penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, September 14, 2011

Cerita tuk Qaleesya di usia 2 tahun..

 31/08/2011 aritu genap usia Qaleesya 2 tahun.. ibu rasa kejap sgt masa berlalu.. ni lah anak yg ibu kandung selama 35 minggu dah tk sabar nk tgk dunia.. Qaleesya tau tak yg Qaleesya ni lahir tk cukup bulan.. Due date Qaleesya patutnya 03/10/2009.. masa ibu ngandungkan Qaleesya 8 bulan, abah ajak ibu balik Johor tgk tokwan ngan Atok.. ibu dah rasa tk sedap ati sebenarnya.. yelah, masa tu dah sarat.. tapi kesiankan abah.. ibu ikutkan juga.. ibu cuma bawa kelengkapan Qaleesya serba sket jer.. ibu doa agar takde apa yg buruk terjadi dlm perjalan.. Alhamdulillah kita sampai JB dengan selamat.. ibu byk tido jer dlm perjalanan.. letih apatah lagi masa tu baru awal puasa.. sampai je kt umah tokwan.. tokwan terkejut tgk ibu.. kaki ibu dah bengkak sgt.. muka ibu pun dh lain..maklumla berat bertambah2.. berat ibu that time 85kg.. hari pertama dah kedua sumenyer berjalan lancar.. cuma kenkadang ibu rasa payah nk jalan coz rasa sakit kat bahagian bawah rahim.. tapi semangat nk jalan ibu ni kuat.. ibu ttp ajak abah gi shopping baju mengandung kt Jusco.. hari sabtu pagi, 30/08/2009 adalah hari jadi ibu yg ke 29 tahun.. ibu ajak abah gi Jusco nk beli baju dan seluar.. masa jalan2 tu ibu byk kali berhenti coz rasa sakit.. tapi lepas tu ibu jalan lagi.. ibu mcm bersemangat sgt nk jalan2 walau keadaan ibu tk mengizinkan. Balik dari Jusco, ibu tgk perut ibu mcm dh kebawah.. ibu tanya abah.. abah kata macam biasa jer.. so, petang tu ibu ajak abah gi bazaar ramadhan kt Bandar Baru Uda..besar tau bazaar ramadhan tu.. ibu pusing satu bazaar ramadhan tu.. ibu beli mcm2, ada nasi beriani, ada air katira, ada creampuff,ada murtabak.. walau kt rumah dh byk makanan yg tokwan masak..tapi ibu teruja tgk makanan kt bazaar tu.. masa jalan ke kereta, ibu rasa keras kt bahagian bawah rahim diikuti rasa sakit.. ibu ingat Qaleesya stretching jer.. ibu jalan juga kereta walau perlahan2 dan payah.. abah ada di sebelah ibu.. jalan slow2..

Masa dlm kereta on the way back from bazaar, dah dekat nk sampai umah tokwan.. ibu rasa ada sesuatu meletup dan panas. Ibu rasa, tapi takde apa2.. sampai je umah, bila ibu turun kereta.. berderu air keluar.. apa ni? ibu blur2.. bila atok ckp air ketuban ibu dah pecah dan suruh ibu masuk rumah salin pakaian.. ibu rasa berdebar sket.. tapi abah yg lebih panik.. lepas siap2 sume,amik apa yg patut.. tokwan bekalkan makanan sket.. kami gerak ke Hospital Sultanah Aminah..yg teman kan ibu dan abah adalah maklong.. dlm perjalanan, ibu call tok kt Langkawi bgtau yg air ketuban ibu dah pecah.. tk lama lagi anak ibu dah nk tgk dunia.. then makchaq call, pakngah call, paklang call.. sume happy ank ibu nk lahir..

Sampai kt hospital, doktor cek jalan baru buka 1cm.. tapi air ketuban ibu kuar tk henti2.. basah dah dua tiga helai kain..tapi ibu tk rasa sakit.. ibu ok cuma ibu agk berdebar + blur.. excited pun ada.. ibu terpaksa buka posa awal.. tk sempat habiskan pose ari tu.. ibu makan nasi beriani tanpa apa2 perasaan.. makan tuk hilangkan lapar dan bg tenaga nak teran nanti.. tapi sampai masuk wad, ibu takde tanda2 nk bersalin lagi.. nurse inject ubat tuk matangkan paru2 Qaleesya coz Qaleesya tk cukup bulan.. sangatla sakit..ibu tk blh gerak langsung.. ibu tunggu sampai esok pagi.. sepanjang malam ibu tk boleh tido.. ibu asyik kira baper kerap ibu rasa sakit.. tapi sakitnya.. alahai antara rasa ngan tak jer.. ibu dok kt wad kelas 1, 2 org kt wad tu dah bersalin tapi ibu masih lagi menunggu.. esoknya 31/08/2009, pagi2 seawal subuh tu ibu msg makchaq tanya apa nk wat.. makchaq suruh mandi nk bagi cepat bersalin.. masa nk mandi ibu tgk ada tanda mcm darah.. ibu call nurse.. nurse ckp masa ibu nk bersalin dah sampai.. tapi naper ibu tk rasa sakit.. ibu tk rasa contraction pun..

