penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, February 22, 2014

Kelahiran yang Dinanti.. Megat Ammar Hadif


Ya Allah.. syukur tak terhingga dengan kelahiran pemilik kaki kecil ni.. dah lama menantikan kehadirannya.. syukur Allah makbulkan doa utk memiliki seorang anak lelaki.. bukan kata tak syukur ada anak perempuan.. syukur sesangat.. tapi bila dah ada dua orang anak perempuan, of course hati teringin nak menimang anak lelaki pulak kan.. skang terasa hidup ni complete.. terima kasih Allah.. Kelahiran Megat Ammar Hadif telah menyempurnakan hidup ibu dan abah serta kakak2.. bestnya ada baby.. walau kena balik kepada rutin berjaga tiga empat kali dimalam hari bagi dia susu.. namun itu bukan lah satu masalah.. bestnya dapat cium bau baby.. sedap saaaangaaat... bau syurga..

Megat Ammar Hadif selamat dilahirkan pada 30 Dec 2013 pukul 1.21 tengahari, hari Isnin. Awal dari yang dijangkakan doktor.. patutnya due date 10 Jan 2014. Ibu ingat sempatla anak ibu ni jengah tahun baru 2014, tapi kuasa Allah melebihi segalanya..

Bermula pagi Isnin tu ke klinik kesihatan untuk check up mengandung 38 minggu..doktor check Ammar berada dalam kedudukan melintang.. sebelum ni pun masa 34 minggu Ammar melintang juga.. tapi dah pusing pada kedudukan normal bila aku cek masa week 36 dan 37 tu, tak sangka week 38 pusing balik. Dah macam2 ikhtiar selain dari doa, minum air penawar la..tapi mmg dah takdir aku akan bersalin ceaser gak.. ada lah hikmahnya tu. Berbalik pada kes cek kt klinik tu, bila doktor sahkan Ammar melintang jer, doc terus suruh aku ke hospital. Aku nk minta call hubby bawakan pun doc tak kasi. Kena tunggu ambulan datang dan gi Hospital naik ambulan. Aku mmg tak nak sangat bersalin kt HTAR Klang tu.. tau jelah pack mcm mana kat situ kan.. one more thing, toilet dia paling aku tk tahan. But doc dah tk kasi, ikutkan jelah.

Masa tunggu ambulan tu, call hubby bgtau suh tunggu kt hospital dan call mak mertua kt umah bgtau yang nk kena gi hospital.Mak mertua dah datang awal utk jaga aku berpantang. First time naik ambulan, hoiii.. tobat, kalau boleh tak nak naik lagi.. dah la aku ni dah rasa sakit2 contraction gak even tk kerap.. berdesup ambulan tu bawa.. bikin kecut perut weiiii...  sampai hospital tgk hubby dah ada.. sempat ckp ngan dia jap jer, terus masuk ke bahagian bersalin tuk cek dulu.. Lepas tukar baju sume, nurse cek CTG, jantung baby ok jer.. contraction pun tk kerap sgt.. nurse kata cam boleh balik. That time pintu rahim baru buka 2cm..  Dalam hati berbunga2, dapatla aku pi bersalin kt hospital Sg. Buloh hendaknya.. tapi tetiba bila doktor pakar datang, dia kata heartbeat baby makin slow.. bila scan kedudukan baby songsang dan melintang.. doc ckp mmg tk boleh bersalin normal. That time gak kena hantar ke Operation Room for ceasearian.. uwaaa masa tu aku mmg tk boleh kata apa dah.. sume berlaku sepantas kilat.. tetiba jer spek kena buka, nurse datang tiga empat org buka baju sume, suh tukar baju utk masuk operation, doc dtg minta tandangan doc itu ini, dengan ada doc yang dok cucuk tangan buat line la.. aku dah boleh fikir masa tu.. jantung mcm nk pecah coz berdebar. Sampai nurse minta IC pun aku tk dapat cari.. tangan menggigil toksah citer la..

