penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, July 18, 2012

Belasungkawa ~ Noryusra Basiron

Assalamualaikum.. untuk menulis entry ini bukanlah sesuatu yg mudah.. perlukan kekuatan kerana setiap patah yg ditulis adalah mengenai sahabat yg tersayang.. yang setiap hari makan bersama, share stories, share all the work pressures, share laughs, share tears.. 45 minutes waktu lunch setiap hari kami berkongsi cerita, macam2 cerita.. dia seorang yg periang, paling bising, manja, cantik, kelakar, baik hati.. oleh sebab itu juga pemergiannya amat dirasai oleh kami.. sahabat2nya. It's not easy for us to adapt the situation.. utk menghadapi kenyataan yg dia telah pergi utk selamanya... kami rasa kehilangan.. aku rasa kehilangan.. sgt terasa.. sampai ke saat ini pun aku masih terbayang2 keletahnya, ketawanya, terngiang2 suaranya.. oohh. begini payah rupanya sebuah kehilangan... sometime i wish ini cuma mimpi, tapi inilah kenyataannya yg Noryusra Basiron telah menyahut panggilan Ilahi pada 06/07/12 (Jumaat) jam 8.07 mlm setelah hampir dua minggu bertarung nyawa di ICU.

yang kiri, bertudung pink dan wat simbol peace tu la yusra... cantikkan dia?? kulit dia putih bersih... dlm kenangan..masa ni kami attend event berbuka pose anjuran company. Sedih sebab lama kawan, aku cuma ada dua keping gambar jer kenangan ngan dia.. sob sob sob...

Yusra cedera parah akibat dari kemalangan.  Kereta yg dinaiki bersama suami dan adik perempuannya dilanggar dari belakang di Elite Highway berdekatan dgn Putra Heights (info tuk mereka yg tertanya2 di FB). Adik perempuannya cedera parah dan meninggal ditempat kejadian.  Sangat sedih coz itu adalah adik yg sgt rapat dengannya. Alhamdulillah, suami yusra selamat dan yusra pula parah coz dia dan adiknya tercampak keluar dari kereta semasa kereta berpusing dilanggar (maaf, kalau ada tersalah info) and that time, Yusra sedang mengandung dua bulan lebih (first baby actually).. Anak yg ditunggu2 setelah dua tahun setengah berkahwin.. Sedih kan....(dah nk mengalir air mata ni.. kena tahan.. kt ofis ni)

Semasa di ICU kami ada melawat dia, tapi dia tk sedar.. but I know dia boleh mendengar suara aku.. that is the last time aku tgk dia semasa hidup.. rasa nk peluk dia masa kt ICU tu tapi keadaan dirinya tk mengizinkan =(. Plannya ahad 08/07 tu nk melawat dia sekali lagi, tapi kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan.. jumaat tu dia dh pergi tuk selamanya.. terkilan sgt.. that's why sesusah mana pun aku tetap pergi ke bilik mayat dan tunggu hingga semalaman hingga jenazah siap di bedah siasat dan dikafankan baru aku balik.. hanya untuk memberi penghormatan dan mengiringi perjalanan terakhir seorang sahabat.. Perasaan itu sukar diungkapkan.. terasa sumenya terlalu pantas berlaku, sekelip mata aku hilang seorang sahabat. Tak sempat nk ucap kata2 terakhir, tk sempat nk minta maaf ngan dia.. Apapun aku puas, dapat tatap wajahnya buat kali terakhir sebelum mayat dikafankan.  Wajahnya bersih... 

Perginya seorang sahabat.. Yusra.. pergimu satu kehilangan besar buat diri ini.. kami amat merinduimu.. hingga saat ini.  Sesekali tersebut mengenai arwah, semua terdiam.. melihat gambar ini juga sudah cukup terasa pedih didalam hati.. kehilangan yg sukar diterima, tapi kami redha ketentuan Allah.. Dia lebih menyayangimu.. tiada apa yg mampu kami lakukan selain menitipkan doa agar rohmu tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.. Kau akan sentiasa segar diingatan and we miss you sooo much.. Al-Fatihah..

p/s: I've to stop now sebelum air mata ini berguguran =(









4 comments:

  1. Sedihnye..
    Orang yang baik selalunya pergi awal. Allah lebih menyayangi. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. InsyaAllah. Amin

    ReplyDelete
  2. lahai sedihnya citer psl arwah...semoga roh arwah dicucuri rahmat...dan semoga suami arwah tabah, sabar dan redha dengan pemergian beliau

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nome.. thanks for your doa.. mmg sedih sgt..

      Delete

Feel free to drop your comment k.. tq =)