penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, May 9, 2014

Choc Moist Cake

RM12/per box (size 18cmx10cm)

Semalam buat choc moist cake lagi atas permintaan anak2. Bebudak ni mmg suka sgt ngan choc moist cake ni. Sebulan entah baper kali kena buat. Tapi ibu tak kisah coz anak2 suka makan. Dek kerana ramai dok tanya resepi choc moist cake yang lembab dan yummy ni. Aku kongsikan disini, sape rajin boleh buat, sape tk rajin boleh order ngan aku. Tapi area Selangor/KL jer.

Kek Chocolate Moist

Bahan2:
1 cawan gula
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 
2 cawan air panas

Cara:
- pukul telur dan gula hingga kembang
- masuk minyak masak dan pukul sebati
- masukkan susu pekat pukul lagi hingga sebati
- kemudian masukan serbuk koko, air panas dan tepung sedikit demi sedikit secara berselang seli. 
- Pukul hingga sebati
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau boleh kukus hingga masak.

Topping:

Bahan:
150ml dairy whipping cream
300gm coklat masakan
1 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan whipping cream secara double  boiler, biar hingga berbuih bahagian tepi sket jer. Then masukkan coklat masakan, kacau hingga larut dan masukkan butter. Kacau hingga licin dan tk berketul. Biar suam sket baru tuang ke atas kek.


Pada yang ingin order kek yg yummy ni boleh whatsapp 013-2986822. Thank you ^___^



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)