penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, March 29, 2013

Our Precious...

Assalamualaikum..

Hai ari ni mmg x byk keje sgt, boss pun takde.. so, khatam update blog. Hmm.. anak2 ni adalah anugerah Allah, anak2 juga ujian Allah pada kita.. Kenapa aku kata ujian?? Sebagai ibu bapa, bukan senang kita nk besarkan seorang khalifah.. anak2 ibarat kain putih, ibu bapa la pencoraknya.. kalau salah corak, rosaklah ia.. ianya satu tanggungjawab yg berat..amat berat!  Jadi to those yg belum ada anak.. jgn kecewa, jgn stress, jgn berduka.. Allah knows better.. Jadi teruskan doa, jgn putus asa berusaha.. Ada hikmahnya disebalik apa yg berlaku.

Kenkadang yang dah jadi ibu bapa ni pun ari2 muhasabah diri.. contoh diri aku sendiri la.. sampai skang aku sentiasa rasa aku bukan ibu yg sempurna.. (yes. nobody perfect) but aku still rasa aku bukan ibu yg terbaik tuk anak2.. yelah, kenkadang bila balik keje dah penat seharian mengadap pelbagai kerenah manusia dan keje yg bertimbun diofis.. pastu kt umah plak.. anak meragam.. sepah sana sini.. of course dia pun nk perhatian dari ibu bapa kan, dah la seharian dia dok ngan org kt taska/tadika.. bila nk perhatian, kita plk sampai umah letak jer bag dah kedapur nk prepare for dinner..maka meragam la bebudak ni.. cam anak2 aku.. ngan abah diaorang tk nak sgt.. mesti nk merengek ngan ibu.. nk ibu mandikan, nak ibu cebokkan berak, nak ibu suapkan makan, nk tido bawah ketiak ibu.. kenkadang ibu masak.. diaorang datang peluk kaki.. huhu.. mmg anak ibu la korang ni.. (ni la hasil pemberian susu ibu.. anak mmg melekap jer ngan ibu) So, bila mcm ni.. keje byk tertangguh, ibu pun makin stress sometime termarah gak anak..tertinggi suara {really hate myself bila jadi mcm ni :( }especially bila kita kemas tk sampai 10 minit, rumah kembali bersepah.. OMG!!!!!! tambah lagi sume buat sendiri, no maid.  Then lepas marah anak2.. sendiri rasa menyesal, bersalah..geram ngan diri sendiri.. baru duduk fikir.. aku dulu pun entah mcm ni gak..mak bela lagi ramai, 5 org.. but my mom mmg strict orgnya.. yelah cara org dulu didik anak dengan org skang berbeza..

Mula nk nangis..mmg sifat kanak2 mcm tu kan.. kalau dia tk aktif ko jugak yg risau.. dah aktif bising nk suruh diaorang dok diam2 pulak.. dah mmg sifat ingin tahu kanak2 tu tinggi, dia akan cuba mcm2.. awak dulu pun mcm tu kan..so skang naper nk bising2 plk.. arghhhh!!! lagi tambah bersalah. Bila malam, peluk diaorang..tidokan diaorang.. ckp ngan diaorang.. maafkan ibu, maafkan ibu.. maafkan ibu.. im not good mother to both of you.. but ibu akan improve myself.. so skang (even kenkadang lost control gak) cuba tanya diri bila nk marah.. do you want your children do the same thing to you when you old??? Kalau tk nak.. cuba tunjuk contoh yg baik pada diaorang.. jadi cool sket..

to my anak2.. both of you are our precious.. anugerah terindah dan paling berharga dari Allah untuk ibu dan abah.. Maafkan ibu dan abah bila kenkadang kami lost control dlm menangani sifat manja dan ingin tahu kamu berdua.. but ingatlah dan percayalah.. jauh disudut hati.. kami sangat menyayangi kamu berdua.. Sangat2.. mmmuuahhh...


Permata hati Hashim & Liza..




No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)