penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, July 19, 2012

Qaireen semenjak meningkat usia 1 tahun 3 bulan


 
Assalamualaikum.. wah rasanya cam lama jer tk update kisah dak kecik ni. Yeke lama?? Ahh tk kisahlah, nk citer gak..sok2 adik dh besar leh baca kan dik kan..kan..

Perkembangan semenjak meningkat usia ni.. dh pandai sebut perkataan "nk num, nak num (nak minum ler tu). Minum apa lagi kalau bukan susu badan..Kalau amik dari taska jer, masuk dlm keta sure merengek nk susu.. even masa tu dia baru lepas menyusu EBM kt taska.. tapi jangan ko.. dia pandai tau. Even susu EBM tu tk habis, masih suam2 lagi coz baru bagi sebelum kami sampai taska. Dia still tk nak minum kalau dah dok ngan aku.. dia nak direct feeding gak. Pastu tk menyempat2.. terus selak baju sambil merengek2, kaki tendang2 angin.. pastu kalau lambat sket mulalah melalak kuat2 cam ibu tk bagi menyusu jer.. Bukan setakat tu jer, sepanjang jalan dah minum. Sampai umah, masuk je dlm umah nk continue minum susu lagi.. haa amik ko.. mmg kuat menyusu dia ni. Susu FM jgn la bagi masa kt umah, ditolak mentah2. Kenkadang tu aku selalu lewat solat maghrib coz sebelum mandikan nk menyusu dulu, lepas mandi pun nk menyusu gak.. kalau tk diberi, melalak tk nak berhenti cam kena dera.  Bukan tk rasa berdosa lewatkan solat, tapi hati ibu ni jenis tk mampu nk dgr menangis sampai tersedu2.. Ampunkan aku Ya Allah.. (akan improve next time). 

Tak sempat nk pakai baju pun..heii budak ni.

Qaireen pantang nampak makanan..sume nak. Paling best, dia suka makan udang mcm ibu dia gak. Masa aku ngah masak dinner dah supply biskut dah tuk kudap-kudapan.. bila lepas suapkan diaorang makan malam, ingatkan leh la dia main2 ngan kakak. Jgn harapla.. nak juga suruh ibu 'kbar' (dukung dlm bahasa dia dan Qaleesya). Naper 'kbar'? coz bila tiap kali abah nk dukung diaorang, abah akan sebut Allahhuakbar. Maka kanak2 riang ni pun sebut 'kbar'=dukung. So, kalau aku tk 'kbar' dia coz aku nk dinner, dia akan gigit aku.. amboi anak oii..gigi baru ada 8 batang, asyik gigit ibu jerrrr.. =(.  Budak kecik ni mmg sgt manja.. nk melentok ngan ibu jer kejenya. Dah lepas makan malam, mula la dia wat perangai.. merengek tk habis2.. tu tandanya nk susu lagi la..Kang nk tido, menyusu lagi.. kenkadang tu takut gak nk kasi susu badan kt dia coz dia suka menggigit.. (ibu2 yg biasa menyusukan anak yg dah ada gigi mesti tau betapa sakitnya kena gigit kan..) mmg sampai menjerit la aku tahan sakit dan dia tk nak lepas pulak.. aii anak.. So, Qaireen.. bila dah besar, baca entry ni.. betapa besar pengorbanan ibu ni.. 

Qaireen pantang nampak aku.. automatic nk datang kt ibu. Even baru nk tido, dgr sore ibu terus jaga. Kalau ibu masak, akan mengekor jer ibu kt dapur..kang sibuk main bawang, cili kering sume.. bila ibu larang mulalah nk suruh dukung. Peluk kaki ibu.. bangun pagi mesti cari ibu.. dan dia juga sangat garang cam ibu! Hahahahha... oh no!!! tapi honestly dak kecik ni mmg garang. Kalau kita tk layan kerenah dia nanti dia marah sambil muncung mulut (haa itu aku tk ajar, dia belajar dari Qaleesya. Dan dari mana Qaleesya dapat pe'el tu.. i have no idea) Kalau kita marah kakak ke, cepat jer dia gi pukul kakak.  Nampak dia lebih tangkas dari Qaleesya. Sib baik kakak ni sabar jer.. bila adik buat, abis sgt dtg ngadu kt aku jer.  Pernah dia tolak Qaleesya sampai jatuh.. jgn main2, nampak jer kenit tu (ikut aku gak ler tu.. gagah perkasa.. kah kah kah..).. kuat dari kakak dia. 

