penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, November 22, 2013

5 tahun sudah.. Happy Anniversary to us.

21/11/2008 to 21/11/2013.. Genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami.. Kasih tercipta antara Liza dan Hashim..


Saat ini tanggungjawab yg terpikul dibahu mak dan ayah beralih ke bahu suami..

Tanda aku kini makmumnya..

dan dia kini imamku..

dengan nama satu ikatan yang sah.. halal bersentuhan.. Sebuah perkahwinan.





5 years with 2 kids around.. soon insyaAllah kita akan jadi berlima.. moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat.. moga rumahtangga yg dibina ini sentiasa berada dibawah rahmat Allah.. Moga kita lebih kuat menempuh dugaan yang akan mendatang.. moga kasih sayang antara kita terus erat dalam membesarkan permata2 hati kita.. I love you till my last breath..


Bingka Nestum

Sebelum masuk ke oven.. 


Hasil setelah dibakar.. nyum2...

Bingka Nestum ni merupakan percubaan pertama.. masa buat tu cam cuak gak, jadi ke tak jadi ni coz aku kalau bab agar2, bingka ni.. mmg failed sket. Tapi tawakal jelah.. follow resepi betul.. ikut teknik betul2. Hasilnya mmg memuaskan hati.. sedap!!!! Qaleesya pun suka makan.. nak2 plk bahagian atas tu garing dan rangup coz tabur nestum kan.. suka, suka, suka.. boleh la repeat wat lagi.  Aku skang mmg rajin try resepi kuih muih. At least kalau mertua dtg ke.. bolehla sajikan kuih yg berlainan.. xdelah memanjang kek jer.. bertambah sket saham tu.. hihihi.. maklumlah menantu perempuan sulung. Ok jom tgk resepi pada yg ingin mencuba buat bingka nestum ni tuk minum petang.. resepi diambil dari blog Juicy Cafe dan Kak Yatie (Sinar Kehidupanku).

Bingka Nestum

Bahan2:
 - 2 cawan tepung gandum*
- 2 cawan santan*
- 1 cawan susu segar*
- 5 biji telur gred B*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 3/4 cawan susu pekat manis*
- 1 sudu besar tepung jagung*
- 1 sudu kecil garam halus*
- 2 sudu besar butter dicairkan*
- 1 1/2 cawan nestum original
- 1 sudu kecil esen vanila*
- sedikit pewarna kuning*

Cara2:
1) Panaskan oven 180' celcius. Blend sume bahan yg bertanda *
2) Masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakan hand whisk atau senduk kayu)
3) Sediakan loyang, masukkan 1 sudu butter dan panaskan sekejap diatas api yg kecil hingga cair.
4) Tuang adunan yg diblend ke dalam loyang
5) Tabur bijirin nestum diatasnya
6) Bakar 50-60 minit @ sampai masak. Tunggu sejuk baru potong dan hidangkan.

P/S: Bagi mendapatkan permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir tu gunakan api atas hingga perang permukaannya..

Selamat mencuba :)

Saturday, November 16, 2013

Resepi Cream Puff

Cream Puff ni dah dua kali buat. Pertama kali buat dapat pujian dari my hubby.. selang seminggu dia request nk makan lagi. Jadi buatlah lagi. Ada yg bertanya resepi Cream Puff ni.. so saya share yer disini. Dapat resepi ni dari FB Buku Resepi.. huii byk sungguh resepi kuih muih dan masakan disitu.. tinggal rajin tak rajin je nk cuba. Jom tgk camne nk buat Cream Puff ni.



Cream Puff with Custad Filling

Bahan2 Puff:
*125gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
*100gm butter
*250ml air
*1/2 sudu teh gula
*3 biji telur

Cara2:
*Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius
*Satukan butter, air & gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair
*Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Adunan mesti kental dan tutup api. Biar adunan betul2 sejuk.
*Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga rata baru masukkan telur seterusnya. Pukul guna mixer hingga adunan licin.
*Masukkan dalam piping bag &pipe atas dulang yg telah digris.
*Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
*Bakar dalam oven dengan suhu 200darjah celcius hingga permukaan cream puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit.
*Suhu panas membantu puff naik dengan sempurna.
*Pastikan puff betul2 masak sebelum keluarkan dari oven.
*Belah dua secara melintang & paipkan krim.
*Taburkan dengan sedikit icing sugar.