Ibu dibawa guna wheelchair ke tempat menunggu dekat labour room. Doktor cek, jalan baru buka 3 cm.. ibu dibawa ke labour room tepat pkl 7 pg.. ibu msg abah yg ibu dah ke labour room. ibu bgtau abah.. doktor scan berat Qaleesya 2.4kg.. masa kt labour nurse2 tu inject ubat bagi ibu cepat bersalin.. selepas masuk ubat dan tambah air baru ibu rasa sakitnya contraction..sakit sgt.. ibu pegang katil kuat2.. abah takde sama ibu coz abah tk boleh teman ibu kt labour room.. ibu cuba tahan rasa skt tu.. sampai gigil2.. mulut ibu tak putus baca Lailahailla anta subhanakainni kuntuminazzalimin.. sampai la ketahap ibu hanya mampu sebut Ya  Allah.. sakit sgt.. ibu tk pernah rasa sesakit tu seumur hidup ibu.. pukul 10.30pg ibu rasa mcm ada benda nk kuar.. ibu ckp kt bidan.. bila bidan cek..kepala Qaleesya jauh lagi dari pintu rahim ibu.. ibu sabar menahan sakit... dlm kul 12tghr ibu rasa mcm sakit dan ada benda besar nk kuar.. rasa mcm nk buang air besar yg tk boleh tahan2.. ibu panggil bidan.. bila bidan datang.. dia kata dah nampak kepala.. dia suruh ibu teran.. ibu teran sekuat hati.. 3 kali teran akhirnya Qaleesya lahir ke dunia pada pukul 12.26tghr, hari ahad 31/08/2009.. anak ibu anak merdeka.. tapi bila Qaleesya kuar.. semua org dlm labour room mengucap panjang.. tali pusat lilit leher Qaleesya empat kali.. anak ibu ni mmg seorang pejuang.. dah la lahir ari merdeka.. Qaleesya kuat untuk hidup even dibelit tali pusat empat kali.. bila first time ibu pegang Qaleesya, ibu terkedu.. ini anak ibu nih!! putih merah orgnya.. tapi Qaleesya sgt kecik.. 2kg jer.. ibu sempat pegang Qaleesya kejap jer, coz nurse nk bersihkan dan Qaleesya perlu diberi oksigen coz tk cukup bulan.. ibu rasa terharu.. ibu dah jadi seorang ibu.. isk isk isk.. Qaleesya kena duduk NICU 4 hari.. alhamdulillah lepas tu dah boleh kuar..

Ibu terasa mcm baru je lahirkan Qaleesya, skang anak ibu dah 2 tahun.. dengan pelbagai dugaan anak ibu membesar sebagai anak yg cerdik.. skang Qaleesya dah pandai ckp walau kenkadang apa yg Qaleesya bebelkan ibu dan abah pun tk faham.. but certain words Qaleesya can pronounce it well.. dah boleh panggil abah, ibu, adik, nak minum, nak nasi, nak makan.. dah pandai nyanyi lagu Insyaallah.. dah pandai ikut ibu and abah solat.. dah pandai tanggal baju dan letak kt bakul baju kotor.. dah pandai tolong ibu sapu, dah pandai buka kabinet dan sepah barang.. dah pandai nk tgk ibu masak.. dah pandai makan sendiri walau akhirnya Qaleesya sepah makanan di lantai.. dah pandai tunjuk apa yg Qaleesya nak.. dan byk lagi anak ibu ni dah pandai.. Alhamdulillah..ibu sentiasa doakan Qaleesya jadi anak yg solehah..hormat org tua, cerdik akalnya, elok akhlaknya.. taat pada Allah dan ibu bapa.. Ibu dan abah tetap sayang Qaleesya walau dah ada adik.. Ibu minta maaf coz kenkadang ibu ada marah Qaleesya, ada pukul2 manja Qaleesya.. semua tu ibu buat bukan sebab ibu tk sayangkan Qaleesya, tapi sebab ibu sayangla sometime ibu kena berkeras dan tegas. Ibu minta maaf juga coz skang mungkin perhatian pada Qaleesya agak kurang.. bukan sebab ibu tk sayang tapi sebab adik masih kecil dan perlu lebih perhatian. Apapun terjadi, Qaleesya dan Qaireen tetap ratu dihati ibu dan harta ibu paling berharga dunia dan akhirat.. Moga Allah panjangkan umur Qaleesya dan sentiasa melindungi Qaleesya.. amin..  Ibu sayaaaaang Qaleesya kerana bukan senang untuk melahirkan seorang yg bernama Puteri Qaleesya Humaira.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)