Dah pandai kenal telefon, bila kita ajak mandi dah tau nk tuju kemana. Bila ajak tido, dah tau nk kebilik. Dan dah pandai naik tangga.. sebab tu dah kurus sket coz aku dera dia naik tangga sendiri ari2. Hahahah... eh idokler.. selalu dia tk nak aku dukung masa naik tangga coz dia tgk Qaleesya naik sendiri. So, aku bg jer dia naik tapi aku berdiri kt blakang dia la.. gila ke apa biar dia naik sorang2.. Oh ya, bila dgr lagu dah pandai goyang2 bontot besar dia tu.. dah pandai joget kiri kanan. Pas tu bila dengar azan atau org ngaji, automatic akan angkat tangan cam berdoa. Dah boleh ikut kakak zikir even bunyi blakang2 jer.. 

Oooh.. sgt suka main air.. kalau time mandi tu mesti suka sgt la. Berjimba2 dlm blk air.. sehari main air pun dia rela. Bila kita ckp gigi, dia tau tunjuk gigi.. Jadi keje menggosok gigi dia sgt mudah skang ni... tapi kalau kena apa2 sket pun, mesti wat muka kesian ngan sore yg manja ngadu 'akit.. akit.. '. Juga dah ada feeling takut.. dah pandai ckp 'tut' for takut..  Emm itu jer kot yg leh update.. nanti aku update lagi la perkembangan2 lain.. apapun mmg happy tgk anak2 membesar ni.. tgk diaorang pandai satu2 perkara.. Ibu doakan adik terus sihat dan makin cerdik hendaknya.. I love you.. mmmuaaah..





Wednesday, July 18, 2012

Belasungkawa ~ Noryusra Basiron

Assalamualaikum.. untuk menulis entry ini bukanlah sesuatu yg mudah.. perlukan kekuatan kerana setiap patah yg ditulis adalah mengenai sahabat yg tersayang.. yang setiap hari makan bersama, share stories, share all the work pressures, share laughs, share tears.. 45 minutes waktu lunch setiap hari kami berkongsi cerita, macam2 cerita.. dia seorang yg periang, paling bising, manja, cantik, kelakar, baik hati.. oleh sebab itu juga pemergiannya amat dirasai oleh kami.. sahabat2nya. It's not easy for us to adapt the situation.. utk menghadapi kenyataan yg dia telah pergi utk selamanya... kami rasa kehilangan.. aku rasa kehilangan.. sgt terasa.. sampai ke saat ini pun aku masih terbayang2 keletahnya, ketawanya, terngiang2 suaranya.. oohh. begini payah rupanya sebuah kehilangan... sometime i wish ini cuma mimpi, tapi inilah kenyataannya yg Noryusra Basiron telah menyahut panggilan Ilahi pada 06/07/12 (Jumaat) jam 8.07 mlm setelah hampir dua minggu bertarung nyawa di ICU.

yang kiri, bertudung pink dan wat simbol peace tu la yusra... cantikkan dia?? kulit dia putih bersih... dlm kenangan..masa ni kami attend event berbuka pose anjuran company. Sedih sebab lama kawan, aku cuma ada dua keping gambar jer kenangan ngan dia.. sob sob sob...

Yusra cedera parah akibat dari kemalangan.  Kereta yg dinaiki bersama suami dan adik perempuannya dilanggar dari belakang di Elite Highway berdekatan dgn Putra Heights (info tuk mereka yg tertanya2 di FB). Adik perempuannya cedera parah dan meninggal ditempat kejadian.  Sangat sedih coz itu adalah adik yg sgt rapat dengannya. Alhamdulillah, suami yusra selamat dan yusra pula parah coz dia dan adiknya tercampak keluar dari kereta semasa kereta berpusing dilanggar (maaf, kalau ada tersalah info) and that time, Yusra sedang mengandung dua bulan lebih (first baby actually).. Anak yg ditunggu2 setelah dua tahun setengah berkahwin.. Sedih kan....(dah nk mengalir air mata ni.. kena tahan.. kt ofis ni)