Krim Custard (Filling)

Bahan2:
*2 camca besar tepung kastard
*4 sudu besar gula kastor
*1 1/3 cawan susu segar
*30gm mentega (lebih kurang 2 sudu teh)
*2 sudu teh esen vanila

Cara2:
*Satukan semua bahan kastard kecuali mentega dan esen vanila
*Kacau rata degnan whisk & masak dengan api perlahan hingga pekat.
*Padam api, tambah butter dan esen vanila. Kacau sebati.
*Bila sejuk, masukkan kedalam piping bag dan boleh pipe ke puff yg telah dibelah dua.

Selamat Mencuba :)

Resepi Apam Mekar

Mmmmm... mekarnya.. haa walau dah sarat ni terajin pulak nk mencuba resepi kuih muih. Apam Mekar ni buat weekeend minggu lepas rasanya.. tulah, banyak sgt yg pending nk update, sampai lupa tarikh sebenar. Apam ni mmg sedap sangat.. leka jer makan, tgk2 dah habis. Aku buat dalam paper cup kecik2 jer. Motif, anak2 senang nk makan. Tempoh mengukus apam ni pun jap jer.. dalam 5 - 10 minit jer. Tapi ikut saiz apam juga lah, kalau buat dlm cup besar or dlm acuan kek tu.. amik masa lah nk masak. Resepi apam ni diamik dari blog Kak Yatie, Sinar Kehidupanku.. mohon share yer kak Yatie.. 


Apam Mekar

Bahan2:
*250gm gula (aku cuma letak 220gm jer.. tak nak manis sgt)
*2 biji telur
*1 sudu kecil esen vanila
*200 ml susu segar
*300gm tepung gandum
*1 sudu kecil ovallete
*Pewarna (ikut suka)
*Acuan kertas secukupnya

Cara2:
*Panaskan kukusan. Sebaiknya bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
*Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
*Masukkan esen vanila dan pukul lagi
*Masukkan ovallete dan pukul lagi
*Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil pukul sehingga gebu.
*Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yg diinginkan)
*Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balik hingga warna sekata
*Masukkan setiap bahagian warna dalam piping bag yg berasingan
*Letakkan paper cup kedalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut
*Kukus selama 5 - 10 minit (bergantung kepada saiz paper cup)
*Siap utk dihidangkan sebagai minum petang.. :)

Selamat Mencuba!

Monday, November 11, 2013

AAYA Award (09 Nov 13)

Hari Sabtu lepas telah berlansung AAYA Award di Eon Jusco Bukit Raja. So, sume student Tadika Seri Permata must attend this event. Pagi tu lepas subuh xde tido ayam2 lagi.. cepat2 iron baju anak2, laki bini.. cewah ibu yg semangat lebih heheh.. Hubby kejutkan anak2 kasi diaorang mandi. Tu pun seperti biasa ada adengan nangis2 la kan.. kena bangun awal. Hari2 pun mcm tu gak huhu.. Yang si Qaleesya buat perangai tk nak pakai baju sukan skolah. Padahal cikgu pesan sume murid kena pakai baju sukan.. maklum la minah sorang ni asyik nk pakai baju cantik jer (idokler cantik mana pun.. maksud dia baju jenjalan la). Jenuh memujuk.. baru ok.. siap kan dia comel2.. baru mood nampak ok sket. Kul 9 we all dah kuar dr rumah. Gi breakfast dulu.. lepas breakfast sempat lagi singgah ke Perodua Centre tgk "si putih" dah siap repair ke belum. Tapi diaorang masih nk touch up sket2 lagi.. lepas tu baru gerak ke Aeon Bukit Raja.. alah bukan jauh pun.. sekangkang kera jer dari rumah. Tu pun kitaorang sampai awal.. Aeon baru nk buka kot.. hahhaha...

Acara berlangsung di ruang legar pusat beli belah Aeon tu.. byk booth on education aid buka kt situ.. kami terjebak juga ngan taktik penjual eductation aid ni.. tapi tk beli la..  Sebenarnya Tadika Qaleesya ni ada hantar hasil kreatif budak2 ni.. so menang la hadiah kategori Kreatif kan.. tu sume students kena attend tuk amik hadiah.

