penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, December 31, 2014

Chocolate Cheese Brownies..

Assalamualaikum..

Tengok orang buat brownies choc cheese ni teringin la pulak. Aku ni pantang tengok orang buat, aku pun teringin. So, google la resepi Chocolate Cheese Brownies ni.. Aku dapat resepi best siap ngan step by step lagi dari blog Emilia Puteri.  Sape yang nak tengok step by step nak buat brownies ni, sila refer link yang aku bagi tu yer. Thanks Emilia Puteri diatas perkongsian ni yer. 

Chocolate Cheese Brownies


Bahan2:

250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara:
 
- Cairkan mentega, masukkan serbuk koko dan kacau rata
- handwhisk gula dan telur, masukkan dalam adunan koko tadi, kacau sebati
- Masukkan susu cair dan kacau sebati
- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi.. masukkan sikit-sikit, kacau sebati.
- Last sekali masukkan esen vanilla dan kacau rata
Panaskan oven suhu 175 darjah celcius, grease dan alas loyang ngan baking paper. Biar kertas berjuntaian di kedua belah bertentangan agar mudah untuk keluarkan brownies bila masak.
- Tuang brownies dalam loyang dan bakar 20 minit atau sehingga masak. Tinggalkan sikit adunan untuk buat marble diatas cheese nanti.
 
Bahan Cheese:
 
250gm Cream Cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred B
 
Caranya:
  
- Pukul cream cheese hingga gebu
- Masukkan gula dan pukul hingga sebati
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
 
Setelah brownies masak, keluarkan dan tuang adunan cheese diatas brownies. Ratakan dan pipekan adunan lebihan brownies ke atas cheese secara melintang. Ambil lidi dan tarikkan ke kanan dan kiri agar bercorak.. Bakar lagi 15 minit atau sehingga masak.  Biarkan sejuk sebelum potong.

Ni yang aku buat heheheh...



Ni pun tak sempat tunggu sejuk betul dah potong. Anak2 nak makan.. komen first time buat.. sedap!! Korang nak tau.. kena lah buat.. selamat mencuba.. ^__^
 
 





Seri Muka yang Lazat

Assalamualaikum.. 

Dah beberapa lama teringin nak makan kuih Seri Muka.. bukan tak boleh beli jer, tapi nak makan yang buat sendiri. Tengok gambar kat FB Leeana Pettite Kitchen 
terliur la pulak.. terus pm tuan punya FB minta resepi. Thanks Kak Ana sudi kongsi resepi dan hasilnya amatlah memuaskan. Even aku first time buat, rupa agak kurang kemas cam Kak Ana buat.. namun rasanya.. rasanya memang marvellous! Hingga menjilat jari gitu.. puas ati makan.. sedap..  


Patutnya kena tunggu betul2 sejuk baru potong. Barulah rupa potongannya cantik jer.. tapi aku ni tak sabar.. lum sempat sejuk betul dah potong.. hihihi.. jadilah gini. Kastard tu belum betul2 set. 

Ish terliur pulak tengok gambar ni.. cam nak buat lagi jer.. kita tengok bila free yer..

Cheesy Garlic Bread

Assalamualaikum..

Ahad lepas meroti lagi. This time buat Cheesy Garlic Bread/Pizza.. yang bercheese2 ni memang satu keluarga suka. To be honest, roti ni sangat simple penyediaannya dan sedap. Berbaloi buat coz sekejapan licin. Makan panas2 lagi sedap uolls.. yang penting hasil air tangan ibu penuh kasih sayang.. itu penyedap yang kedai roti lain tak boleh beri untuk anak-anak ibu.

 Letak cheese mozzarella dan cheddar banyak2.. lagi sedap. Tabur plak ngan mix herb.. lagi sedap!


Haa dah siap.. meleleh ayaq liuq tak? Lap cepat.. lepas ni boleh try buat. Resepi seperti berikut:

Resepi ni aku amik dari group Resepi Ringkas di FB. Memang senang nak buat.. so uolls boleh try yer.. pasti tidak menghampakan.. komen en suami "U dah boleh buka bakery!" Wow.. jauh lagi tu, perlu banyak belajar lagi.. selamat mencuba ya! ^__^

Ammar Turns One!