Doc terus call hubby dan explain yang aku kena emergency ceaser coz jantung baby dah makin lemah.. siap sume, diaorang tolak aku kuar sambil berlari.. that time nampak hubby, dia terus ikut aku sambil pegang tangan aku.. nurse jerit minta laluan "emergency! emergency!". Aku lagi la panik.. aku tgk muka hubby pun dah panik dan risau.. masa tu suara cam tersekat kt kerongkong.. hanya mampu baca Lailahaillaanta.. fatihah, ayat qursi.. mmg tak lekang baca sampai la aku ditolak keluar dari operation room. Sebelum masuk operation room sempat minta maaf pada hubby, tu pun suara tk kuar.. bisik jer.. hubby cium dahi dan pipi.. air mata mengalir mcm sungai.. yelah, mana tau tu last time aku pandang wajah dia. Sempat pesan suh dia call mak aku kt kampung coz aku mmg tk sempat call langsung. First time wooo kena ceaser, perasaan sukar digambarkan.. dah la tk prepare langsung mental nk kena ceaser. Semua berlaku begitu pantas.. Masa kt operation room tu, bius separuh badan jer.. dari pinggang sampai ke bawah. Kedua belah tangan ada line.. apa yg diaorang masukkan aku pun tak tau.. pakar bius mmg tunggu je sebelah aku masa proses pembedahan berjalan. Asyik tanya rasa sakit tak, jap2 tgk mata aku then sebut "pink!" Sepanjang masa aku basahkan lidah ngan Fatihah, ayat qursi dan zikir.. aku dapat rasakan doktor tekan2 kt perut.. tak lama pastu dengarlah tangisan pertama Ammar Hadif.. then bidan datang tunjuk kat aku. First time tgk dengan mata yg rabun ni coz spek tk boleh pakai kan.. besarnya baby.. badan dia masih penuh ngan bendalir kelabu.. Ya Allah, putihnya anak aku.. haahhah.. bidan suh aku sebut jantina baby bila dia tunjuk dan dia kata akan bersihkan baby dulu. Nanti dah sudah diaorang hantar.. 

Alhamdulillah.. part baby dah settle.. part aku ni, doc nk menjahit punya lah lama.. huhu.. aku boleh dengar sume yg diaorang ckp dan perasaan that time mmg risau.. bila dengar doc ckp "bleeding, bleeding, dapat kan darah skang.. panggil pakar now!" Aku lagi la risau.. dah tumpah darah pulak.. lagi laju aku baca Fatihah dan ayat kursi, mengucap sume.. mana tau ajal dah sampai kan.. cam dah redha jer kalau sampai saat itu jer nyawa dikandung badan. Namun alhamdulillah.. sume selamat.. ditolak kuar dewan bedah pukul 3.. masuk wad dalam kul 4 lebih. Tapi baby tak dapat bersama aku coz doc ckp dia kena jangkitan kuman. Kena masuk incubator.. 

Bila hubby datang jenguk aku kt wad, dia kata jantung baby laju sket.. kena masuk incubator dan on antibiotic for few days.. risau giler rasanya... tak putus doa anak aku selamat.. huhu.. hubby ckp baby comel sangat.. Syukur pada Allah.. aku dok wat 3 hari dah dapat kuar.. layanan nurse2 sume baik, sempat lawat Ammar kt wad rawatan khas.. comelnya my lil boy.. dah boleh balik umah, tapi Ammar still dok kt incubator lagi.. so, ulang alik dua hari ke hospital hantar susu dan jumpa Ammar. Lepas dua hari aku kuar wad, Ammar dah boleh kuar dari incubator dan dok kt katil sekali ngan aku. So bermalam lagi la dua hari aku kt hospital bersama Ammar.. 

Here my lil boy... Megat Ammar Hadif b. Hashim.. waris kami..

  Lahir 30 Dec 13, hari Isnin pukul 1.21 tengahari dengan berat 3.6kg.

Lima hari di dalam incubator di wad rawatan khas, dua hari di wad biasa.. seminggu ammar di hospital.





Ammar jadi favourite doctor.. doc ckp ammar cam anak cina.. heheh...

Pada mulanya ibu dan abah nk namakan Megat Lutfil Hadif.. namun masa bulan terakhir mengandungkan Ammar, ibu terbaca dan tgk kt youtube kisah mujahid muda yang mati shahid Ahmad Ammar.. ibu terkesan sangat ngan kisah Ahmad Ammar.. so both ibu ngan abah decide namakan awak Megat Ammar Hadif (bermaksud Yang Memakmurkan dan Yang Mempunyai Matlamat). Moga anak ibu ni menjadi anak yang soleh, mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup, berjuang utk agama islam dan menjadi seorang yang bisa memakmurkan hidup org lain. You are my hero.. my lil boy, my waris... :)