penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, November 16, 2013

Resepi Cream Puff

Cream Puff ni dah dua kali buat. Pertama kali buat dapat pujian dari my hubby.. selang seminggu dia request nk makan lagi. Jadi buatlah lagi. Ada yg bertanya resepi Cream Puff ni.. so saya share yer disini. Dapat resepi ni dari FB Buku Resepi.. huii byk sungguh resepi kuih muih dan masakan disitu.. tinggal rajin tak rajin je nk cuba. Jom tgk camne nk buat Cream Puff ni.



Cream Puff with Custad Filling

Bahan2 Puff:
*125gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
*100gm butter
*250ml air
*1/2 sudu teh gula
*3 biji telur

Cara2:
*Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius
*Satukan butter, air & gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair
*Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Adunan mesti kental dan tutup api. Biar adunan betul2 sejuk.
*Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga rata baru masukkan telur seterusnya. Pukul guna mixer hingga adunan licin.
*Masukkan dalam piping bag &pipe atas dulang yg telah digris.
*Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
*Bakar dalam oven dengan suhu 200darjah celcius hingga permukaan cream puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit.
*Suhu panas membantu puff naik dengan sempurna.
*Pastikan puff betul2 masak sebelum keluarkan dari oven.
*Belah dua secara melintang & paipkan krim.
*Taburkan dengan sedikit icing sugar.

Krim Custard (Filling)

Bahan2:
*2 camca besar tepung kastard
*4 sudu besar gula kastor
*1 1/3 cawan susu segar
*30gm mentega (lebih kurang 2 sudu teh)
*2 sudu teh esen vanila

Cara2:
*Satukan semua bahan kastard kecuali mentega dan esen vanila
*Kacau rata degnan whisk & masak dengan api perlahan hingga pekat.
*Padam api, tambah butter dan esen vanila. Kacau sebati.
*Bila sejuk, masukkan kedalam piping bag dan boleh pipe ke puff yg telah dibelah dua.

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)