penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, June 20, 2014

Ammar dah start Makan Solid Food

Assalamualaikum..

Hari Isnin lepas start ajar Ammar makan solid food since dia dah start tarik pinggan bila kita makan, dia dah tunjukkan ciri2 dia dah sedia untuk makan. Bila tanya doctor, doctor pun cakap dia dah sedia for solid food. So, first solid food yang ibu prepare untuk Ammar adalah Puree Carrot.

Dan betul jugalah kata orang dari setiap anak itu kita belajar sesuatu. Masa anak first, my Qaleesya dulu.. tk pandai lagi bab2 ni.. kurang info.. masa tu baru sedar bab fully breastfeeding hingga 2 dua tahun. Bab solid food ni ibu lemah lagi. So, cara mudah kasi nestum segera.. bagi Nestum Beras Merah, Ikan bilis dan macam2 lagi ikut peringkat umur dia. End up, bila dah besar dia jadi picky eater. Itu tak nak makan, ini tak nak makan.. sayur tak nak, ayam tak nak, daging, ikan buah, sume tak nak.. yang dia tau, Nasi kicap telur! Argghhh ibu yang stress coz tau sume tu kurang khasiat.. sape perlu disalahkan..ibu yg salah.. ibu tk cari info betul2.. maafkan ibu Qaleesya.. huhuhu.. 

Part Qaireen plk.. dah ada kesedaran sket.. so masa dah leh makan solid food kasi bubur campur carror la, brocoli,bayam.. ikan, ikan bilis, ayam, daging.. blend kasi halus.. tapis kasi dia makan. Alhamdulillah.. Qaireen memang kuat makan. Membesar jadi anak yang tidak memilih makanan berbanding kakak dia.. sume dia makan.. suka carrot, ikan, daging, udang, sotong, buah2.. lega sket.. cuma salah ibu, awal masa 6  bulan tu ibu dah start bagi bubur nasi.. which ibu baca suppose start dengan puree buah dan sayur dulu..

So now, giliran Ammar.. ibu cari info dulu.. wat persediaan sebelum bagi Ammar solid food. So, makanan pejal pertama masuk ke perut Ammar pada 16/6/14 tu adalah Puree Carrot.. Carrot tu ibu buang kulit, basuh bersih, potong kecil2 dan steam. Lepas tu tos dan blend.. cukup untuk 4 hari makan.. ibu letak tiap bekas dua sudu kecil jer.. takut perut Ammar tak leh terima banyak2. Kenapa 4 hari? coz ibu baca, satu jenis makanan perlu diperkenalkan pada baby selama 4 hari untuk tgk samada ada alahan ke takde.. Memula makan, muka Ammar semacam jer.. lepas tu dah ok.. 

Yeay.. saya dah makan! Comot bobot..

Hari ni ibu tukar pada Epal plk.. hmmm nampaknya Ammar suka ngan puree epal ni. Laju je dia makan.. today ibu dah upkan kuantiti sekali makan pada 2 sudu besar. Jap je habis.. sedap yer?? Bukan Ammar je suka puree epal ni, kakak Qaireen pun ngecek sama.. dia pun kata sedap puree epal tu.. so utk 4 hari ni hanya puree epal. Lepas ni plan nk kasi avokado lak.. org kata bagus tuk otak baby.. wawawa.. ibu mmg excited nk buat pelbagai puree untuk Ammar.. Abah pun ari2 tanya, camne Ammar makan puree ni. InsyaAllah, ibu akan cuba yang terbaik untuk anak2 ibu..

           Muka happy lepas makan.. :)

Ini muka ngaruk lambat bagi makan.. huhu.. nangis pun comel..

Oh ya, perkembangan Ammar skang dah boleh kedepan.. dah nak merangkak dah.. cepatnya anak ibu membesar.. moga anak2 ibu dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... amin..

2 comments:

  1. Yg baju biru tu sebijik muka ayah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang banyak ikut sebelah abahnya..

      Delete

Feel free to drop your comment k.. tq =)