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah.. Semalam, 30 Disember 2014 genap setahun umur hero, pujaan hati, permata hati intan payung ibu ni.. Ya Allah.. kejapnya masa berlalu.. masih terasa-rasa sakit luka diperut ibu lahirkan Ammar.. tengok Ammar dah pun setahun.  Dah pandai minta makanan yang ibu makan.. dah pandai main gurau cak2 ngan ibu.. dah pandai naik turun tangga.. dah pandai jalan.. dah pandai main2 ngan kakak.. dah pandai tunjuk itu ini.. dah pandai ckp kt telefon, dah faham serba sedikit apa yang ibu suruh.. Terima kasih Allah atas anugerah terindah ini. Sayang ibu pada Ammar tak terungkap dengan kata-kata.. semakin hari ibu tengok, semakin dalam kasih sayang ibu pada Ammar dan kakak2..

Genap setahun jugalah Ammar fully breastfeeding tanpa sebarang campuran susu formula. Syukur sekali pada Allah yang Maha Esa, murahkan rezeki susu ibu untuk Ammar. Sesungguh Ammar telah pecah rekod kakak-kakak Ammar, fully breastfeeding hingga satu tahun. InsyaAllah, ibu akan teruskan bagi susu ibu pada Ammar hingga Ammar dua tahun. Mudahkanlah Ya Allah.. setahun juga Ammar dalam jagaan ibu sepenuh masa, 365 hari berulit dengan ibu.. bertuah sungguh Ammar!! Ini juga menjadikan Ammar anak yang sangat manja.. tak boleh berenggang ngan ibu.. hilang sket dari pandangan melalak la Ammar.. sampai ibu mandi pun secepat yang boleh coz Ammar dok menangis sambil ketuk pintu bilik air. Setaman boleh dengan nak oiii.. Ibu bersyukur sangat diberi kesempatan oleh Allah, dapat melihat saat pertama Ammar meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan.. nak menangis rasanya.. semua ni adalah precious moment untuk ibu simpan sampai mati. No regret ibu korbankan kerjaya ibu selepas lahirkan Ammar.. apa yang ibu dapat lebih berharga dari itu. 

Ammar sayang.. plan ibu dulu, umur Ammar 6 bulan ibu akan kembali bekerja. Coz ibu rasa bila Ammar dah makan solid food, ibu dah boleh lepaskan Ammar dalam jagaan taska. Tapi ibu tak sampai hati bila masa itu tiba. Jadi ibu delaykan lagi.. Alhamdulillah.. ibu abah merancang.. Allah juga merancang.. dan sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Bila Ammar genap setahun, dah boleh jalan.. ibu dapat tawaran kerja. Jadi maafkan ibu kerana tak dapat bersama Ammar macam dulu.. 24 jam sehari berulit ngan ibu jer.. Ibu buat ni demi keluarga kita juga.. demi untuk Ammar, kakak Qaireen dan kakak Qaleesya. Ibu dah carikan taska yang ibu rasa terbaik untuk Ammar.. ibu cek segala yang perlu, berdaftar ke tidak, bagaimana dengan keadaan bilik untuk Ammar duduk, menu makanan, boleh handle EBM ke tidak, staff yang menjaga dari mana, kelulusan apa? Boleh kata, dari segenap segi ibu cek.. dan ibu abah berpuas hati dengan taska ni. Ibu harap Ammar ok disitu.. dan ibu dah test tinggalkan Ammar dengan Makchaq separuh hari.. Ammar ok.. cuma bila nampak ibu balik terus menerpa sambil menangis.. sian anak ibu. Dan yang pastinya, kita berdua akan menangis dihari pertama Ammar masuk taska nanti.. berat hati ibu Allah saja yang tau.. doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu.. setiap masa.

Jadi sempena Birthday pertama Ammar semalam, ibu buat small celebration untuk Ammar. Kek ni, not plan.. ibu buat last minute dan hasilnya tidaklah seberapa. Simple kek untuk Ammar tapi ikhlas dari hati ibu.. yang penting, hasil air tangan ibu penuh kasih sayang untuk Ammar. 

 Buttercream Choc Sponge Cake untuk Ammar.. tapi ibu bagi Ammar makan kek jer.. buttercream bukan untuk Ammar :)

 Orang kuat belakang tabir.. hehehe

 Abah bacakan doa selamat untuk Ammar.. dan Ammar pun nak berdoa sama :)






Kita celebrate berlima jer.. Selamat Ulangtahun kelahiran yang pertama Megat Ammar Hadif. Ibu abah doakan semoga Ammar sentiasa dibawah lindungan Allah SWT, jadi anak soleh, dipanjangkan usia, jadi khalifah yang memakmurkan dan bermatlamat seperti nama Ammar Hadif, berjaya dunia akhirat. Ibu, Abah, Kakak Qaleesya dan Kakak Qaireen sayang Ammar sangat-sangat..

