penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Monday, August 15, 2011

Raya oh Raya - Biskut Sarang Semut..

Memandangkan tak lama lagi dah nk raya.. moh ler kita bercerita ttg biskut raya ekekke.. tahun lepas wat kuih raya sejenis jer.. selebihnya main tunjuk2 jer.. tahun ni ada lebih kerajinan.. maka teringinla nk wat barang dua tiga jenis.. ala, wat biskut simple2 jer.. sementelah la pulak, Qaleesya skang dah pandai makan.. suka sgt makan biskut raya ni.. baikler aku wat sendiri.. air tangan ibu lebih berkat kan.. So, Sabtu lepas, selepas subuh, aku pun start la projek biskut aku ni.. aku wat Biskut Sarang Semut.. dimana semutnya??? ish.. mana der semut.. nama jer camtu.. biskut ni senang nk wat.. dan sedap dimakan.. korang suka tak? aku suka, sebab tu aku wat.. dulu pandai makan jer.. lepas dapat resepi, teringin nk try wat lak.. alhamdulillah menjadi.. leh la bagi mak mertua ekekek...

 ini la rupanya dohnyer.. lepas ni nk kena sagat (kata org utara), parut kata org KL.. ahahha.. baru la dia jadi cam gambar dibawah..

 ni la rupanya selepas di parut.. parut dalam mangkuk/pinggan dulu then sudukan ke dalam paper cup

 lepas tu letakla rice yg warna warni ni.. baru bebudak tertarik nk makan..katanya pun motif utama wat biskut ni tuk budak2.. org tua2 bukan nk makan sgt biskut2 ni time raya..

 telah sedia tuk dibakar.. aku guna tudung periuk jer.. (tudung periuk la la la.. tudung periuk la la la...), korang jgn gelakkan aku lak..

ginilah rupanya.. siapkan banyak2.. then bakar jer.. aku wat dua adunan.. cukup la tuk rumah aku, rumah mak aku kt Langkawi dan rumah mak mertua kt JB.. tapi yg kat umah aku dah luak coz Qaleesya dah bedal.. huhu.. dia asyik ckp nak "skut"..pagi2 buka mata dah nak "skut".. terpaksa aku sembunyikan, kalau tak, tak sempat raya dia dah habiskan.. alahai Qaleesya..



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)