penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, June 3, 2014

Mahnaaz Food

Assalamualaikum..

Sabtu lepas gi Mahnaaz Food. Sape tau Sekolah Teknik Shah Alam? Haa Mahnaaz Food tu belakang sekolah teknik tu jer. Mahnaaz Food ni jual barang makanan dari Timur Tengah. So, kalau korang nak cari pelbagai jenis kurma, buah tin, kacang pistachio, badam, jus delima, habbatus sauda samada minyak or seeds, olive oil, cheese, rempah ratus nasi arab dan banyak lagi.. tak tertulis dah.

Masa kami sampai memang ramai sangat orang kat dalam tu. Uppss gambar ni snap masa nk balik dah. Aku dah dalam keta, asben hilangkan dahaga minum jus sparkling delima kt entrance tu hahaha...

Pelbagai jenis kurma, pelbagai harga. Pilih je nak yg mana. Kami amik sebekas kurma Mariami.. RM15 satu tapau tu.. sedap.. asyik mengunyah kurma jer la hehehe..

Deretan Kismis kecik besor saiznya.. aprikot kering, buah tin, coklat dan macam2 lagi.. boleh giler gak jap masuk dlm ni. Rasa sume nk beli.

 Roti Arab.. RM3 for 5 pieces. Sedap. amik sebungkus. Ada madu, jus delima.. madu tak amik coz kat rumah ada lagi. Jus Delima brand Gulsan amik sebotol, RM12. 

Pelbagai jenis jus.. nk concentrace pun ada.. 

Pendek kata segala makneka barangan dari timur tengah dan makanan sunnah ada di Maahnaz Food. Rugi kalau tak datang.. :) Apa yang kami beli on that day?
- Roti Arab
- Extra Virgin Olive Oil
- Delima Concentrate
- Gulsan Choco Spread
- Few bottles Sparkling Delima, Pic dan Apricot
- Badam Mentah
- Kurma
- Manisan Noughat Pistachio
- Minyak Habbatus Sauda
- Biji Habbatus Sauda

Total berhabis RM115 kata asben. Thank you en asben belanja. ^____^

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)