penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, June 22, 2014

Kek Minyak

Assalamualaikum.. aku ni bukan lah professional baker. Dulu memang tak tau langsung bab membaking ni, sampai la hubby hadiahkan oven, minat tu datang sket demi sket.. dapat lak anak2 yang sebulan empat lima kali minta kek jer. haa kalau tak reti buat, alamat kopak la asyik nk membeli kek kt Secret Recepi tuh. Bila ibu buat, idokler sesedap SR.. tapi anak2 makan habis dan puji sedap.. ibu dah kembang setaman dah hua hua hua.. 

Ok, meh la nk share resepi Kek Minyak since ada yang minta resepi kan. Resepi ni diambil dari FB Resepi Ringkas. Macam2 resepi yang org share kt dalam FB ni sampai ko pun boleh juling nak pilih mana satu.. homak aii.. memang menduga betullah.. aku tengok pun rasa nk try sume hihihi.. bagus untuk para anak dara untuk preparation nak kawin kan.. baru upgrade sket skill tu. Moh le kita tengok resepi mudah ni.

KEK MINYAK

Bahan2: 
- 2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu teh baking powder (ayak bersama tepung gandum)
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna yang diingini
- 5 biji telur (basuh telur terlebih dahulu)

Cara2:
-  Pukul gula, telur dan ovallete hingga kembang
- Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati
- Masukkan minyak masak dan pukul sebati
- Masukkan tepung gandum, kaup balik hingga sebati
- Asingkan kepada 3 bahagian (suka hati korang nak letak color apa)
- Sendukkan berselang seli kedalam loyang 
- Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit (ikut oven masing2 yer)

Taraaa


 Inilah hasil kek minyak yang aku buat tengahari tadi. Huii anak2 suka betul, tak sempat sejuk dah nak makan.. sekelip mata sebelah kek habis. Takpe, berbaloi ibu buat, hilang penat tengok anak-anak ibu suka makan.. :)

Selamat Mencuba!


Now I know...

Salam Ahad sume... Being WAHM like keje non stop. Now I know yang keje full time housewife ni ibarat never ending work.. dari buka mata hingga nk pejam mata.. keje still tak habis2. wargh.. a bit stress... takpe2.. nnt kita telan B Complex yer..

And now I know why Allah give me double storey with 3 rooms jer.. coz Dia tahu kemampuan aku nak mengemas rumah ni.. yang 3 bilik + 3 bilik air ni pun dah semput nak uruskan, kalau lagi besar agaknya boleh fengsannn kot! Kalau dulu masa keje, time rehat tu boleh la take nap barang 20 minit.. bila dah jadi WAHM ni, nan hado take nap ni. memang celik jelah mata ni. Tulah bila dok rumah, xde keje pun boleh jadi ada keje.. guane tu? Orang kata, anak2 tido petang tu amik masa rehat la.. tapi time tulah aku settle kan mana keje yang lum settle. Kenkadang keje dah settle.. tangan lak gatal nak membaking coz ingat kang anak bangun tido lapar.. baik prepare something.. bila malam, jangan haraplah kul 12 tu dah lelap mata kan. bila anak dah tido, time tu baru nk pegang laptop update blog bisnes dan online biz.. kul 2pg baru leh lelap.. dah tu si kecik lak jaga nak susu.. kul 4 lebih dah nak bangun.. so, baper jam ko tido LIZA???? 

Bab kemas umah toksah citer la.. boleh kata tiap hour dok kutip mainan anak2.. kemas bilik ni diaorang sepah bilik tu. Suruh diaorang kemas tak bertahan lama pun kang punggah main balik.. tapi bila kenang hubby kata, biarlah diaorang nk main, nak sepah..sok diaorang dah besar.. dah tak dok ngan kita, kemas la puas2.. betul gak kan.. tapi kang org datang umah kata apa lak.. dok umah tapi umah sepah... huhuhu.. if x nak stress jgn fikir apa kata org.. hahahhaha... 

Sorry membebel di pagi hari minggu.. curi masa luah perasaan hahhaha.. by the way, the best job in the world pada aku lah.. (kalau korang rasa tak, jangan sentap plk)  still being a full time housewife/mother.. tiap masa dengan anak, tgk perkembangan anak is precious gift from Allah.. so, takat membebel sket2 ni biasalah.. namapun mak.. tapi hati tetap ikhlas menjalankan tanggungjawab pada suami dan anak2.. 

But I still wish to have this house...

hahahha... verangan sangat kan.. 

Happy sunday uoollls...

Friday, June 20, 2014

Ammar dah start Makan Solid Food

Assalamualaikum..

Hari Isnin lepas start ajar Ammar makan solid food since dia dah start tarik pinggan bila kita makan, dia dah tunjukkan ciri2 dia dah sedia untuk makan. Bila tanya doctor, doctor pun cakap dia dah sedia for solid food. So, first solid food yang ibu prepare untuk Ammar adalah Puree Carrot.

