tk keluar.. urut2 la skt breast tu.. tuam ngan tuala suam.. insyaallah ada.. if kita keep on bagi susu ibu pada baby, air susu tu akan makin byk. Body kita ni cam ada signal tau, kalau demand tinggi, maka makin byk la air susu tu.  Satu lagi ada yg kata bg susu badan ni susah bila keje. Hai, skang ni dah berlambak breastpump dipasaran.. pilih jer. Kemudahan dah ada, samada kita nak ngan tak nak jer.. berkorban la skt utk kebaikan bayi kita.

Pada aku, aku akan tetap bagi susu aku tuk anak2 aku.. bagi secara eksklusif selama 6 bulan dan akan diteruskan hingga 2 tahun.  Alhamdulillah, Qaleesya dulu sempat aku susukan sampai umur dia 1 tahun 3 bulan. Berhenti pun sebab aku dah pregnantkan Qaireen and bleeding. Doktor suruh stop. Insyaallah, aku berazam akan susukan Qaireen sampai dia umur 2 tahun. Moga Allah bykkan air susu aku dan mudahkan..  Oh ya, bagi yg pregnant dan ingin menyusukan bayi bila lahir.. Prepare minda anda dari masa pregnant lagi dan tanamkan azam nk breastfeed baby.. insyaallah.. masa kandungan 7 bulan keatas dah ada air susu yg kuar.. but that time jernih lagi warnanya. Dan bg yg sedang menyusu, makan la jantung pisang, pegaga, sayur sawi (btg putih) boleh membanyakkan air susu. Pantang2 la skt.. especially minuman berkafein jgn la amik.. nanti kurang air susu dan not good for baby.

jom layan skt aktiviti menyusu anak aku..


tgk budak montel ni minum.. baru 2 bulan dh pandai pegang botol sendiri heheheh... sedap susu ibu nyum nyum nyum..
 ni stok susu yg aku perah setiap ari..

setiap ari semasa di nursery, Qaireen minum dlm 5 ke 7 botol ni.. mana tak debab.. tapi aku suka..

oleh itu jom la ramai2 bagi susu ibu pada baby.. kalau aku boleh, naper korang tk boleh?? Breastmilk is the best for babies.. yeah!!

2 comments:

  1. patutlah qaireen montok dan comel :D

    good info ku..sharing is caring...insyAllah second baby nnt aku nak follow jejak ko..menyusukan anak sampai puas

    ReplyDelete
  2. yes nome.. breastfeeding is good for baby.. moga ko cepat mengandung.

    ReplyDelete

Feel free to drop your comment k.. tq =)