Semasa di ICU kami ada melawat dia, tapi dia tk sedar.. but I know dia boleh mendengar suara aku.. that is the last time aku tgk dia semasa hidup.. rasa nk peluk dia masa kt ICU tu tapi keadaan dirinya tk mengizinkan =(. Plannya ahad 08/07 tu nk melawat dia sekali lagi, tapi kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan.. jumaat tu dia dh pergi tuk selamanya.. terkilan sgt.. that's why sesusah mana pun aku tetap pergi ke bilik mayat dan tunggu hingga semalaman hingga jenazah siap di bedah siasat dan dikafankan baru aku balik.. hanya untuk memberi penghormatan dan mengiringi perjalanan terakhir seorang sahabat.. Perasaan itu sukar diungkapkan.. terasa sumenya terlalu pantas berlaku, sekelip mata aku hilang seorang sahabat. Tak sempat nk ucap kata2 terakhir, tk sempat nk minta maaf ngan dia.. Apapun aku puas, dapat tatap wajahnya buat kali terakhir sebelum mayat dikafankan.  Wajahnya bersih... 

Perginya seorang sahabat.. Yusra.. pergimu satu kehilangan besar buat diri ini.. kami amat merinduimu.. hingga saat ini.  Sesekali tersebut mengenai arwah, semua terdiam.. melihat gambar ini juga sudah cukup terasa pedih didalam hati.. kehilangan yg sukar diterima, tapi kami redha ketentuan Allah.. Dia lebih menyayangimu.. tiada apa yg mampu kami lakukan selain menitipkan doa agar rohmu tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.. Kau akan sentiasa segar diingatan and we miss you sooo much.. Al-Fatihah..

p/s: I've to stop now sebelum air mata ini berguguran =(









Little big things... Excellence!


Assalamualaikum readers.. ces, budget ramai sgt readers kononnyer.. tak kisahla ramai readers ke tak, janji menulis tetap menulis.  Oleh kerana xde keje nk buat kt ofis ni sementelah tinggal lagi dua ari je nk keje kt OMI ni kan.. (hehehe.. sengih jahat disitu) dan dah ada pengganti yg boleh buat sume keje2 aku (untunglaaa) jadi gunakan masa tuk membaca dan berblogging.. (makan gaji buta tul!!!). Anyway, buku yg tengah dibaca ni bertajuk The Little BIG Things, 163 ways to pursue EXCELLENCE  by Tom Peters. Buku motivasi gitu.. hua hua hua..

Ok actually aku nk share some important notes dari buku ni yg aku rasa bagus utk motivate diri kita.. antaranya:
Excellence can be obtained if you:
“care more than others think is wise;
“risk more than others think is safe;
“dream more than others think is practical;
“expect more than others think is possible.”

So, if kita nk jadi excellence. Kita kena keluar dari kepompong kita sekarang. Atau dlm kata lain, keluar dari comfort zone kita.  Org yg Berjaya selalunya berani mencuba dan berani take risk. Perlu bina impian dan work hard to achieve our dream.  If you just say that you have vision, daydreamer but do nothing to achieve your dream.. mmg selamanyalah you will be a daydreamer not an achiever.  Bak kata Tom Watson, IBM’s legendary boss “You ‘achieve` excellence* by promising yourself right now that you’ll never again knowingly do anything that’s not excellent-regardless any pressure to do otherwise by any boss situation”.  Mmg suka sgt yg si Tom ni kata dan boleh jadi pedoman utk aku start kt tempat baru nanti. So Liza, bear in your mind kalau nk berjaya, jgn buat benda2 yg tk excellent k.. whatever pressure kt tempat baru, kena hadapi dengan pandangan positif.  =)

Monday, July 16, 2012

Melawat sedara sebelah hubby

Entry ni agak basi gak.. berlaku pada bulan 6 ari tu.. rupa2nya hubby ada sedara kt area Bangi. So, PIL datang masa gath family tempohari, we all bawalah ibu dan ayah melawat sedara ni.. Alhamdulillah tk sesat.. ikut cik GPS. Rasanya kt SS3 bangi kot.. aku kt sebelah bukannya ingat jalan.. suruh pergi sendiri sure kelaut perginya. 

