penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, May 25, 2014

Perkembangan my hero - Ammar Hadif

Assalam..

30 May ni akan genaplah usia Ammar 5 bulan.. cepatnya masa berlalu. Jap jer dah nk besar.. huk huk huk.. perkembangan Ammar setakat ni, emmm.. meniarap dah boleh.. cuba nk kedepan tapi maybe perut besar kot.. tk boleh lagi heeheh.. tapi bab mengundur, bergolek, berpusing mmg pakar dah. Pantang letak jer terus meniarap. Kenkadang kita letak dia atas tilam. kang tgk balik dah kt ats lantai dah.. 

Sangat aktif.. sampai kakak aku kata "uih anak hang ni aktif sungguh, lenguh aku pegang" ahahhaa... kala kasi baring or meniarap, memang tk berhenti tangan dan kaki tu bergerak.. dah ala2 berenang dah.. nk terbang pun ada gak.. tapi dok kt situ jer.. 

Suka sangat masuk jari jemari dia dalam mulut. Kalau boleh nk masukkan sume jari tu.. lambat nampak kain ke apa jer depan dia mesti tarik nk masuk mulut. Nak makan dah kot.. kalau tgk kita makan, mula mulut dia berdecap2.. sian.. sabor ye nak.. awak baru 5 bulan. Sok dah 6 bulan ibu kasi solid food...

Dah pandai nak main. Kalau tgk kita mesti jerit2.. panggil la kononnya.. kalau kita dok kt dia. layan dia cakap.. memang kuat la suara dia.. sambil senyum. mcm2 intonasi ada.. pastu kalau kakak dia acah memang menjerit2 suka.. bila tgk kakak2 dia main, dia pun laju je bergerak..pi mai pi mai tang tu la. tk boleh kedepan lagi. Cerdik anak ibu ni.

Kuat menyusu. Bab ni memang tak dapat dinafikan. Buka mata jer nak susu. berat dia skang dah 8.8kg hokay!!!

Ok,tu jelah nk update kot.. otak tetiba blur plk. dah sampai masa nk tido kot.. hish.. Walau tido lambat, cubalah set time bangun bertahajud.. Nak doa anak2 ku moga jadi anak2 yg soleh dan solehah.. moga Allah lindungi anak2ku dari segala bahaya.. InsyaAllah.. doa ibu dimakbulkan. Doa org yg bertahajud ni ibarat anak panah yg terus ke sasaran.. InsyaAllah.. bersangka baik dengan Allah.

"Ya Allah, lindungi dan sayangilah Qaleesya, Qaireen dan Ammar kerana aku amat menyayangi mereka.. amin.."

Aku tingalkan korang dengan gambar Ammar..


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)