Dan betul jugalah kata orang dari setiap anak itu kita belajar sesuatu. Masa anak first, my Qaleesya dulu.. tk pandai lagi bab2 ni.. kurang info.. masa tu baru sedar bab fully breastfeeding hingga 2 dua tahun. Bab solid food ni ibu lemah lagi. So, cara mudah kasi nestum segera.. bagi Nestum Beras Merah, Ikan bilis dan macam2 lagi ikut peringkat umur dia. End up, bila dah besar dia jadi picky eater. Itu tak nak makan, ini tak nak makan.. sayur tak nak, ayam tak nak, daging, ikan buah, sume tak nak.. yang dia tau, Nasi kicap telur! Argghhh ibu yang stress coz tau sume tu kurang khasiat.. sape perlu disalahkan..ibu yg salah.. ibu tk cari info betul2.. maafkan ibu Qaleesya.. huhuhu.. 

Part Qaireen plk.. dah ada kesedaran sket.. so masa dah leh makan solid food kasi bubur campur carror la, brocoli,bayam.. ikan, ikan bilis, ayam, daging.. blend kasi halus.. tapis kasi dia makan. Alhamdulillah.. Qaireen memang kuat makan. Membesar jadi anak yang tidak memilih makanan berbanding kakak dia.. sume dia makan.. suka carrot, ikan, daging, udang, sotong, buah2.. lega sket.. cuma salah ibu, awal masa 6  bulan tu ibu dah start bagi bubur nasi.. which ibu baca suppose start dengan puree buah dan sayur dulu..

So now, giliran Ammar.. ibu cari info dulu.. wat persediaan sebelum bagi Ammar solid food. So, makanan pejal pertama masuk ke perut Ammar pada 16/6/14 tu adalah Puree Carrot.. Carrot tu ibu buang kulit, basuh bersih, potong kecil2 dan steam. Lepas tu tos dan blend.. cukup untuk 4 hari makan.. ibu letak tiap bekas dua sudu kecil jer.. takut perut Ammar tak leh terima banyak2. Kenapa 4 hari? coz ibu baca, satu jenis makanan perlu diperkenalkan pada baby selama 4 hari untuk tgk samada ada alahan ke takde.. Memula makan, muka Ammar semacam jer.. lepas tu dah ok.. 

Yeay.. saya dah makan! Comot bobot..

Hari ni ibu tukar pada Epal plk.. hmmm nampaknya Ammar suka ngan puree epal ni. Laju je dia makan.. today ibu dah upkan kuantiti sekali makan pada 2 sudu besar. Jap je habis.. sedap yer?? Bukan Ammar je suka puree epal ni, kakak Qaireen pun ngecek sama.. dia pun kata sedap puree epal tu.. so utk 4 hari ni hanya puree epal. Lepas ni plan nk kasi avokado lak.. org kata bagus tuk otak baby.. wawawa.. ibu mmg excited nk buat pelbagai puree untuk Ammar.. Abah pun ari2 tanya, camne Ammar makan puree ni. InsyaAllah, ibu akan cuba yang terbaik untuk anak2 ibu..

           Muka happy lepas makan.. :)

Ini muka ngaruk lambat bagi makan.. huhu.. nangis pun comel..

Oh ya, perkembangan Ammar skang dah boleh kedepan.. dah nak merangkak dah.. cepatnya anak ibu membesar.. moga anak2 ibu dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... amin..

Monday, June 16, 2014

Qaireen, Qaleesya dan Art

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas tolong Qaleesya wat homework for creativity.. guna water color sapu kat batang bendi dan cop kt buku.. seronok la budak2 ni dapat main color.. habis siap keje skolah, depa pakat dok conteng kt buku lukisan plk. Ibu layankan jer, jadi tukang lap lantai bila color jatuh ke lantai.. hahahha...



Qaireen pun sibuk gak nk wat.. dia cop kt buku lukisan.


nanti nak ajak diaorang buat cop ngan kentang pulak.. sonok layan anak2 camni. :) ibu nk simpan wat kenangan sume ni..

Panggilan Pulau...

Assalamualaikum... ohhh lama gile tak balik kampung. Last balik raya tahun lepas tu.. serius memang rindu ngan bayu laut, desiran ombak.. beban yang ditanggung si anak pulau... Rindu ngan mak ayah.. rindu ngan nasi lemak kak zah diwaktu pagi.. rindu nak makan kerabu beronok.. rindu masakan mak.. rindu nak peluk mak. 

