penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, January 18, 2013

Perkembangan Qaleesya di Sekolah..

Assalamualaikum... wah pejam celik, pejam celik.. dah masuk tengah bulan januari.. cepatnyer la masa berlalu. Qaleesya pun minggu ni dh masuk minggu ketiga bersekolah. Tiap kali balik sekolah, benda pertama yg aku buat selepas dia masuk kereta adalah cek buku laporan harian dia.. (ibu sapelah yg tak sabar tu kan.. punya la kepochi nk tau apa anak dia belajar kt skolah ari tu kan..) heheh..  Cikgu akan tulis kt buku laporan tu apa yg diaorang belajar hari tu.. and Qaleesya pula, bila masuk jer keta mesti nk tunjuk apa yg dia belajar.. contoh abc ke, 123 ke, lukisan yg dia warna ke, tulisan ke.. mmg nampak dia excited sgt... alhamdulillah..

anak solehah ni... in shaa Allah..

Dalam masa tiga minggu ni mmg nampak la yg she has learned something kt kindy. Dia dah pandai baca zikir yg panjang, dah disiplin sket.. kalau dulu sebelum tido mmg kena ingatkan baca doa tido. Skang bila nk tido jer dah ingat nk baca doa tido tanpa disuruh. Just doa bangun tido jer masih failed coz masih liat bgn tido. Pastu bila bangun pagi mesti meragam.. kena berdukung masuk bilik air. Dah rajin ikut ibu and abah solat coz kt kindy diwajibkan solat zuhur dan asar berjemaah. So, dia dah boleh baca surah Fatihah walaupun tak lancar sgt.. (yg kelakar bila solat berjemaah.. dia baca Fatihah sama kuat ngan imam a.k.a abah.. heehe) ini satu perkembangan yg amat menggembirakan ibu.. rasa cam terharu plk.. dah boleh baca bacaan masa rukuk dan sujud..  Dah kenal huruf alif ba ta.. dah tau semua anggota badan.. dah pandai tulis huruf ikut garisan putus2 tu.. (walaupun kenkadang herot petot gak..). Tiap malam aku akan ajar dia wat kt rumah juga. Beli buku sendiri ajar dia coz buku skolah cikgu lum kasi bawa balik rumah.. kata pun baru 3 tahun lebih..  tiap kali dia buat walaupun tk sempurna aku akan bersorak tepuk tangan dan puji dia pandai buat.. Dia sgt la happy dan lagi semangat nk buat... heehehe... psycho tu sebenarnyer.. nk kasi dia rajin hahahaha...

ni hasil kerja Qaleesya pada hari kedua dan ketiga persekolahan.. skang ada lagi.. lama2 nanti penuh la peti ais ibu ngan hasil kerja Qaleesya jer.. walaupun yg dicolor tu ntah apa2, tapi ai ttp happy uolls... heheheh...


 antara class room di kindy Qaleesya.. (ihsan dari FB Tadika Sri Permata BBR)

Skang ni sebelah malam kami akan pasang gak cd ABU ADA AYAM.. she learned it at school and kt rumah tu kira revision la. Not just Qaleesya jer yg dah boleh ikut, Qaireen pun dah pandai sebut "abu ada ayam a, a a...., kakakku ketawa keh keh keh..."

Moga Allah terangkan hati anak ibu ni, jadi anak yg cerdik dan berjaya dunia akhirat... amin... skang ni ngah berkira2 nk masukkan dia ke kelas taekwondo plk. Tiap ari jumaat ada kelas taekwondo kt kindy dia. We can choose either nk bg masuk kelas muzik or kelas taekwondo. Muzik tu mmg aku tk galakkan la coz pada aku tk berfaedah, kalau taekwondo tu mmg sokong 100% la. Boleh meneruskan legasi ibu dia nih haaa... balik rumah ibu boleh ajar juga kan.. maybe dlm pertengahan tahun or start next year baru nk masukkan. Skang ni dia kecil sgt lagi, takut dia tk leh manfaatkan kegunaan ilmu tu. Kang dibelasahnya anak org tk ke naya.. dah cerdik sket boleh la..

oklah tu jer nk citer.. hope korang tk boring la baca.. share la pengalaman anak2 korang kt kindy plk.. wassalam...






1 comment:

  1. Alhamdulillah..Moga Qaleesya jadi anak yang solehah dan cerdik..

    ReplyDelete

Feel free to drop your comment k.. tq =)