Monday, December 15, 2014

Singgah Sebentar di Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Setelah beberapa hari mak ayah disini, 4 Disember lepas hantar diaorang balik kampung. Aku sefamily pun amik peluang balik bercuti sat ke Langkawi. On the way balik tu, aku dan abang decide bawa mak jenjalan ke Cameron Highlands sat. Lagipun adik aku tu teringin sangat nak gi sana dan makan strawberry.. 

Kami bertolak dari Klang dalam kul 2 petang coz pagi tu kami laki bini ada hal.. Jumpa abang aku kat Tapah coz abang aku sefamily gi holiday kat Hot Spring Sungkai.. Kami sampai Cameron dalam kul 5 petang. Uiii hujan dan sejuk uolls... Singgah berehat jap kat rumah abang ipar kepada abang aku yang keje kat Mardi Cameron Highland. Sambil tu, kami jenjalan jap dalam Mardi tu. 





Malamnyer singgah pasar malam kat Brinchang.. apa lagi, borong Strawberry la.. makan puas-puas.. hehehe..

 orang makan strawberry ngan coklat.. aku makan ngan susu.. sedap gak tau.. licin 5 bekas strawberry tu.. 

nyum.. nyum.. lazat uolls...

Turun dari Cameron malam tu juga.. balik tido umah abang aku kat Penang.. sampai pun dah kul 12 malam. Esok pepagi gerak balik ke Langkawi. Tu citer next entry k.. :)

Jalan-jalan ICT

Assalamualaikum..

Hari Isnin, 1 Disember tu bawa abang sekeluarga, mak ayah jalan2 kat ICT.  Pergi siang, semua permainan kanak2 tu tak la dibuka.. suasana kurang meriah sket coz xde lampu2 kan.. tapi ramai gak manusia yang gi bersuka ria kat water part di ICT tu. Entry water part RM35 untuk dewasa dan RM25 (kalau tak silap la) untuk kanak2.. We all saja jer jalan2.. tapi bebudak ni terjebak pulak nak naik benda alah ni. 






Qaleesya excited nak naik benda alah ni.. aku kasi dia naik ngan anak sedara aku yang tingkatan 2 ni. Qaireen kurang adventure benda-benda gini.. takut katanya. Masuk dalam gua tu gelap huhu.. lampu samar2.. hihi.. sorang RM10. Layankan jerlah..

Habis main ni, kami gerak gi lepak2 umah kakak aku kat Sunway. Mak ayah nak tido sana pulak setelah dua hari kat umah aku. Malam tu, kami datang ICT lagi.. baru enjoy bebudak nak main.. haa semua permainan diaorang nak try.. siap duit jelah ibu dah abah yer.. takpe, as long as anak2 happy..apa salahnya..sekali sekala jer.. 




Ini antara yang aku sempat snap ler.. tak kose nak snap semua.. hihihi.. by the way, diaorang sangat enjoy la. Tiap permainan RM5... 

Ok tu jer nak citer.. bye.

Bawa Mak Ayah Jalan-jalan..

Assalamulaikum.. 

29 Nov aritu mak ayah aku datang dari kampung.. alahai Pn. Liza happy sesangatkan, rindu ngan mak ayah.. last balik Langkawi adalah sebelum puasa dulu.. lama tu. Thanks abang G bawa mak ayah datang. So, ari ahad tu plan ngan abang dan kakak, bawa mak gi berkelah a.k.a jalan-jalan kat PD.. semua ada kecuali abang aku yang no. 2. 

Kami bertolak dari rumah around kul 10 lebih dah.. yelah masak-masak bekal kat umah dulu. Kakak aku dari rumah dia ke UiTM Seremban dulu hantar anak buah aku register second semester. Dia dah masak nasi, sambal bilis, sayur, ayam goreng, buah-buah.. so, aku pun masak nasi gak (takut tak cukup kan..), udang goreng tiram, ikan bakar sumbat sambal.. so, we all jumpa kat UiTM Seremban dan bertolak ke PD dari situ. 



Tudia.. semua kelaparan.. tak peduli kiri kanan dah. Port kakak aku pilih ni tak best sangat.. tapi ramai yang berkelah kat sini. Air laut dia kotor sket.. tempat bot nelayan naik kot kat sini coz ada dua tiga bot bersidai kat tepi pantai. So, anak-anak tak dapat la mandi laut. Takpe nanti kita datang lenkali cari port best sket.. Lepas makan, rehat-rehat jap. Kami ke Muzium Tentera..saja jer bawa bebudak.. sebelah muzium tu ada masjid, so boleh solat skali kat situ.



