penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, November 16, 2013

Resepi Apam Mekar

Mmmmm... mekarnya.. haa walau dah sarat ni terajin pulak nk mencuba resepi kuih muih. Apam Mekar ni buat weekeend minggu lepas rasanya.. tulah, banyak sgt yg pending nk update, sampai lupa tarikh sebenar. Apam ni mmg sedap sangat.. leka jer makan, tgk2 dah habis. Aku buat dalam paper cup kecik2 jer. Motif, anak2 senang nk makan. Tempoh mengukus apam ni pun jap jer.. dalam 5 - 10 minit jer. Tapi ikut saiz apam juga lah, kalau buat dlm cup besar or dlm acuan kek tu.. amik masa lah nk masak. Resepi apam ni diamik dari blog Kak Yatie, Sinar Kehidupanku.. mohon share yer kak Yatie.. 


Apam Mekar

Bahan2:
*250gm gula (aku cuma letak 220gm jer.. tak nak manis sgt)
*2 biji telur
*1 sudu kecil esen vanila
*200 ml susu segar
*300gm tepung gandum
*1 sudu kecil ovallete
*Pewarna (ikut suka)
*Acuan kertas secukupnya

Cara2:
*Panaskan kukusan. Sebaiknya bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
*Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
*Masukkan esen vanila dan pukul lagi
*Masukkan ovallete dan pukul lagi
*Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil pukul sehingga gebu.
*Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yg diinginkan)
*Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balik hingga warna sekata
*Masukkan setiap bahagian warna dalam piping bag yg berasingan
*Letakkan paper cup kedalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut
*Kukus selama 5 - 10 minit (bergantung kepada saiz paper cup)
*Siap utk dihidangkan sebagai minum petang.. :)

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)