penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, April 26, 2012

Happy 1st Birthday my lil Puteri Qaireen Hafiyya..

Pagi ni mmg emo sket.. dlm keta nk ke ofis dh nangis.. tk pasal2 hubby kena pujuk kah kah kah.. tika ini dan tarikh ini setahun yg lalu aku dah on the way ke hospital. This time lum rasa sakit lagi nk bersalin kan Qaireen.. tapi air mentuban dah pecah dari kul 6 pg lagi.. yup today... 26/04/2012 genaplah si kecil bam bam Puteri Qaireen Hafiyya setahun usianya.. 

Alhamdulillah.. setelah pelbagai dugaan yg Qaireen tempuhi, Allah panjangkan umur dia hingga ke hari ni.. takde lain yg mampu ku ucapkan selain syukur, syukur dan syukur pada Mu Ya Allah kerana memanjangkan usia anakku ini.. walau sentiasa sakit tapi badan tetap naik.. selera makan sentiasa ada... aktif.. dan sentiasa nak susu ibu.. Setiap kali terkenang saat yg Qaireen tempuhi nk sampaikan ke setahun ni.. air mata ni mengalir mcm hujan..sayu sesayunya.. syukur sesyukurnya... terasa diri ini kerdil sgt disisiMu Ya Allah.. terasa betapa besarnya kuasaMu Ya Allah.. 

Pada mereka yg tahu sejarah Qaireen pasti memahami apa yg tersirat di hati ini.. pasti dapat merasa kenapa aku terlalu emo di hari ulangtahun kelahiran Qaireen ini.. Jom kita soroti sket jalan kenangan Qaireen setahun yg lalu..

This is Qaireen masa dlm kandungan ku.. tk silap masa ni baru 4 bulan lebih usia kandungan ku.. Qaireen.. kalau satu hari nanti Qaireen baca blog ibu.. inilah qaireen semasa dlm rahim ibu tau.. =)

ni Qaireen masa umur sehari.. 

mcm baby boy plak

masa ni dlm 2 bulan.. bam bam nyer dia.. tk sangka kan bam bam cenggini leh masuk ICU.. huhu.. 

gambar kt bawah ni meruntun hati ibu sampai skang.. kalau boleh ibu tk nak qaireen hadapi benda ni lagi.. sampai bila2 pun.. dan kerana teringatkan apa yg qaireen lalui ni gak wat ibu mengalirkan air mata.. huhu..

Saat ini terlalu sukar buat ibu dan abah.. pastinya lebih sukar bagi Qaireen.. ibu dan abah dah lakukan yg terbaik utk selamatkan Qaireen.. selebihnya doa ibu dan abah serta kuasa Allah yg Maha Esa yg menyembuhkan Qaireen.. masa ni umur Qaireen 2 bulan.. admitted due to pneumonia.. 6 hari Qaireen di ICU adalah mimpi ngeri bagi ibu dan abah..setiap hari air mata jadi peneman setia ibu.. makan tido dh tk penting..yg penting cuma anak ibu.. sebab tu bila ibu tgk anak2 org lain dlm keadaan begini, hati ibu cukup tersentuh.. ibu faham perasaan bagaimana melihat anak sendiri dlm keadaan wayar berselirat dibadan dan bernafas menggunakan bantuan mesin.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Sebab itu juga ibu akan terlebih risau jika Qaireen demam atau selsema.. bagi org lain budak2 demam adalah perkara biasa.. tapi bukan pada anak ibu.. ibu fobia, ibu terlebih paranoid.. ibu takut kejadian dulu berulang lagi.. ibu tk sanggup lagi tgk keadaan anak ibu mcm ni.. cukup la sekali.. sekali jer...

terpaksa buat line kt leher utk masuk antibiotik..


cukuplah tgk time sakit yer.. sedih plak.. 

Minggu ni.. dari hari isnin Qaireen demam panas.. mungkin sebab nk tumbuh gigi, mungkin sebab nk beralih tahun.. Isnin ari tu ibu half day, emergency leave.. ibu keje tk tenang ati coz masa antar ke taska pagi tu badan Qaireen panas jer.. call taska tghr badan masih panas.. bila ibu balik bawa ke klinik..suhu Qaireen 39 celcius.. sib baik ibu balik.. sampai ari ni Qaireen belum sihat betul lagi.. semalam gi wat nebulizer.. pagi tadi kul 3 pg.. Qaireen penat lagi.. hati ibu risau sgt.. Ya Allah.. sembuhkan la anakku ini.. ibu nk tgk Qaireen kembali ceria.. 

Ibu nk Qaireen kembali ceria mcm gambar2 kt atas ni.. 

Ibu dan Abah ucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran yg Pertama buat Qaireen. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan Qaireen dunia akhirat.. moga Qaireen panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg solehah, taat pada Allah dan ibu abah, anak yg elok akhlaknya, cerdik akalnya.. dan yg paling penting ibu sentiasa mendoakan Qaireen sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.. Dalam setiap titis susu ibu yg Qaireen minum, ibu titipkan doa biarlah susu itu menjadi penyembuh segala kesakitan anak ibu.. Ibu sentiasa mohon, biarlah ibu yg tanggung segala kesakitan Qaireen kerana ibu tk sanggup tgk anak2 ibu dlm keadaan sakit.. biarlah semua kesakitan itu Allah beri pada ibu.. ibu rela.. janji anak2 ibu sihat sentiasa... amin amin amin ya rabbalalamin... 

Ibu dan abah saaaayangg qaireen dan kakak Qaleesya... mmmuaah mmmuahh..




4 comments:

  1. Tersentuh hati akak membaca dan melihat keadaan qaireen masa dulu... akak doakan semoga qaireen sihat dan dalam perlindungan Allah setiap masa.
    Selamat hari jadi qaireen bam bam...meh auntie cubit cubit pipi tembam tu..geram tengok.

    ReplyDelete
  2. kak ita, entry ni ditulis dengan linangan air mata.. entah naper mmg tersentuh sgt bila qaireen dah setahun ni.. mcm2 perasaaan ada.. gembira, risau mcm2.. gembira coz she can survive sampai dah setahun umurnya.. risau takut penyakit lama dia berulang kembali.. tambah2 bila dia ngah tk sihat ni.. mcm2 difikiran.. minggu ni kami suami isteri mmg tk cukup tido coz dia tk sihat.. sampai satu tahap saya ngah bekerja ni pun rasa melayang2.. thanks atas doa akak.. =)

    ReplyDelete
  3. Tak sanggup nak tgk pic Qaireen yg masa kat spital tu..Sedih!! *Mummy Zara memang emosi* Selamat hari lahir yg pertama Puteri Qaireen Hafiyya. Auntie doakan semoga Qaireen sihat, membesar menjadi anak yg bijak, solehah, yg dengar kata ibu & ayah. Muah!!! Muahhhh!! ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. oja.. thank you byk2 doakan qaireen.. bukan oja jer..ibu dia ni pun setiap kali tgk mesti nangis.. masih terbayang2 saat tu..hanya Tuhan yg tau perasaan time tu..

      Delete

Feel free to drop your comment k.. tq =)