penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, November 22, 2013

Bingka Nestum

Sebelum masuk ke oven.. 


Hasil setelah dibakar.. nyum2...

Bingka Nestum ni merupakan percubaan pertama.. masa buat tu cam cuak gak, jadi ke tak jadi ni coz aku kalau bab agar2, bingka ni.. mmg failed sket. Tapi tawakal jelah.. follow resepi betul.. ikut teknik betul2. Hasilnya mmg memuaskan hati.. sedap!!!! Qaleesya pun suka makan.. nak2 plk bahagian atas tu garing dan rangup coz tabur nestum kan.. suka, suka, suka.. boleh la repeat wat lagi.  Aku skang mmg rajin try resepi kuih muih. At least kalau mertua dtg ke.. bolehla sajikan kuih yg berlainan.. xdelah memanjang kek jer.. bertambah sket saham tu.. hihihi.. maklumlah menantu perempuan sulung. Ok jom tgk resepi pada yg ingin mencuba buat bingka nestum ni tuk minum petang.. resepi diambil dari blog Juicy Cafe dan Kak Yatie (Sinar Kehidupanku).

Bingka Nestum

Bahan2:
 - 2 cawan tepung gandum*
- 2 cawan santan*
- 1 cawan susu segar*
- 5 biji telur gred B*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 3/4 cawan susu pekat manis*
- 1 sudu besar tepung jagung*
- 1 sudu kecil garam halus*
- 2 sudu besar butter dicairkan*
- 1 1/2 cawan nestum original
- 1 sudu kecil esen vanila*
- sedikit pewarna kuning*

Cara2:
1) Panaskan oven 180' celcius. Blend sume bahan yg bertanda *
2) Masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakan hand whisk atau senduk kayu)
3) Sediakan loyang, masukkan 1 sudu butter dan panaskan sekejap diatas api yg kecil hingga cair.
4) Tuang adunan yg diblend ke dalam loyang
5) Tabur bijirin nestum diatasnya
6) Bakar 50-60 minit @ sampai masak. Tunggu sejuk baru potong dan hidangkan.

P/S: Bagi mendapatkan permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir tu gunakan api atas hingga perang permukaannya..

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)