penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, June 22, 2014

Kek Minyak

Assalamualaikum.. aku ni bukan lah professional baker. Dulu memang tak tau langsung bab membaking ni, sampai la hubby hadiahkan oven, minat tu datang sket demi sket.. dapat lak anak2 yang sebulan empat lima kali minta kek jer. haa kalau tak reti buat, alamat kopak la asyik nk membeli kek kt Secret Recepi tuh. Bila ibu buat, idokler sesedap SR.. tapi anak2 makan habis dan puji sedap.. ibu dah kembang setaman dah hua hua hua.. 

Ok, meh la nk share resepi Kek Minyak since ada yang minta resepi kan. Resepi ni diambil dari FB Resepi Ringkas. Macam2 resepi yang org share kt dalam FB ni sampai ko pun boleh juling nak pilih mana satu.. homak aii.. memang menduga betullah.. aku tengok pun rasa nk try sume hihihi.. bagus untuk para anak dara untuk preparation nak kawin kan.. baru upgrade sket skill tu. Moh le kita tengok resepi mudah ni.

KEK MINYAK

Bahan2: 
- 2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu teh baking powder (ayak bersama tepung gandum)
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna yang diingini
- 5 biji telur (basuh telur terlebih dahulu)

Cara2:
-  Pukul gula, telur dan ovallete hingga kembang
- Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati
- Masukkan minyak masak dan pukul sebati
- Masukkan tepung gandum, kaup balik hingga sebati
- Asingkan kepada 3 bahagian (suka hati korang nak letak color apa)
- Sendukkan berselang seli kedalam loyang 
- Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit (ikut oven masing2 yer)

Taraaa


 Inilah hasil kek minyak yang aku buat tengahari tadi. Huii anak2 suka betul, tak sempat sejuk dah nak makan.. sekelip mata sebelah kek habis. Takpe, berbaloi ibu buat, hilang penat tengok anak-anak ibu suka makan.. :)

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)