penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, May 2, 2014

Colmar Tropicale - Part 1

Hohoho... cik kiah baru balik dari short trip minggu lepas.. alahhh... gi dekat2 jer.. en somi kata nk release tension plus nk sambut birthday Qaireen. So, google2.. pilih la Colmar Tropical Bukit Tinggi ni.. tak jauh mana pun kan. Drive sejam lebih dah sampai gitu. Tambah2 suasananya boleh menggembirakan anak2 ku itu. Maka setiausaha merangkap wifey ni terus book hotel kt Agoda.com. Harga bilik Deluxe RM284++ gak ler campur tax bagai.. amik Deluxe coz nk sumbat sume satu family kt dlm bilik ni kan.. kang amik superior dapat katil single dua bijik.. camne nk tido, kami ni berlima skang.. lagipun semalam jer. Ok la tu. Anak2 punya la happy bila dibagi tau nk gi jenjalan. Hari2 bangun tido tanya, kita nk gi ari ni ke ibu. Hok aloh. x menyabar korang yer kalau bab berjalan. Ikut perangai sape la ni.

Jadi hari yg ditunggu a.k.a 26/4 (birthday Qaireen) kami pun bertolak la. kuar umh dlm kul 10pg gak. Prepare bekal utk kudap2 dlm keta dulu. Maklum bebudak ni kalau dlm keta, lapar manjang.. Anak2 oii happy sungguh.. suka tgk diaorang happy. Baru sampai separuh jalan, bebudak ni dah tido sume.. tiga2 org tido.. pergh senang keje. Dah la jalan nk naik ke Colmar Tropicale tu bak ular kena pukul.. omak aiii berliku2 gitu. Hubby ok jer drive, aku yg dok kt belakang ni jenuh control ayu agar tk muntah.. huhuhu... Tepat kul 12.30 tghr kami sampai kt ats tu.. idok ler sejuk pun.. dah tau dah tk sejuk. Cuma that time, langit dah mendung tanda hujan nk turun bebila jer.. 

First impression bila naik dari parking kt basement tu.. Hmmmm... mcm berada diluar negara.. ini kira hotel berkonsep town terbuka. bawah kedai2.. ats hotel..budak2 dah terlompat2 suka.. wahhh cantiknya ibu.. tak habis2 cantik. senyum sampai ke telinga la diaorang.. hati kami mak bapak ni lagi suka bila tgk anak2 happy.. 

Ok, gi check in dulu. Check in kul 3ptg patutnya.. tapi coz bilik dah ready dah boleh terus masuk bilik.. yg bestnya, diaorang upgrade bilik dari Deluxe ke One bedroom suite. So, ada la ruang makan, ruang tamu plus one bedroom.. besar sket la utk bebudak tu berlari-larian.. Syukur.. rezeki Allah bg. 

Gambar pertama dan kedua adalah pintu masuk ke Colmar Tropicale ni.. Gambar ketiga adalah pandangan pintu masuk dari dlm. Bangunan yg warna biru tu adalah lobby hotel.

bergambar jap kt lobby hotel.. gambar ala2 kabur gitu.. apa ni en somi??? huwaaa sorry tk boleh besarkan gambar ni. Bila large jadi pecah2 plk..


K, jom kita masuk bilik. We all dapat ground floor.. bilik 6001 di blok Fuschia.

Buka jer pintu, terus nampak small kabinet ni kt sebelah pintu. 

ruang tamu beserta satu TV besar.. gambar tv aku mls nk amik

Ruang makan.. dan pintu kaca tu utk keluar ke balkoni yg panjang.. sekali ngan balcony bilik.

 and the bilik la kan.. lima beranak tido ats katil ni.. ok jer.. hehehe.. 

Sape yg paling happy???? Diaorang ni la

Anak daraku dua org ni dah mcm lelaki dah bila ptg rambut pendek cenggitu.. huhu..

View dari balcony

MasyaAllah.. mmg sejuk mata memandang tgk keliling hijau jer.. rasa udara bersih sungguh... indahnya ciptaan Allah.. damai, tenang...tk terungkap.

Ok, dah hangkut barang sume masuk bilik, perut pun dah berbunyi.. lapar ooo... jom gi makan dulu. Kat sini sume restaurant ala2 western jer.. ada kot satu jer yg cam local serve noodle.. tapi cam tk berbaloi nk makan.. semangkuk mee RM15++. Oh ya.. kt sini makanan mmg a bit mahal waa ckp lu.. for our lunch we spent dlm RM130 for small portion of Carbonara Spagetti, Spagetti bolognese, Marinara Spagetti, dua gelas orange juice dan dua gelas soya bean. 

ni dia carbonara spagetti utk Qaleesya dan Qaireen.. yg lain aku mls nk snap. Lapo oiii..

Layankan kerenah birthday girl ni yer..
Budget comel, muslimah yg ayu gitu..

action jer lebih.. mana dia blajar ntah.. aku nk snap jer dia buat muka cenggini.

ni lagi satu aksi dia suka buat, mulut muncung.. hadoiii

view dr tempat makan.. serius relax jer dok sini hahah.. maybe away from home, tk yah fikir nk settlekan keje umah kot.. lol!

Penyanyi jalanan.. bagus oo diaorang ni, mcm2 bahasa diaorang nyanyi.. ni kebetulan ada mamat arab sambut birthday diaorang nyanyi lagu happy birthday dlm bahasa arab.. cayalah korang!
Oh ya, kt sini mostly conversation in English. Apa org kt sini mmg tk boleh ckp malay ke? Nak kena speaking jer.. byk pekerja org philiphine, so mmg tk faham bahasa melayu.. berbelit lidah speaking london makcik tau.. kikikiki..

Lepas makan balik bilik solat.. pastu kuar balik sambung jenjalan sekeliling hotel.

pow belon ni.. layankan jer..asal diaorang happy.

Le Chateau Organic Spa & Resort


Ok dah penat jalan.. balik bilik solat dan rehat dulu. Malam kang kita kuar lagi.On the way ke bilik, singgah ke bakery beli kek utk birthday girl dulu. Tak habis2 dok ckp nk tiup api happy birthday to you.. (tiup lilin la tu). Cake sangat limited kt sini, kalau ku tau, aku singgah beli kt SR dulu bawa kek kesini. Jadi beli jelah apa yg ado.. jgn byk ckp hokay.. 

The preparation...

Gigih abah tiup belon

get ready.. mana api???

yeay.. tiup... 

Muka happy dapat tiup lilin.. Happy 3rd birthday Puteri Qaireen Hafiyya.. ibu dan abah doakan Qaireen sentiasa dibawah linduangan Allah S.W.T, jadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.

Kakak pun tumpang sekaki nk tiup lilin.

Lepas makan, jom cuci mata tgk kehijauan alam sekitar.. sejuk lepas hujan.


Ok dah panjang sgt.. kita sambung kisah malam di part 2 pulak.. letih dah den menaip hokay.. cau cin cau...



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)