Acara bermula pukul 12pm.. sebelum tu bebudak ni bersuka ria sakan bila dah jumpa geng.. kami ibu2 ni jenuh dok berkawal kejar anak2 takut hilang.. maklumla kt shopping complex kan..




Tengokla acara belum mula, diaorang dah buat show sendiri ats pentas ni.. sampai event Manager minta diaorang turun kah kah kah... budak2 kot.. apa dia tau.. yg penting happy.

Bila cikgu2 dah datang sume behave sket.. kena dok sekelompok kt sini.. hahahah...

Bergambar dengan salah seorang cikgu.. Qaleesya ni student yg manja kata cikgu.. kenkadang cikgu dukung jer.. ngada tau budak ni. Oh ya.. diaorang juga ada buat performance sebelum acara penyampaian anugerah.. tu yg ada pakai kostum bagai tu.




kena duduk sekelompok kt sini dulu..

First performance Chicky Dance.. comel jer tgk bebudak ni bergelek..


Second performance lagu Bole Chudiya dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham..

Habis sume performance baru ada acara penyampaian anugerah..

Guru besar a.k.a owner Tadika Seri Permata menerima Anugerah Creative School Award.

Tenaga pengajar Tadika Seri Permata.. byk jasa diaorang tuk anak2 kami. Thank you cikgu..

 Actually ini lah cendawan2 yg diwarnakan oleh bebudak di tadika ni.. sume kena lekat kt satu tempat.. jenuh memusing cari Qaleesya punya.. heheh.. ni dia punya.. xdelah warna cantik mana pun, but it is a good exposure for her.. Ibu proud of you Qaleesya.


Ni lah tempat sume hasil kreatif student dipamerkan.. my anak dara yg dah besar.. sob sob sob..


Beratur nk naik pentas amik hadiah..



Masa ni muka dia nervous sgt.. kembang kempis idung.. berdebar agaknya kt ats pentas tu,org sume tgk.. nak2 ibu dok depan skali kan..

Kategori 4 tahun..


Habis sume kategori penyampaian anugerah, budak2 serbu bear ni.. amik gula2.. Apapun ibu sgt happy bila tgk Qaleesya gembira sgt.. tak habis ckp "ibu kakak menang kan.. kakak dapat hadiah kan.." Eventhough sume yg masuk pun dapat hadiah, tapi ni satu permulaan dan motivation yg bagus utk kanak2 ni.. Satu yg aku perasan Qaleesya ni, self confidence dia tinggi gak.. masa bebudak lain sibuk wat performance kt ats pentas, dia and the geng menari kt tepi pentas.. kelakar tgk kan. Pastu masa jalan2 kt jusco after event, nampak jer kenkawan dia terus dia jerit hai.. hai.. even org tu dok dlm restoran dan kami jalan luar restoran.. kah kah kah..

Can't wait for this coming Saturday pulak.. hari Graduasi Tadika Seri Permata.. see u with next entry k.. till then.. wassalam.

Monday, October 28, 2013

Coti oh coti..

Tak tau nk letak apa dah kt tajuk tu.. asal boleh jelah. Sabtu lepas, pepagi buta dah kejut anak2 bangun. Ari ni ibu nk ke Shaklee amik stok org order.. dah boleh agak, for sure ramai org kt Shaklee tu. Skang kan Shaklee dah jadi fenomena.. mau berejam tunggu nanti. Tapi bak kata janji melayu.. konon nk kuar 8.30pg, 9.30 juga kuarnya. Gi bekfes dulu.. tup tap tup tap.. 10.15pg jejak kaki di Shaklee Empire Subang.. Shaklee buka pukul 10pg tau.. tapi 10.15 aku sampai tu.. org dah penuh giler.. aku dapat nombor 1097.. current no kt kaunter baru 1013.. tk keras ko nk tunggu??? Tapi alang2 dah datang tunggu jelah demi customer ku tersayang. Dah janji nk pos barang diaorang hari Sabtu tu.. janji harus dikota okay.. Sib baik ada sofa kosong.. lepak baik nyer..sampai no. 1024, org sebelah tegur.. "akak no baper?" aku ckp 1097..oh dia no 1037.. dia offer join dia masa no dia dipanggil nanti.. dia kesian tgk aku pregnant nk tunggu lama2.. tambahlak Qaleesya time tu dah start demam..tetiba jer. Ya Allah.. syukran Ya Allah.. Kau utuskan pertolongan disaat aku sgt memerlukan. Ini la untungnya jadi wanita preggy.. :) Thanks dik miza.. hope kita leh jumpa lagi. Alhamdulillah.. dlm kul 11.30pg settle amik barang.. terus ke Tesco Shah Alam utk pos barang2 yg diorder.. fresh from oven gitu.. kikkiki..