Balik ni juga coz nak meraikan my pengapit masa kawin dulu.. My bff, kawan dunia akhirat melangsungkan perkahwinan awal bulan 6 ari tu. To be exact, 6/6/14 akad nikah, 7/6/14 tu kenduri. My hubby plk tak dapat cuti on 6/6 tu.. so first decision nak balik ngan kereta terpaksa dibatalkan coz penat oo jumaat malam nk bertolak, pas tu nak naik feri lagi.. Langkawi time cuti sekolah orang ramai giler.. kul bape la kami nk dapat feri utk balik Langkawi. So last decision, balik ngan flight jer.  Harga tiket paling murah pun Air Asia jer.. pergi balik 5 orang RM1000.. ok lah tu. dah terdesak nih!

Tapi mencabar btl nak balik this time. Memula nak parking kat Long Term Car Park di Jalan KLIA 1. On the day itself.. gerak awal coz aku hantar hubby gi keje.. petang tu dah siap2, kul 5.30 dah tercongok depan ofis hubby.. jadi singgah kt tol KLIA hubby mandi dulu, tukar baju.. cari punya cari parking tu tak jumpa, call company yg manage parking tu tk berjawab. Tanya polis traffic kt KLIA dia suh gi Block A. Cantekk.. dah parking kt blok A, hati dah rasa macam bukan jer.. coz ni parking KLIA manage by MAB. Tapi takpe, kang kita tanya.. dah jalan ke bangunan KLIA.. tanya kat kaunter parking tu sehari RM50. Aikk yg LTCP tu sehari RM32 jer.. camno ni? Hubby kata parking jelah. flight kul 9.15, kul 7.50ptg, kami kt parking KLIA tu lagi..hubby kata kita naik train ke KLIA 2. Oh no.. dah bayar parking sehari RM50 pastu nk naik train gi sana lagi. Aku ckp kita terus parking kt KLIA 2 jer.. pastu berlari kami tarik anak2 ke kereta balik. Dah macam amazing race dah hahhaha.. Dah tu panik, cari jalan nak ke KLIA 2 tk jumpa plk.. pusing2 kt situ..last jumpa LTCP yang kitaroang nak park memula tu.. yang RM32/day tu. Cett.. masa dah suntuk, xde makna nak park kt situ lagi.. kang  nk kena tunggu shuttle bas lak ke KLIA 2. Akhirnya jumpa gak le jalan ke KLIA 2. Sampai dah hampir kul 8.30mlm.. Kelam kabut kitaorang cari tempat nk drop bag.. maklum la first time ke KLIA 2. Nasib la dah check in awal. Lepas drop bag, gi solat sume.. pergh.. memang penat.. apalagi ngan kerenah anak2 yg dah penat wat amazing race tadi..sabo jelah. Bapak jauh nk jalan ke departure hall.. sabo lagi.. tapi bila tgk muka Qaleesya yang so excited nk naik flight.. hilang sume rasa letih. Ammar plk tak sihat.. selsema dan batuk.. meragam sajalah dia. 

Belum naik flight lagi dah penat

Qaleesya suka naik flight.. excited sepanjang perjalanan. Ni dah kali ketiga dia naik flight.. so dah ok dah.. first time naik dulu masa usia dia 45 hari. Qaireen kira kali kedua la ni . Dulu kali pertama naik dok atas ibu.. ni dok sendiri takut hahahha..peluk tanga ibu tak lepas.

Sepangjang perjalanan Ammar meragam jer.. hidung dia tak selesa. Bagi susu tak nak, jap kasi abah dia pegang.. jap ibu lak pegang.. sib baik la 45 minutes jer.. Alhamdulillah, kami selamat sampai Langkawi.. Abang aku amik kt Airport, sampai umah mak.. huhu lapar giler.. tgk mak masak gulai ikan dan ada kerabu beronok plk tu.. pergh.. makan tk pandang kiri kanan dah la.. 

Esoknya gi makan kenduri Kak Cik Zuridah ni

ni masa akad nikah.. dia whatsapp kt aku coz aku masih di klang time ni.. gambar pecah2 plk.. 

haa yg ni clear. Dihari persandingannya.. Selamat Pengantin Baru Kak Cik Zuridah dan Shanaaz.. moga kekal hingga ke syurga. Sangat happy my bff dah ada yang jaga.. pls take a good care of her yer Shanaaz.. 

Lepas makan kenduri gi Pekan Kuah plk.. beli teko air yg my sis kirim. Beli coklat Pepero skali.. first time makan.. sedapp..Cadbury tk pandang lagi even murah.. harom.. aku tetap follow yg first declaration.. nk telan pun tk boleh dah. 

Esoknya, pepagi dah kuar gi berkelah uollss.. kata dok pulau, tak best la kalau balik tk pi mandi laut. Tapi aku tk mandi pun, malas.. dapat bau laut, dapat tgk laut pun jadilah.. kasi can bebudak mandi. Tapi yang teruja mandi laut Qaleesya jer.. Qaireen menjerit2 takut.. kaki kotor kena pasir la.. amboi hang ni anak bandar sangat ka...kena pasir pantai pun tk boleh.. Sempat gak kasi kaki Ammar cecah air laut.. :)


Bila pandang laut hati jadi tenang.. lapang.. sukar nk diungkapkan.. Indahnya ciptaan Allah.. subhanallah..