Lama gak kitaorang kt sana.. ni kira cam long lost family..sesi jejak kasih bermula makanya amik masa sket. Anak2 plak dah mula buat perangai bosan.. maka tuan rumah pun bagilah kami bawa ank main2 kt belakang.. actually umah akak and abang ni mmg besar. Such a big house.Suka sgt ngan dekorasinya. Tapi tidakla aku snap gambar.. malu der...ada air terjun buatan.. rasa cam tenang jer dok kt sini.Tapi sedar2la yek.. rumah org. Ko nk nyaman lama2 kt sini, balik buat kt umah sendiri. ehhehehe.. Jom la layan gambar.. tangan dah lenguh menaip..

sibuk tgk kucing. .meow meow...

ok tu jer nk citer.. bye.. (dh penat taip).. ngee...

Alhamdulillah... rezeki

Alhamdulillah.. jika kita buat sesuatu dengan hati yg ikhlas, jaga kualiti makanan insyaallah.. rezeki tu datang mencurah2.. syukur sgt, RED VELVET ni beri mendatangkan rezeki padaku. Walaupun takdelah kencang sgt ordernya coz aku kena hadkan, maklum kita ni keje makan gaji.. of course la any order on weekdays tu tk dapat dipenuhi. Amik order pun ari minggu jer.. but alhamdulillah.. every week mesti ada order. Kalau xde tu maknanya aku yg tolak coz sometime nk gak berehat. Tambahan skang ni bz ngan insurans lagi.. rasa cam tk cukup nafas pun ada. Namun kalau ada yg order sket2 tu.. aku amik gak on weekdays.. tk sampai ati plak nk hampakan harapan org especially officemate. Ni antara order2 dari kengkawan dan customer lain.. thank you all repeat order and support me.. 


dan ni sebiji tuk birthday ordered by bff.. 

Sesapa nk order leh la pm 0132986822. Harga akan diberitahu nanti.. love u all..

Kek Lapis Cheese

Kek Lapis Cheese baru first time buat.. maka kejadiannya agakla tidak memberansangkan. Tapi rasanya tidak dapat dinafikan sangatlah sedappp... kek ni kukus hokay, bukan bakar. Kebetulan MIL datang rumah esoknya, mmg dapat la sajikan tuk MIL. At least hilangkan kempunan anak tekak nk makan kek ni, selalu tgk kt blog org jer.. yg penting jimat buat sendiri...  =)

Spend Quality time with our daughters @ Midvalley

Assalamualaikum. mak aih panjangnyer tajuk entry.. haa ni sambung citer ari khamis lepas.. amboi dah nk masuk khamis balik dah, citer tk habis2 lagi. hehehe...  K, kami sampai kt Midvalley time lunch hour.. bapak ramainyer org. Terjah Mc Donalds jer, perut dah lapar giler ni since pagi lum makan apa2. Ni kira brunch la ni, tapi idokleer melantak tk ingat dunia kan.. makan set2 jer.. janji anak2 kenyang, mak bapak pun kenyang.. anak2 makan bubur, aku and hubby double cheese burger. Done! Alhamdulillah.. pas makan pi surau, solat Zuhur. Then terus ke tingkat atas..mau beli tiket wayang lah..We plan nk bawa Qaleesya and Qaireen tgk Madagascar 3. Org dah habis tgk, we all baru terhegeh2 nk masuk panggung kan. Apa kan daya, baru berkesempatan. Nak gi ari minggu sure ramai punya. So, movie start kul 3.45pm.. maka lepak2 dulu kt Carl's Junior.. makan ringan2. Makan lagi??? hahaha.. 

Anak yg best.. sedap gak kentang goreng kt sini.. sorry gambar sume ala2 blur coz snap guna hp jer, then budak2 ni asyik gerak jer time aku nk snap.



amboi happynyer cenonet ni.. dia kalau dapat makan always happy.

