penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, July 19, 2011

Qaireen masuk hospital.. sekali lagi kami diuji..

 Sesungguhnya kita tk tau kita ni kuat atau tak selagi kita tak diuji Tuhan dengan dugaan yg berat.. Dugaan Qaireen kena admit kt wad amat menguji ketahanan jiwa kami suami isteri. Sebelum ni bukan Qaleesya tk pernah masuk wad, tapi Qaireen sampai ke ICU. Tambah pulak dia baru 2 bulan lebih bernafas di bumi Allah ni.. Hanya Tuhan yg tahu betapa luluhnya hati ibu dan abah bila tgk anak terlantar di katil hospital dengan menggunakan bantuan pernafasan. Time tu rasa nk ganti jer tempat dia..time tu aku rasa sanggup korban nyawa utk dia.. sungguh berat dugaan ini.. berat mata memandang, berat lagi bahu kami yg memikul..

Semuanya berlaku dengan pantas. Baru dua hari Qaireen batuk2.. takdelah teruk sgt. Nak bawa ke klinik, aku ingat lagi doktor pernah ckp masa Qaleesya dulu, takde ubat yg boleh bagi pada bayi bawah 2 tahun. Insyaallah ia akan baik sendiri.. just bagi susu badan. Hari Khamis (7/7/2011), Qaireen ada check up 2 bulan kt klinik gomen.. kena inject. Balik dari klinik aku bagi dia ubat demam yg klinik bekalkan coz injection tu leh wat baby demam. Siap sume, aku hantar dia ke nursery coz aku ada appointment kt HSB.  Keadaan dia time tu biasa jer.. masih aktif lagi.  Petangnya bila amik dari nursery, penjaga nursery bgtau yg Qaireen asyik merengek jer.. tk nak tido. Aku ingat coz perut dia kembung ke apa. Balik kerumah aku dah rasa lain.. dia kurang minum susu..pastu asyik batuk kira teruk gak la.. tgk dia pun mcm payah nk bernafas. Asyik tido jer.. Bgtau hubby ajak gi jumpa pakar kanak2 kt Umra (aku selalu bawa ank jumpa pakar kt situ).  Malam tu bawa jumpa pakar, pakar ckp Qaireen dah teruk. Kena admit hospital coz dia dah tk aktif. Pernafasan dia pun payah.. doktor takut dia stop breathing kalau dah penat sgt. Doktor wat referral letter to HTAR (aku lum amik insurance tuk Qaireen that's why minta gi gomen hospital).

So kitaorang laki bini pun kelam kabut la balik umah, call nursery ckp nk tinggalkan Qaleesya bermalam kt nursery.. sib baik boleh. Siap sume terus antar Qaleesya ke nursery (sedih giler tinggal anak malam2 kt nursery.. huhu..) tapi apakan daya.. nk bawa pun tk boleh. sampai HTAR dlm kul 11 mlm.. terus ke bahagian kecemasan. Punya la ramai org.. pong pang doktor cek itu ini.. at last warded jam 1.30pg (8/7/2011). Aku ngan hubby that time ngan tk makan nyer.. langsung tk rasa lapar. Tapi hubby aku sempat bawa nasi lemak dan sambal udang yg aku masak,buat bekal. But that time nk makan pun dh tk lalu.. paksala diri makan sesuap dua coz takut pengsan lak..lagipun nk susukan Qaireen lagi.. First, Qaireen ditempatkan di wad 6B.. bapak sesak wad ni.. hospital bagi 'pangkin' tuk aku tido.. tapi sampai kepagi aku tk tido.. mata tk blh lelap langsung. Kul 3.30 pagi, doktor pakar wat rounding.. dia ckp Qaireen kena pneumonia (jangkitan kuman pada paru2). Cara dia tarik nafas pun payah.. Sedih sgt tgk dia.. tiap kali dia hembus nafas, bergegar katil kecik tu.. cian ank aku.

 masuk oksigen

 Tangan kena cucuk coz diaorang nk amik sampel darah. Esok paginya doktor nk cucuk tempat lain lak tuk amik sampel darah lagi.. tempat kt tangan tu dah kena buka coz Qaireen menangis sakit.. cari punya cari sampai petang tk jumpa urat. Panggil lak doktor pakar wat, pun tk boleh juga..kat belakang tangan ngan kaki penuh kesan tusukan jarum.. betapa sedihnya ati ni.. terseksa nya ank aku.. huhuhu.. (cam nk menitik air mata bila kenangkan). At last dlm kul 6 ptg, doktor decide Qaireen kena masuk ICU coz pernafasan dia still tak ok. Result x-ray pun tunjuk byk kesan putih2 kat paru2 dia.. which is not good. Masa kt ICU ni lah, aku dah tk tahan lagi tgk dia 'dikerjakan doktor2'.. mmg aku dah terduduk kt luar bilik ICU tu.. sedih yg amat dgr ank aku menangis tk henti2 kt dlm.. air mata toksah citer la.. laju mcm hujan.. dah tk peduli lagi dah org keliling.. yg aku ingat.. Ya Allah, selamatkan my baby.

