penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, October 3, 2013

Qaleesya dan Theraphy Session

Assalamualaikum.. amboi lamanya tk bebel pasal kami sefamily di blog ni.. asyik sibuk update entry psl supplement jer.. skang supplement dah ada blog lain, maka boleh la cek citer balik hal kami sekeluarga kt sini. Ada ke yg nak baca?? tak kisahla.. blog ni pun cam diary diri sendiri kan.. sok2 anak2 boleh tgk dan baca kisah diaorang.. kisah mak bapak diaorang..

Ok, kalau member2 FB tu mesti perasan aku selalu update berada di Hospital Sungai Buloh jer kejenya.. oppsss bukan aku sakit.. xde sesapa pun yg sakit. Just, kitaorang sedang follow up Qaleesya kt hospital tu. Banyak tul appointment dia, ngan pakar ENT la.. ngan Speech Therapy lah.. ngan Pakar Kanak2 la.. and semalam appointment ngan pakar kt occupational theraphy lak.. kalau ada yg tanya kenapa, terlalu panjang kisahnya.. nnt2 aku free aku huraikan satu persatu.. but this is our effort to help her.. moga segalanya dipermudahkan oleh yg Maha Esa. So far, dari bahagian ENT dah nampak improvement.. Speech pun doctor cakap dia bukan dalam kategori yang teruk dan last month end appointment ngan pakar kanak2, doktor pun kata dia dah nampak improvement pada Qaleesya.. alhamdulillah... banyak yg aku belajar dari Qaleesya ni.. bila doktor bagi penerangan dan nasihat.. ooo baru ku tau begini dan begitu.. pengajaran through experience.. precious!

Ngah tunggu turn kt bahagian Occupational Theraphy.. kat sini tk ramai org pun. Sunyi jer.. yg ada staff2 jer. So, dengar suara budak ni jelah kt situ heheh

Bersama pakar theraphy.. Qaleesya mmg suka masuk bilik ni coz bilik ni penuh dengan mainan. Dia tgk kt pintu jer puan dia kata "eh.. kita nk main ke ibu?" hahahha... pakar nyer pun ok.. very friendly.. semalam ada 4 siri. Pertama dia kena cam gambar.. susun nombor dan cam warna. Kedua, kena masukkan gegelung kayu dalam tali, ketiga naik buai ni cam kt bawah ni

Suka dia naik buai ni.. sampai tk nak turun.. hehehe

Dan test yg keempat penulisan.. aku tk dapat nk snap sume test2 ni coz sambil test pakar tu bercakap ngan aku.. kang aku sibuk nk snap gambar nampak nau cam aku tk bg perhatian kt dia.. tak pasal2 aku lak yg kena terapi kang kah kah akah..... oh ya, pakar theraphy ni siap urut2 lagi kedua belah tangan Qaleesya.. dia pun bagi tips macam2 kat aku. Takkan la kita nk harap cikgu dan pakar terapi ni jer buat kan..as parents kita pun kena usaha gak kt umah. Balik tu, terus ke Giant beli apa2 barang yg perlu tuk dia ni utk ibu buat terapi kt rumah pula. kekekekke...

Ni lak gambar ala2 blur masa ENT appointment awal bulan 9 ari tu.. oklah, aku tk leh citer panjang.. nk balik dah ni.. nk ke Shaklee lak amik barang org order.. what a busy life but I am happy!!!! ^____^

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)