Lepas melawat Muzium.. kami berkonvoi kerumah kawan kakak aku pulak di Kampung Paya Lama.. berada disitu hinggalah lepas maghrib.. terima kasih tuan rumah jamu kami dengan Mee goreng, Karipap, Tapai Pulut, Ondeh2.. dan macam2 lagi.. kenyang kami.. makan pulak dalam taman.. pergh... layan... 

Paling tak best, masa balik jem kat highway punyalah lama.. dari seremban hingga lah ke susur masuk klang/Shah Alam.. huhu.. masak dok dalam jem lama sangat.. terus lapar balik.. sampai klang dah dekat kul 12.. terus terjah restoran, order nasi, tomyam, ikan siakap tiga rasa, daging paprik.. amik ko... semua lapar.. hahaha.. supper giteww... 

Puas berjalan, puas hadap jem.. penat!!!


Settle Langkah Pertama - Daftar Haji

Assalamualaikum.. 

Bulan lepas ke Tabung Haji bank in kan semua duit raya dan duit tabung anak-anak serta buka akaun tabung haji untuk Ammar. So far, lengkap lah ketiga-tiga mereka dah ada akaun Tabung Haji. 


Dalam masa yang sama, daftar haji untuk kitaorang laki bini.. Syukur, langkah pertama dah settle.. Tarikh yang diberi pada tahun 2076.. haaa umur 96 tahun baru dapat gi haji.tapi itu just estimate jer.. insyaAllah.. murah rezeki, diizinkan Allah.. moga awal sket la dapat gilirannya.. amin.. oh ya, pada korang yang belum daftar, baik gi daftar cepat. Kang lagi lambat date yang korang dapat. Pendaftaran haji RM1300.. kalau korang dah ada wang beribu-ribu lemon dalam akaun tak bermakna korang dah didaftarkan haji tau.. kena gi Tabung Haji dan cakap nak register haji.. nanti diaorang buatkan dan lepas register akan dapat satu statement yang korang dah didaftarkan. 


Pada yang belum daftar dan kurang budget nak daftar. No worries.. korang bawa je penyata KWSP dan gi kaunter Tabung Haji. Bayar RM10 untuk buka akaun dan tunjukkan penyata KWSP tu. Dia akan tengok baki pada akaun 1 korang.. so, dari situ dah boleh register.. namun mestilah akaun satu korang tu ada at least RM3000 ke.. baru lah boleh digunakan.. 

Haa apa tunggu lagi.. jom daftar Haji.. :)

Wednesday, November 26, 2014

6 tahun sudaaa.. Terima Kasih Allah..


Alhamdulilah.. syukur..syukur Ya Allah.. 21 November 2008 - 21 November 2014, genaplah 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. He is my soulmate, my best fren, my roommate, father to my kids.. terima kasih Allah Kau ciptakan dia untukku..

 Sebelum tarikh wedding anniversary ni memang aku dah plan dalam kepala otak yang aku nak buat kek special, nak masak dinner special gitu.. tapi kita merancang, Allah tentukan. On the day itself aku terus lupa.. serius lupa langsung! Pepagi aku dah kuar ngan en hubby.. hantar dia gi keje, aku gi Shaklee ngan Ammar dan Qaireen. Sekali Shaklee tutup plak coz staff sume gi training kat Sarawak. So balik tu aku singgah Tesco beli barang untuk buat Macaroni Gratin yang my bff tempah. Aku dah gi Tesco kot.. kalau tak, dah boleh beli barang nak wat surprise dinner kan.. so, balik dari Tesco, amik Qaleesya kat skolah. Sampai rumah aku cuci keta yang dah macam hape tu..Penat weii cuci keta.. masuk, masak makanan kat anak2 plk.. Petang tu, ngan selamba gi amik en. hubby balik keje. On the way balik, tersebut pasal tarikh ari tu kot.. terus aku menjerit "No! today is our 6th anniversary!" Terkejut laki aku ngah drive hahahah.. apa punya bini la tak ingat.. laki aku tu dah memang tak ingat coz dia bukan jenis romantik cam aku.. huhuhu.. Terus wish le le tu. kul 6 kot baru ko ingat Liza! Cet!