Suka dia dapat mandi laut.. sampai tak nak balik. 

Si Qaireen nak berdukung jer.. x nak kena pasir pantai.. hish..

Mak dan adik..

Ada pantai yang lebih cantik sebenarnya.. yang aku gi ni dekat2 ngan area Pantai Pasir Hitam.. sebab tu pasir nya ada hitam2 sket.. pantai ni sangat dekat ngan Pusat Kraf Langkawi. Nak gi Datai malas lak.. 

Esoknya ari senin.. melepak kt umah jer.. spend time with familia.. rasa kejap sgt balik kampung. 4 hari jer.. huhuhu... insyaAllah.. umur panjang, murah rezeki kita balik lagi raya haji nanti. Flight kami ke KL ari selasa pagi kul 9.40. Pagi tu mak wat cekodok pisang.. sempat makan sket jer.. huhu.. bila balik sini rasa nyesal tk bawa bekal sket.. huk huk huk.. terasa2 sampai skang.. mak.. :( 

Sedih nak tinggal mak ayah.. tapi kena la kuatkan hati. Aku bukan budak kecik lagi.. sampai umah malam tu nangis gak. lepas solat terbayang mak ayah.. Moga Allah lindungi dan pelihara kesihatan mak dan ayah.. amin.

Flight lum gerak, behave.. lepas dah kt atas awan.. mula la melasak.. sabor jelah

Kali ni Ammar dah ok.. minum susu then tido.. dekat nk sampai KL baru jaga.. opss ada org tegur kulit muka iolls nampak flawless.. hahahah flawless ke, idak la sangat.. ada yg tanya makan apa. Mai nak habaq, cek bukan org kaya pakai product skincare mahal2.. i guna Safi Rania gold jer.. nk cantik macam che ta...hahahha.. tapi i memang amalkan pengambilan Vitamin C, B Complex dan ESP Shaklee.. memang sejak amik tu, kulit semakin ok.. haa tu rahsianya. 

Menapak punyalah jauh nak ke tempat collect bag.. lepas settle sume balik umah jap, then ke HTAR check up Ammar.. satu hari yang full tapi happy dapat balik kampung, dapat jumpa mak ayah, abang kakak, anak sedara..orang2 kampung yang datang ziarah.. happy dapat bagi experience baru untuk anak2.. 

Anak pulau tetap anak pulau walau dimana berada... one day, insyaAllah akan balik menetap dipulau jua..

Tuesday, June 3, 2014

Mahnaaz Food

Assalamualaikum..

Sabtu lepas gi Mahnaaz Food. Sape tau Sekolah Teknik Shah Alam? Haa Mahnaaz Food tu belakang sekolah teknik tu jer. Mahnaaz Food ni jual barang makanan dari Timur Tengah. So, kalau korang nak cari pelbagai jenis kurma, buah tin, kacang pistachio, badam, jus delima, habbatus sauda samada minyak or seeds, olive oil, cheese, rempah ratus nasi arab dan banyak lagi.. tak tertulis dah.

Masa kami sampai memang ramai sangat orang kat dalam tu. Uppss gambar ni snap masa nk balik dah. Aku dah dalam keta, asben hilangkan dahaga minum jus sparkling delima kt entrance tu hahaha...

Pelbagai jenis kurma, pelbagai harga. Pilih je nak yg mana. Kami amik sebekas kurma Mariami.. RM15 satu tapau tu.. sedap.. asyik mengunyah kurma jer la hehehe..

Deretan Kismis kecik besor saiznya.. aprikot kering, buah tin, coklat dan macam2 lagi.. boleh giler gak jap masuk dlm ni. Rasa sume nk beli.

 Roti Arab.. RM3 for 5 pieces. Sedap. amik sebungkus. Ada madu, jus delima.. madu tak amik coz kat rumah ada lagi. Jus Delima brand Gulsan amik sebotol, RM12. 

Pelbagai jenis jus.. nk concentrace pun ada.. 

Pendek kata segala makneka barangan dari timur tengah dan makanan sunnah ada di Maahnaz Food. Rugi kalau tak datang.. :) Apa yang kami beli on that day?
- Roti Arab
- Extra Virgin Olive Oil
- Delima Concentrate
- Gulsan Choco Spread
- Few bottles Sparkling Delima, Pic dan Apricot
- Badam Mentah
- Kurma
- Manisan Noughat Pistachio
- Minyak Habbatus Sauda
- Biji Habbatus Sauda

Total berhabis RM115 kata asben. Thank you en asben belanja. ^____^