So, lepas makan pi beli pop corn sekotak, then wait nk masuk.. sambil2 tu snap gambar bebudak lagi.. (xde keje lain ibu korang ni kan..)

pakaikan anak2 siap ngan sweater.. diaorang ni bukan tahan sejuk. Kang ada yg selsema plak.

tak jumpa yg madagascar.. amik depan brave pun hokay.. masa mula2 Qaireen takut gak.. tapi aku sumbat ngan pop corn lama2 dia ok. Qaleesya dah 2nd time masuk, so dia relax jelah.. lepas wayang start 20 minit, tgk qaireen diam jer. Rupanya dia tido sampai meleleh air liur basi. Kah kah kah.. dlm bising2 tu dia leh membuta.. hadoi.. sampai sudah tk jaga. Lepas kuar panggung, nk gi solat baru dia jaga.. emm.. pastu sambung tido balik. Amboi penat sungguh nampaknya. Lepas solat, we all decide balik malam la memandangkan time tu dah kt pukul 6ptg. Sure sesaknyer train time ni. Lepak2 jap.. lepas solat maghrib gi dinner kt Chicken Rice Shop jer.. sini ada makanan budak2 tu.

dah lepas makan, buat muka camni plk kan hehehe.. amboi budak berdua ni bantai nasi sepinggan setengah. Lapar bebenor yer korang. Tapi suka tgk diaorang berselera makan. Sorryla, sume makanan tk snap. Korang bayangkan jelah. 

Lepas makan terus ke stesen komuter. Masa utk pulang.. marilah pulang, marilah pulang bersama-sama..

 tengah tunggu train.. gambar gegar.. hahaha..harap maaf

Qaleesya suka naik tren.. terloncat2 tunggu tren. Kalau tk dipegang merata perginya. Takut jatuh ke landasan jer.

haa dh dlm tren ni la dia.. penat sgt satu hari berjalan, terus tertido nyenyak.. sian anak ibu.. bukan dia jer.. yang ni pun >>>>>>

amik kooo.. terlentuk tido kt abah.. tapi apapun we all happy sgt that day.. next time leh plan gi jalan2 lagi naik tren.. heheh.. mak apak pun sama letih. Hampir kul 11 baru kitaorang sampai rumah.. =)



Tuesday, July 10, 2012

Red Velvel.. this time a real cake..


yeah.. it's a cake!! Finally, aku dapat hasilkan sebiji red velvet cake yg agak sempurna.. cewahhhh puji diri sendiri nampaknyer.. maluuu i... sebenarnya agak happy coz sebelum2 ni wat red velvet kek sebiji, kejadiannya tidaklah seelok yg ini. Actually, this cake ordered by my bff.. pn. norhayati for her superhubby.. en. azman.. aku mulanya tk nak amik, tapi mengenangkan kawan baik punya hal.. aku cabar diri.. dlm hati ni tk putus2 doa moga elokla kejadian kek ni.. Alhamdulillah.. sume berjalan lancar.. even tk puas ati sgt coz edible image tak tegang sgt.. but it will be improved in future (kena wat post mortem naper masa letak dia elok, and after a few hours dlm peti ais dia jadi ngelembung gitu). Now my target nk buat red velvet and rainbow cake in a jar plak.. amacam ada yg berani order??? ehhehehe.. opps ya.. projek apam mekar pun tk jadi2 lagi.. lots of things happened last week.. will story later.. sad story actually.. perlukan kekuatan utk menulisnya.

Apapun nk letak sekeping dua gambar lagi lah.. jgn muntah yer kawan2.. hihihiihi...

 ok chow.. nk balik dah.. en. hubby dah sampai.. see you later.. thanks for reading.. sape nk order PM me k.. babai...



Qaleesya dan spek abah

Ini adalah spek en. hubby setelah dikerjakan oleh anaknyer (anak aku gak ler tu keh keh keh..). Sape lagi kalau bukan Qaleesya punya keje.. Hai la anak oii.. ni dah spek kedua abah yg awak patahkan. Spek ibu pun dah sekali awak patahkan.. sabar jelah nak oiii.. sok dah besar baca entry ibu ni tau, tgk apa yg telah awak lakukan masa kecil.. abah marah tau.. tapi dia pendam jer coz nk wat camne.. anak sendiri.. cian abah tau..

Ingat Qaleesya.. besar sok jadi anak yg mengenang jasa.. apapun awak buat, ibu dan abah tetap sayangkan awak.. Jangan sesekali melawan cakap ibu dan abah tau. Cermin mata ni sgt penting bagi ibu dan abah awak yg rabun ni tau.. sian abah skang pakai spek yg digam guna gam gajah.. hahahha.. jgn marah yang.. i kesian kt u gak.. ^___^