 Qaireen dengan bantuan pernafasan.. setiap 3 jam kena nebulizer dan sedut kahak. Then bagi susu ikut tiub terus ke perut. Pas tu masuk ubat kt leher tu... Masa ni aku selalu ckp ngan dia 'Qaireen jgn takut.. ibu abah ada kt sini, ibu abah sentiasa doakan Qaireen cepat sihat, Qaireen kena kuatkan semangat.. kena cepat sihat.. ibu abah sayang Qaireen, kakak sayang Qaireen.., ibu tau ank ibu kuat.., Qaireen tk boleh mengalah, Qaireen kena fight..' Aku usap kepala dia, baca Al Fatihah, Ayat kursi, zikir tk henti dan tiup kt ubun2 dia.. Baca Yassin utk dia.. wat solat hajat moga Allah sembuhkan ank aku ni.. Keesokannya doktor try buka bantuan pernafasan tapi she still cannot survive.. Pakaikan balik bantuan pernafasan tu.. aku time ni hanya mampu berdoa dan bertawakal.. rasa seperti separuh jiwa ku pergi.. hati ni dh tk kuat dengan dugaan ni, tapi aku perlu bertahan demi Qaireen.

 Alhamdulillah, keesokannya kesihatan Qaireen bertambah baik. dia dah boleh bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan.. but doktor still guna oksigen biasa.. step by step.. aku dah nampak cahaya skt time.. insyaallah.. anak aku akan sembuh.. berkat doa yg tk putus2..

 tanggal 12/07/2011, Qaireen dapat kuar dari ICU.. tiub susu ke perut pun dah ditanggalkan.. aku dah boleh bagi direct breastfeeding kt dia.. suka sesangat..  kt ats tu name tag dia masa kt ICU.. saja je amik gambar wat kenangan.. even sakit.. berat tetap maintain.. 6.6kg tu.. sume nurse geram ngan pipi dia..

 ni line kt leher tempat masuk ubat dan air.. ni kira special case jer kena wat line kt sini.. patutnya baby tk boleh wat line kt sini, tapi coz Qaireen ni debab sgt.. kat sini jelah yg diaorang jumpa uratnya.. redha jelah. janji ank ibu sihat.

 baru la dia dapat tido ngan nyenyak kt Wad 6A.. aku pun dapat la tido setelah 6 hari tk cukup tido.. huwaaa...

 tag kt katil Qaireen kt wad 6A.. ramai yg terkejut tgk nama dia.. most of them ingat dia ni lelaki..tapi tgk nama.. alamak puteri la.. apa2 jelah dik oiii.. nanti ibu kasi pakai pinky2 skit.. kasi pakai hairband bunga2 sket baru nampak cam gegirl..

 sedap tido sebelum line kt leher tu dicabut.. melalak sakan lepas tu..

 ni la tempat aku tido utk semalam kt wad 6A.. at least ada gak tempat tuk luruskan badan setelah berhari2 tido tk lena.. makan pun tk menentu.

 ibu yg terlebih happy ank dapat kuar wad..

 merekalah sumber kekuatan hidup ku.. nyawa ku..

 kakak pun happy adik dah kuar wad..

ibu sayang Qaireen.. doa ibu tk putus2 agar anak2 ibu, Qaireen dan Qaleesya terus sihat hendaknya.. ibu nk tgk Qaireen dan Qaleesya membesar dgn sihat.. ibu tk sanggup lagi nk tgk anak2 ibu masuk wad.. Ya Allah.. peliharalah kesihatan anak2 ku.. amin...

Terima kasih kami sekeluarga ucapkan pada rakan2 dan keluarga yg sudi meluangkan masa melawat Qaireen di hospital, yang tak putus2 mendoakan agar Qaireen cepat sembuh dan sentiasa memberi sokongan pada kami suami isteri..hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..