Ni la barangnyer.. mealshake, omega dan alfafa.. satu utk customer di Melaka, satu utk customer di kepong..

Sette kt sini, tgk Qaleesya dah makin lemah.. terus pergi tapau lunch kt Qaseh dan ke SS18 hantar barang customer juga.. kemudian terus pecut balik umah. Kasi Qaleesya ubat, lap2 badan dia.. bg dia tido..

 Anak daraku yg dah lemah coz demam.. panas giler badan dia.

Petang tu, buat benda alah ni pulak..

Ya Allah sedapnya makan sejuk2.. Puding Kastard Berkuah.. yummy sungguh.. bermangkuk2 i makan tau.. mana tk gemuk kikkikik.. bukan i teringin.. baby yg teringin.. (alasan sgt tau) hahahahha...

Esokknya.. pepagi seperti biasa qada keje umah yg tertagguh hari sabtu tu.. so, lunch en somi la yg masak coz bini perlu rehat.. sib baik dapat laki yg memahami tau..

Wee macaroni cheese yg lazat.. thank you la yang..

Cerita disudahi dgn gambar anak2 yg gediks bergambar..

My cute Qaireen.. bila dah bertudung mula la suruh amik gambar dia.. heheh

Buah ati pengarang jantungku..

Friday, October 25, 2013

Halwa Telinga Ibu dan Baby.. Ya Hana Na...



Semenjak datang keje berhantar dan balik keje berambik ni, hubby selalu pasang Qasidah Ya Hana Na ni dan surat Mathurat dlm keta.. Ya Allah.. sedapnya Qasidah ni.. halwa telinga ibu dan baby.. hati pun rasa tenang jer.. tambah2 kalau dlm jem tu, dengar Qasidah ni.. surat Mathurat, zikir terapi Hafiz Hamidun.. rasa tenang jer hati..


Thursday, October 24, 2013

Dugaan mengandung..

Dugaan datang silih berganti.. mengandung kali ni mmg byk dugaannya.. awal pregnancy, accident terlanggar bontot keta org.. ni kes terlelap masa jem turun fly over nk masuk Federal Highway.. aku dari arah Subang.. dah free gear.. tetiba terlelap.. coz keta berada dlm keadaan menurun.. maka walau dah free gear pun, keta ttp jalan.. kedebummmm!!! langgar keta Wira kt depan. Pemandunya chinese lady.. dah mmg salah aku, ketepikan keta.. turun tgk bumper blakang keta dia dah senget.. keta aku pun kemek sket kt depan.. plat no. retak.. huhu.. cedih2.. benda dah nk jadi.. aku kasi name card aku, suruh dia gi bengkel tgk baper kena.. then bgtau.. masuk office perasan berbaur.. sedih tgk keta.. syukur aku tk apa2.. call hubby bgtau takut dia marah ke apa.. keta dah kemek kt depan tu. Alhamdulillah.. hubby suruh relax.. keta boleh baiki katanya.. aku tk apa2 dah syukur.. nyawa lebih penting. I love u more sayang.. thank you... Luckily tuan punya kereta tk claim apa2.. by the way, kami bayar gak sejumlah wang.. yelah.. kita dah langgar org tkkan nk wat tak tau jer..


ni pulak admitted bulan 8 ari tu.. kes kurang air dlm badan dan protein tinggi dlm urine. Semuanya sebab demam 4 hari, tk lalu makan.. asyik muntah jer.. at last admitted kt hospital. Masuk 6 botol air..




 Boring giler dok kt wad ni.. rindu anak2 kt umah.. ingat best kena masuk air ni, payah sungguh tau.. nk kencing, nk buang air besar, nak mandi..usung la benda alah ni.. kesana kemari..  sib baik admit dua ari jer.. tu pun tk boleh rehat..jap2 kena kejut amik darah la.. makan ubat la.. kencing la.. saborrrr jelah!