Balik umah, terus menggugel tempat makan mana nak celebrate 6th anniversary kan.. gigih bebenor. Last2 gi Captain Steamboat and Grill kat Meru.. no candle light dinner.. reason gi situ..
1) kami peminat steamboat and grill
2) hubby suka makan kambing grill
3) aku suka makan daging, udang, sotong grill
4) situ je tempat kami leh makan ngan aman coz kat situ ada playground so anak2 memang happy main kt situ sampai lupa makan.. mak bapak boleh makan, makan, makan, sambil sesekali panggil anak makan dan bagi minum.. hahahah..
5) Situ boleh makan sampai lebam dengan harga yang sangat reasonable. Kalau korang nak try google Captain Steamboat and Grill Meru yer.. TERBAIK!





Nyum..nyum.. sedap oooo... 

By the way, to my hubby. Thanks for everything.. moga hubungan kita kekal hingga ke jannah.  Moga perkahwinan ini sentiasa berada dibawah rahmat Allah.. amin.. amin.. amin. 



Happy 6th Anniversary dear hubby...

Sunday, November 23, 2014

Temasya Sukan dan Graduasi Tadika Seri Permata BBR

Assalamualaikum..

Semalam, 22 November 2014 telah berlangsungnya Temasya Sukan dan Graduasi tadika Qaleesya. Qaleesya lum grad lagi coz dia baru 5 tahun.. insyaAllah.. takde aral dia akan sambung skolah kt sini lagi untuk next year.  Dalam kul 8.45pagi kami sampai ke sekolah, dari rumah ke sekolah dalam 10 minit jer.. dekat sesangat. Ramai gak dah parents yang datang. Qaleesya pun yang pada mulanya liat nak bangun pagi coz hari cuti kan.. siap drama tangisan bagai.. tengok jer kengkawan, tak menyempat nak kuar keta. Hai la anak...

Sementara Qaleesya bersiap-siap, kami ibu bapa ni makan ler dulu.. katanya tak sempat pun nak breakfast kt rumah sebelum keluar. Ada nasi lemak super pedas tapi sedap, kuih seri ayu, muffin aku buat tu, ketayap, donut, karipap, cream puff.. kuih muih ni semua sumbangan para ibu bapa yang datang. Alhamdulillah.. rezeki. Si Qaleesya sempat gak aku bagi minum air dan suap muffin sket.. langsung tak makan kang, pengsan pulak anak dara ku itu. Majlis bermula dalam kul 9.30 pagi.. bacaan doa, perasmian dari Pengerusi Kawasan Ellis, acara perbarisan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor yang aku dok Selangor berbelas tahun pun tak hafal huhu... 

 Ada empat pasukan, rumah biru, merah, hijau dan kuning. Qaleesya mewakili rumah Merah. Tengok la anak daraku ini..suka bebenor dia. Dia ni satu hal, kalau masuk apapun, nak ibu abah bagi support, lambai2 sume.. lagi la dia bersemangat. Salah satu cara nak tingkatkan confident level dia. Bagi jer masuk banyak2 acara.. so far dia memang suka.



Tengok.. asyik tersengih jer.. happy bebenor dia. 


 Beratur untuk perbarisan





Selepas acara perbarisan, ada acara sorakan dari setiap kumpulan. 

 Tengah bersedia.. penat praktis kat umah ni. Masalahnya dia bukan jer praktis lagu sorakan rumah merah jer.. lagu sorakan semua rumah dia hafal..Kesan makan OmegaGuard kot ni.. sel-sel otak sangat berhubung hahhaha..



Selesai acara sorakan, disambung pulak dengan acara senamrobik.. amboi best tengok budak-budak ni bergelek. Diaraong memang enjoy sakan la..termasuklah Qaleesya.






Kemudian, ada acara sukaneka. Memang kelakar tengok bebudak ni bersukan. Macam-macam gaya, macam-macam peel.  Sabar jelah cikgu-cikgu melayan. Parents pun semua sporting bagi sokongan moral.




Antara yang sempat aku snap dari bawah khemah..

 en hubby melayan qaireen

Ammar yang baru bangun dari tido.. panas berpeluh dia

 Beratur terima hadiah.. hadiah saguhati je pun tapi tak kisahlah.. janji enjoy..


 Happy dapat hadiah



 
Alhamdulillah.. selesai majlis.  Ibu tumpang seronok tengok Qaleesya enjoy hari tu... InsyaAllah next year kita skolah sini lagi yer. . Acara berakhir kul 12.30 hari.. panas terik dah time tu.. semua pun dah penat.. Terima kasih cikgu-cikgu yang sabar melatih anak-anak kami. Cuti sekolah pun bermula.. yeay!!!