penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha.. Raya di perantauan..

Selamat Hari Raya Aidiladha to uolls sume.. ari ni masih ada yg berkorban lembu nampaknya. Meriah gitu!! Aku masih bercuti coz taska Qaireen still tutup. Tu yg boleh mengupdate blog sampai dua tiga entry ni kikikiki... heaven tul dok umah. Lepak ngan si kecil Qaireen ni. Qaleesya pun tghr kang, aku minta en hubby amik and hantar ke umah. Since ibu dah cuti, tk perlu la nk dok kt tadika sampai petang. Tadi pun dia buat perangai gak tk nak gi skolah coz tau ibu ada kt umah and adik ngah sedap tido lagi.. sabor jelah. So, apa citer raya korang? since aku start cuti hari Senin tu.. maka senang la buat preparation for raya. Tahun ni tk balik raya memana.. raya kt sini jer. Hari Ahad mlm, hubby balik dari surau bgtau yg malam raya tu akan ada acara takbir dari rumah ke rumah. Diaorang pesan jgn buat makanan berat2 coz byk rumah yg pergi. So, next day, aku decide buat Popiah Goreng dan Kek Coklat jer.. tak berat kan??

Pagi isnin tu lepas en. somi gi keje, mula projek Kek Coklat ni dulu. Sib baik bahan2 nk wat kek sume dah ada, tinggal mengadun jer. Siap bakar kek.. kasi dia sejuk dulu, mula proses wat inti popiah pulak. Settle wat inti popiah, aku sambung balik wat topping coklat kek dan hias.. ni lah rupanya.. ada coklat Tobleronce dlm peti ais, letak jer kt ats tu. Bukan pandai sgt nk hias2 kek ni..  


Settle bab kek, masak tuk anak2 makan tghr. Then mulalah operasi membalut popiah.

aku wat popiah sayur.. letak daging.

Alhamdulillah, dapat 40 biji popiah. Lepas siap, simpan dlm peti ais dulu. Malam kang baru goreng.

Habis buat2 kuih2 ni, mulakan operasi nk buat rendang daging pulak. Memang tk berhenti le ari senin tu.. seharian juga coz aku ni bukan leh wat keje laju2, baby asyik mengeras jer.. so, wat pun slow and steady.

Rendang masak kul 5 petang..

Malam tu rumah kami adalah rumah kedua, alhamdulillah.. sume berjalan lancar.


Hidangan simple jer..



Budak berdua ni punyalah teruja tgk org ramai datang umah.. Gambar org2 bertakbir takdak coz aii is malu nk snap pic. heeehhehe...

Ni dah settle bab org bertakbir, ketupat nasi pun dah siap rebus. Kuah lontong tk siap lagi ni.. badan dah tk larat dah.. dari pepagi buta bekerja tanpa rehat.. decide wat lontong pepagi raya jelah. Jangan nk kejarkan siap sume benda, soknyer demam..

Maka kul 4.30 pagi 15 oktober tu aku bangun wat kuah lontong. Settle masak, kemas rumah sume kul 6.30 pagi, baru kejut yg lain2 bangun. Alhamdulillah.. sume berjalan lancar.


ini jelah juadah raya kami empat beranak.

Anak dara ku berjubah litup dipagi raya Aidiladha.. kami anak beranak konsep jubah sume pagi raya ni. Jubah adalah tajaan ibu mertua, ibu beli masa gi umrah ari tu.. suka la bebudak ni pakai coz baju tu ada glitter2.. nak pulak abah bawa diaorang gi tengok lembu kt surau pagi2 tu.. Lepas solat raya, hubby balik makan pagi.. then ke surau balik tolong potong2 lembu utk distribute pada yg memerlukan. Tahun ni surau Jalan Inang korban dua ekor lembu. Aku ngan anak2 tk kemana, dok umah makan dan tgk tv jer.. itu jelah kitaorang habiskan raya kami. Nak kerumah akak aku pun, dia gi berkelah ke Sg. Congkak. Tengahari tu hubby balik dah kepenatan, cancel plan nk ajak dia gi beraya kerumah Kak Ita member tempat keje lama dulu. Petangnya hubby rehat.. aku melipat baju bajan yg ada dan ajar Qaleesya buat homework.



Gambar anak2 mengediks.. hahahah


diakhiri cerita dengan gambar dua gegirls ni tgk tv.. dah mcm kembar lak.. walhal beza dua tahun ni.. raya tahun depan insyaAllah.. kami berlima.. :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)