Dan baru2 ni, 9 Oktober 13.. sekali lagi aku accident.. kejadian berlaku dekat simpang tiga, tk jauh dari ofis hubby aku. Baru lepas hantar hubby dlm kul 7.45 cam tu.. accident ngan motor. Kisahnya, aku nk kuar simpang.. dah lama berhenti kt simpang tu coz byk keta motor.. pastu mcm dah clear sket, aku tgk motor tu slow mcm nk belok, so aku pun kuar la.. skali dia terus la.. laju lak tu.. bump! langgar aku.. serius terkejut makcik tau!! menggigil2 aku cari phone nk call hubby.. hilang semangat den! Lepas call hubby, aku kuatkan semangat kuar, benda pertama yg aku cek penunggang motosikal tu.. ok ke tak.. dua budak muda.. pembonceng bengkak bibir.. pemandu sakit lutut tapi xde luka kt mana2.. motor diaorang patah mudguard depan.. tk boleh jalan dah.. sibuk tanya nk gi klinik tak.. bebudak ni tk nak.. pastu baru aku rasa cam nk pitam..perut sakit coz perut terhentak ke stereng. Even aku pakai seatbelt tapi break mengejut.. kena jugalah..katanya perut dah besar. Aku terus duduk kt devider tu.. cuba tenangkan diri.. dalam hati doa "jgnla pitam kt sini".. mat2 motor berhenti punyalah ramai.. jadi attention kt situ. Dari jauh nampak hubby aku berlari dtg ke tempat kejadian. Sib baik la tk jauh dari ofis dia, kalau tak, tak tau camne aku nk handle sensorang. Ramai yg tanya keadaan aku, maybe diaorang tgk aku pregnant kot..muka dah pucat tk berdarah dah.. benda pertama hubby tanya aku ok tak.. yg aku ni sibuk suruh dia cek budak2 tu ok ke tak.. last hubby suruh aku masuk keta, rehat dulu. Biar dia yg settle..

At last, hubby bawa aku gi klinik cek keadaan aku dan baby.. bebudak yg accident ngan aku tu diaorang tunggu abg diaorang datang nk bawa motor. We all janji jumpa kt balai buat report. Nak claim insurans kan.. Keta aku kemek kt pintu driver ke pintu belakang..

 Oh my Alza.. habis kamu.. pintu depan ni tutup pun tk rapat dah..


calar balar :(

Keadaan motor yg accident ngan aku tu..

Dalam keta berulang kali minta maaf ngan hubby coz keta dah jadi camtu.. hubby mcm biasa kata "takpe.. keta rosak kita boleh claim insurans.. yg penting nyawa ayang dan baby.." sejuk ati i tau... :)

After check up, doktor kata me and baby ok.. just monitor kalau bleeding kena terus ke hospital. Doktor bagi ubat utk muscle dan suruh balik rehat.. makan tido.. i need more rest. So that day, xde keje ok.. tapi mana ada rehatnyer.. satu hari tu dipenuhi dengan ke balai polis dan syarikat insurans. Dengan laki aku skali tk keje on that day.

Kesimpulannya.. aku kena saman, penunggang motor ni pun kena saman coz dia xde lesen.. kos repair motor diaorang claim ats kaminyer insurans.. Sabtu lepas my Alza masuk bengkel.. 3 minggu estimation for repair.. nganga kami xde keta nk ke tempat keje.. luckily jiran sebelah rumah, dua org jiran ni tawarkan keta mereka utk kami guna.. Ya Allah.. untung sungguh dapat jiran baik cam ni.. moga Allah murahkan rezeki mereka dan balas kebaikan mereka dengan sebaik2 kebaikan.. amin...

Harap sgt my Alza cepat pulih dan kembali kepangkuan ku.. masa2 mula accident tu, mmg hubby la hantar gi keje.. tapi selepas raya haji aku drive sendiri.. try to gain my confident blk.. syukur boleh drive balik walau takut2.. nk harap hubby hantar selalu pun payah gak coz dia keje klang, aku keje pj.. ulang alik amik masa oooo...

Hopefully lepas ni xde apa2 lagi yg berlaku.. aku tahu segalanya yg terjadi ni ada hikmah disebaliknya.. terima kasih Allah ats ujian ini, kami jadi semakin dekat padaMu dan kasih sayang antara kami semakin kuat..