penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, July 19, 2012

Qaireen semenjak meningkat usia 1 tahun 3 bulan


 
Assalamualaikum.. wah rasanya cam lama jer tk update kisah dak kecik ni. Yeke lama?? Ahh tk kisahlah, nk citer gak..sok2 adik dh besar leh baca kan dik kan..kan..

Perkembangan semenjak meningkat usia ni.. dh pandai sebut perkataan "nk num, nak num (nak minum ler tu). Minum apa lagi kalau bukan susu badan..Kalau amik dari taska jer, masuk dlm keta sure merengek nk susu.. even masa tu dia baru lepas menyusu EBM kt taska.. tapi jangan ko.. dia pandai tau. Even susu EBM tu tk habis, masih suam2 lagi coz baru bagi sebelum kami sampai taska. Dia still tk nak minum kalau dah dok ngan aku.. dia nak direct feeding gak. Pastu tk menyempat2.. terus selak baju sambil merengek2, kaki tendang2 angin.. pastu kalau lambat sket mulalah melalak kuat2 cam ibu tk bagi menyusu jer.. Bukan setakat tu jer, sepanjang jalan dah minum. Sampai umah, masuk je dlm umah nk continue minum susu lagi.. haa amik ko.. mmg kuat menyusu dia ni. Susu FM jgn la bagi masa kt umah, ditolak mentah2. Kenkadang tu aku selalu lewat solat maghrib coz sebelum mandikan nk menyusu dulu, lepas mandi pun nk menyusu gak.. kalau tk diberi, melalak tk nak berhenti cam kena dera.  Bukan tk rasa berdosa lewatkan solat, tapi hati ibu ni jenis tk mampu nk dgr menangis sampai tersedu2.. Ampunkan aku Ya Allah.. (akan improve next time). 

Tak sempat nk pakai baju pun..heii budak ni.

Qaireen pantang nampak makanan..sume nak. Paling best, dia suka makan udang mcm ibu dia gak. Masa aku ngah masak dinner dah supply biskut dah tuk kudap-kudapan.. bila lepas suapkan diaorang makan malam, ingatkan leh la dia main2 ngan kakak. Jgn harapla.. nak juga suruh ibu 'kbar' (dukung dlm bahasa dia dan Qaleesya). Naper 'kbar'? coz bila tiap kali abah nk dukung diaorang, abah akan sebut Allahhuakbar. Maka kanak2 riang ni pun sebut 'kbar'=dukung. So, kalau aku tk 'kbar' dia coz aku nk dinner, dia akan gigit aku.. amboi anak oii..gigi baru ada 8 batang, asyik gigit ibu jerrrr.. =(.  Budak kecik ni mmg sgt manja.. nk melentok ngan ibu jer kejenya. Dah lepas makan malam, mula la dia wat perangai.. merengek tk habis2.. tu tandanya nk susu lagi la..Kang nk tido, menyusu lagi.. kenkadang tu takut gak nk kasi susu badan kt dia coz dia suka menggigit.. (ibu2 yg biasa menyusukan anak yg dah ada gigi mesti tau betapa sakitnya kena gigit kan..) mmg sampai menjerit la aku tahan sakit dan dia tk nak lepas pulak.. aii anak.. So, Qaireen.. bila dah besar, baca entry ni.. betapa besar pengorbanan ibu ni.. 

Qaireen pantang nampak aku.. automatic nk datang kt ibu. Even baru nk tido, dgr sore ibu terus jaga. Kalau ibu masak, akan mengekor jer ibu kt dapur..kang sibuk main bawang, cili kering sume.. bila ibu larang mulalah nk suruh dukung. Peluk kaki ibu.. bangun pagi mesti cari ibu.. dan dia juga sangat garang cam ibu! Hahahahha... oh no!!! tapi honestly dak kecik ni mmg garang. Kalau kita tk layan kerenah dia nanti dia marah sambil muncung mulut (haa itu aku tk ajar, dia belajar dari Qaleesya. Dan dari mana Qaleesya dapat pe'el tu.. i have no idea) Kalau kita marah kakak ke, cepat jer dia gi pukul kakak.  Nampak dia lebih tangkas dari Qaleesya. Sib baik kakak ni sabar jer.. bila adik buat, abis sgt dtg ngadu kt aku jer.  Pernah dia tolak Qaleesya sampai jatuh.. jgn main2, nampak jer kenit tu (ikut aku gak ler tu.. gagah perkasa.. kah kah kah..).. kuat dari kakak dia. 

Dah pandai kenal telefon, bila kita ajak mandi dah tau nk tuju kemana. Bila ajak tido, dah tau nk kebilik. Dan dah pandai naik tangga.. sebab tu dah kurus sket coz aku dera dia naik tangga sendiri ari2. Hahahah... eh idokler.. selalu dia tk nak aku dukung masa naik tangga coz dia tgk Qaleesya naik sendiri. So, aku bg jer dia naik tapi aku berdiri kt blakang dia la.. gila ke apa biar dia naik sorang2.. Oh ya, bila dgr lagu dah pandai goyang2 bontot besar dia tu.. dah pandai joget kiri kanan. Pas tu bila dengar azan atau org ngaji, automatic akan angkat tangan cam berdoa. Dah boleh ikut kakak zikir even bunyi blakang2 jer.. 

Oooh.. sgt suka main air.. kalau time mandi tu mesti suka sgt la. Berjimba2 dlm blk air.. sehari main air pun dia rela. Bila kita ckp gigi, dia tau tunjuk gigi.. Jadi keje menggosok gigi dia sgt mudah skang ni... tapi kalau kena apa2 sket pun, mesti wat muka kesian ngan sore yg manja ngadu 'akit.. akit.. '. Juga dah ada feeling takut.. dah pandai ckp 'tut' for takut..  Emm itu jer kot yg leh update.. nanti aku update lagi la perkembangan2 lain.. apapun mmg happy tgk anak2 membesar ni.. tgk diaorang pandai satu2 perkara.. Ibu doakan adik terus sihat dan makin cerdik hendaknya.. I love you.. mmmuaaah..





1 comment:

  1. Selamat berpuasa liza...sure liza masak sedap sedap utk juadah berbuka puasa tu. Semoga dirahmati Allah sentiasa...Comei qaireen ngan baju seksi tu...

    ReplyDelete

Feel free to drop your comment k.. tq =)