penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Monday, November 11, 2013

AAYA Award (09 Nov 13)

Hari Sabtu lepas telah berlansung AAYA Award di Eon Jusco Bukit Raja. So, sume student Tadika Seri Permata must attend this event. Pagi tu lepas subuh xde tido ayam2 lagi.. cepat2 iron baju anak2, laki bini.. cewah ibu yg semangat lebih heheh.. Hubby kejutkan anak2 kasi diaorang mandi. Tu pun seperti biasa ada adengan nangis2 la kan.. kena bangun awal. Hari2 pun mcm tu gak huhu.. Yang si Qaleesya buat perangai tk nak pakai baju sukan skolah. Padahal cikgu pesan sume murid kena pakai baju sukan.. maklum la minah sorang ni asyik nk pakai baju cantik jer (idokler cantik mana pun.. maksud dia baju jenjalan la). Jenuh memujuk.. baru ok.. siap kan dia comel2.. baru mood nampak ok sket. Kul 9 we all dah kuar dr rumah. Gi breakfast dulu.. lepas breakfast sempat lagi singgah ke Perodua Centre tgk "si putih" dah siap repair ke belum. Tapi diaorang masih nk touch up sket2 lagi.. lepas tu baru gerak ke Aeon Bukit Raja.. alah bukan jauh pun.. sekangkang kera jer dari rumah. Tu pun kitaorang sampai awal.. Aeon baru nk buka kot.. hahhaha...

Acara berlangsung di ruang legar pusat beli belah Aeon tu.. byk booth on education aid buka kt situ.. kami terjebak juga ngan taktik penjual eductation aid ni.. tapi tk beli la..  Sebenarnya Tadika Qaleesya ni ada hantar hasil kreatif budak2 ni.. so menang la hadiah kategori Kreatif kan.. tu sume students kena attend tuk amik hadiah.

Acara bermula pukul 12pm.. sebelum tu bebudak ni bersuka ria sakan bila dah jumpa geng.. kami ibu2 ni jenuh dok berkawal kejar anak2 takut hilang.. maklumla kt shopping complex kan..




Tengokla acara belum mula, diaorang dah buat show sendiri ats pentas ni.. sampai event Manager minta diaorang turun kah kah kah... budak2 kot.. apa dia tau.. yg penting happy.

Bila cikgu2 dah datang sume behave sket.. kena dok sekelompok kt sini.. hahahah...

Bergambar dengan salah seorang cikgu.. Qaleesya ni student yg manja kata cikgu.. kenkadang cikgu dukung jer.. ngada tau budak ni. Oh ya.. diaorang juga ada buat performance sebelum acara penyampaian anugerah.. tu yg ada pakai kostum bagai tu.




kena duduk sekelompok kt sini dulu..

First performance Chicky Dance.. comel jer tgk bebudak ni bergelek..


Second performance lagu Bole Chudiya dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham..

Habis sume performance baru ada acara penyampaian anugerah..

Guru besar a.k.a owner Tadika Seri Permata menerima Anugerah Creative School Award.

Tenaga pengajar Tadika Seri Permata.. byk jasa diaorang tuk anak2 kami. Thank you cikgu..

 Actually ini lah cendawan2 yg diwarnakan oleh bebudak di tadika ni.. sume kena lekat kt satu tempat.. jenuh memusing cari Qaleesya punya.. heheh.. ni dia punya.. xdelah warna cantik mana pun, but it is a good exposure for her.. Ibu proud of you Qaleesya.


Ni lah tempat sume hasil kreatif student dipamerkan.. my anak dara yg dah besar.. sob sob sob..


Beratur nk naik pentas amik hadiah..



Masa ni muka dia nervous sgt.. kembang kempis idung.. berdebar agaknya kt ats pentas tu,org sume tgk.. nak2 ibu dok depan skali kan..

Kategori 4 tahun..


Habis sume kategori penyampaian anugerah, budak2 serbu bear ni.. amik gula2.. Apapun ibu sgt happy bila tgk Qaleesya gembira sgt.. tak habis ckp "ibu kakak menang kan.. kakak dapat hadiah kan.." Eventhough sume yg masuk pun dapat hadiah, tapi ni satu permulaan dan motivation yg bagus utk kanak2 ni.. Satu yg aku perasan Qaleesya ni, self confidence dia tinggi gak.. masa bebudak lain sibuk wat performance kt ats pentas, dia and the geng menari kt tepi pentas.. kelakar tgk kan. Pastu masa jalan2 kt jusco after event, nampak jer kenkawan dia terus dia jerit hai.. hai.. even org tu dok dlm restoran dan kami jalan luar restoran.. kah kah kah..

Can't wait for this coming Saturday pulak.. hari Graduasi Tadika Seri Permata.. see u with next entry k.. till then.. wassalam.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)