penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, May 29, 2014

Vanila Kismis Muffin

Assalamualaikum..

Semalam puasa ganti. Alhamdulillah, settle ganti puasa. Lepas penat bersilat ngan anak, kata bersilat bukan apa coz sat gi sorang tu melalak... pastu yg ni pulak meraung.. then si kecik pulak meragam. Senyap sorang, lagi sorang plk menangis. Ada jer nk diusikkan budak berdua ni. Dalam pada meraung2 tu.. gagahkan diri gak ajar Qaleesya wat homework. Tak siap kang camne nk balik kg??? Tu pun fokus dia asyik terganggu coz Qaireen main menan dia. Haish la anak.. sempat buat dua muka surat, pastu Ammar lak meragam, ngantuk. Sebab tk ajar dia tido buai.. tiap kali nk tido mesti ngemping menyusu or ibu kena dokong dodoikan dia.. 

Last2 ketiga2 tido. Lega sat.. pastu terfikir, kang anak2 bangun sure lapar kan. Gi dapur, kuarkan bahan2 mentah nk masak tuk berbuka. Sementara nk tunggu ikan, udang dinyahbeku.. buat muffin la sket.. Taraaaa... 

Vanila Kismis Muffin. 

Air tangan ibu pasti berkat. Dijamin bersih dibuat penuh kasih sayang utk anak2. Buktinya, siap bakar sedulang, diaorang bangun.. pastu dok ulang alik la ke dapur amik satu2 muffin ni. Ibu pulak buat dlm bentuk mini jer, senang anak2 nk makan. Bebudak ni punyalah happy ibu buat kek katanya. Siap sorang2 datang peluk ibu ucap tima kasih.. alololo.. hilang penat ibu tau.

Kalau korang nak try boleh follow resipi ni. Senang sesangat tk perlu pakai mixer pun. Wat resepi ni pun x nak anak2 terjaga dek bising bunyi mixer.. just godek2 dah siap.

Vanilla Kismis Muffin

Bahan A:
- 1 biji telur
- 1/2 cawan minyak sayuran/minyak masak
- 1 1/4 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sudu kecil baking powder
- 1 cawan gula
- secubit garam

Bahan C:
Kismis secukupnya

Cara:
- Panaskan oven pada susu 180 darah celcius
- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
- Buatkan lubang ditengah2
- Dalam mangkuk lain, masukkan bahan A. Masukan telur, pukul rata. Then esen vanila, pukul rata lagi. Masukkan minyak, pukul sebati. Last skali masukkan susu dan pukul hingga sebati. Saya pukul/kacau guna whisk jer. 
- Tuangkan Bahan A ditengah2 lubang mangkuk yg berisi tepung tadi.
- Kacau rata, kaup balik tidak lebih 20 kali guna senduk. (Adunan ketul2 sket takpe)
- Tuangkan adunan dlm paper cup 3/4 penuh. Letakkan kismis dan tekan sket.
- Bakar selama 15-20 minit. 
Siap!

Haa senangkan?? Lepas ni boleh buat dah. Sedap....

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)