penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, July 25, 2014

Persiapan Raya..

Assalamualaikum.. tahun ni nak raya pun cam tak best jer. Yelah, banyak betul yang menyentap jiwa berlaku akhir2 ni.. kes MH370 belum bernokhtah.. ni dah MH17 pulak kena tembak.. rejim Zionis menyerang Palestin.. Raya ni pun yang paling seronok adalah anak2.. so, untuk tidak mengampakan mereka, ibu dan abah buat persiapan juga seperti biasa.. 

Baju raya anak2 sebenarnya dah dibeli sebelum puasa lagi. Kononnya tak nak bersesak kalau beli dah masuk bulan posa.. tapi dek kerana dapat voucher Aeon dari 'seseorang', maka kami terjah jugalah Aeon Bukit Raja malam Rabu lepas, saja amik peluang tambah baju raya dan baju jalan anak2.. Ibu dan abah cukuplah ngan baju raya yang ditempah. Ibu tempah baju kurung pahang dua helai, abah tempah jubah sehelai. Sunat berbaju baru dihari raya kan.. Serius, bila dah ada anak2 ni.. kami tak berbaju baru pun takpe.. yang penting anak2 dapat baju baru. Fokus dan keutamaan pasti anak2 dulu. Ini yang mak dan ayah kita rasa dulu kan masa membesarkan kita.. sob sob sob.. 

So, inilah hasilnyer.. 

Baju Raya Qaleesya


Kasut raya Qaleesya
Pilihan Qaleesya sendiri.

Baju Raya Qaireen

Kasut Raya Qaireen
Ni pun sendiri pilih juga.. anak2 makin besar, dah ada citarasa masing2.

Seperti yang ibu abah dan plan, tahun ni raya memang takde baju gown/dress untuk anak2 dara ibu. Since Qaleesya dah bertudung dan dia pun tak nak pakai sangat dah baju gown2 ni. Ibu memang carikan inner utk baju lengan pendek dan beli kemeja or t-shirt lengan panjang untuk dia. Qaireen pun sama.. ikut macam Qaleesya gak.  Gown yang ada tu pun masih baru coz ada yg beli awal tahun ni, tapi tk pakai sangat dah. 

Yang paling best, Ammar la.. paling banyak baju raya hehehhe.. dia ni cepat besar. So, beli baju dia sume saiz 12-18 walau umur baru nk masuk 7 bulan. 

Baju hero ibu
Kejap jer besor... hmm tahun ni tahun pertama Ammar sambut hari raya. Ibu ada tempah gak baju melayu johor untuk Ammar.. so cute bila dia pakai hehehe... InsyaAllah, raya nanti kita upload pic k.. teruja anak lelaki sorang jer... tahun ni abah ada geng berbaju melayu. Syukur Ya Allah atas anugerah ini.. 

Semalam gi Tesco, abah belikan Ammar kopiah ni :). Moga Ammar jadi anak yg soleh, saham akhirat ibu dan abah.. ameen... Oh ya, Ammar xde kasut raya coz pre walker shoes yang ibu beli dulu masih boleh pakai dan elok lagi.. 3 pasang tu.. jangan membazir walau bila gi H&M tengok kasut comel2 jer.. tapi ibu dan abah tahan nafsu nak membeli tu.. hihihihi..

Oh ya, plan nak buat biskut raya tahun ni 4 jenis.. tapi kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.. tapi syukur sempat gak ibu siapkan 3 jenis biskut hasil air tangan sendiri... ibu buat Biskut Choc Chip, Biskut Badam dan Biskut Sarang Semut. Tart Nenas ibu malas nak masak jem, so ibu order jer. Plan nak buat Rainbow Cookies terbantut coz tak cukup masa dan mood Ammar pun tk bagus akhir2 Ramadhan ni.. nak berkepit ngan ibu jer. Syukur juga, ibu dapat kirim biskut ni kat tok di Langkawi dan bawa balik untuk Tokwan di Johor. Ada gak ler biskut buatan sendiri untuk mak dan ibu mertua kan..


Akhir kata Selamat Hari Raya korang.. terima kasih sudi jengah blog yang ntah apa2 ni.. Maaf Zahir Batin yer.. Berhati2 memandu di jalan raya semasa pulang ke kampung. 

Hasil lukisan Qaleesya #MH17

RIP dan Alfatihah untuk semua mangsa MH17. Moga Allah beri ketabahan dan kekuatan pada keluarga mangsa menghadapi dugaan ni.

Tuesday, July 22, 2014

Selsema datang lagi..


Assalamualaikum.. emm.. selsema on and off start dari Jumaat lepas.  Now dicampur ngan batuk berkahak plk.. sampai skang x pergi klinik pun.. cuba tak nak pergi. Ni lah akibatnya bila tidur tak cukup. Yelah.. hari2 tidur lambat, dah tu tidur dlm dua tiga jam dah bangun utk sahur.. kalau korang nak tau, aku selalu terbangun sahur kul 3 pagi, or kul 3 lebih.. memang dah tk tido dah bila terjaga tu hinggalah pagi. Dah tu mesin basuh plk rosak dari minggu lepas.. dah pelbagai cara en somi merepair.. tak juga ok.. so, sementara mesin rosak, membasuh baju guna tangan le jawapnya..Kenkadang kul 1 pagi aku dok memberus baju lagi kt bilik air.. yelah nk tungu si Ammar tido baru leh wat keje ngan aman.. Alhamdulillah.. semalam en. somi dah belikan mesin basuh baru.. lega makcik.. thanks suamiku. Hmm... badan pun tk boleh bertahan dah kan?? 

Selama selsema ni aku just amik vitamin C, B Complex, Performance Drink cam biasa.. cuma add Nutriferon..Nampaknya kena up kan dos Nutriferon ni.. hehehe.. ginilah bila kita guna cara semulajadi, kesan agak lambat sket berbanding guna ubat yg mengandungi dadah.. 

Ok, dah 4.30 pagi..nk kejut en somi bangun sahur.. Selamat bersahur korang... Sedih ramadhan bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi. Sempatkah aku bertemu Ramadhan tahun depan?? Wallahualam...

Thursday, July 17, 2014

Biskut Badam

Assalamualaikum..

Hmmm.. bila sebut raya mesti ada kuih raya kan.. last order kuih raya ngan org adalah masa sebelum kawin. Dah kawin, sendiri bikin. Upss ada order gak ler.. satu jenis jer. Tart nenas.. yg ni tk boleh menahan coz tart nenas ni mmg lazat. Tiap tahun mesti order. Lagi satu, I suka makan tart nenas tapi malas nk buat. Malas nak masak jem tu.. buat pakai jem segera?? ooo sorry tk minat jem segera. 

Ok, setakat ni dah siap buat dua jenis biskut raya. Choc Chip dan Biskut Badam. Biskut Badam ni first try, tapi hasilnya alhamdulillah.. sedapp oooo!! Rangup sangat. Reason aku buat kuih raya sendiri ni bukan per.. tk nak bebankan suami. Aku buat kuih raya ni utk 3 rumah. Rumah sendiri, rumah mak kt Langkawi, rumah mertua kat Johor. Even tahun ni giliran raya di Johor, biskut raya ke Langkawi tetap ada.. kirim ngan member sekampung.. sian mak.. sob sob.. begitu juga kalau raya kt Langkawi, mesti buat gak kirim utk mertua di Johor.. acara wajib tu.. so, kalau aku nak order.. RM500 pun lum tentu cukup. Buat biskut sendiri, cost cuma RM100. Aku boleh buat 4 jenis biskut utk 3 rumah. Berbaloi tak?? Cuma ko kena rajin la.. Ok, jom tgk resepi Biskut Badam ni.. Resepi amik dari blog Yatie Memories. Thanks kak sudi kongsi resepi.. k, jom tgk resepinya.

Biskut Badam

Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 1/4 cwn tepung kastard*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan,
  •  2 biji telur kuning 
  •  badam cincang secukupnya-di panggang dulu
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.
So, korang harus try wat biskut ni utk raya..memang sedap dan crunchy gitu..

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. dah hampir 20 hari kita berpuasa. Ya Allah cepatnya masa berlalu, aku rasa Ramadhan kali sangat pantas sekali.. Alhamdulillah gak, insyaAllah tahun ni puasa penuh.. ngeee..

Puasa tahun ni tk bekerja, jadi setakat ni baru dua kali beli juadah berbuka kt bazaar. Tu pun beli menu yg sama jer.. Nasi Beriani. Hooiii nasi beriani yang jual kat bazaar meru tu memang marvelous la! Nasi guna beras basmathi, ada letak kismis lagi.. rasa ummph! Lauk beriani daging tu plk lazat, banyak dagingnya, ada acar dan papedom ooo.. satu set RM6.50. Berbaloi sangat lah dengan harga yg boleh dikira murah tapi rasa dan kualiti tip top! Sorry, gambar xde, lupa nk snap.. ampunkan saya penunggu gua.. hehehe..

By the way, puasa tahun ni ada baby kecik kan.. so memasak pun ikut mood si Ammar ni. Ada hari dia ok, so boleh memasak dengan tenang dan dapat la prepare dua tiga lauk. Uppss tapi hubby dah pesan masak dua lauk je.. jangan membazir. Bulan puasa bukan nk makan byk mana pun. Tapi bila mood Ammar meragam jer.. haa hadap satu lauk ngan nasi jelah ye en somi.. sib baik suamiku jenis tk cerewet dan sangat memahami. Ammar ni bila mood meragam dia sudah mari, nk berdukung jer.. kenkadang memasak sambil dukung dia.. lepas tu tangan dah tk boleh lurus coz sakit.. 8 kilo lebih hokay berat dia.. mau tk cramp tangan tu.

Tapi yang bestnya, bulan puasa ni sempatla juga buat kuih untuk berbuka.. antaranya

 Puding Cocktail

 Keria

 Kerepek isi ketam

 Popiah Kentang

 Macaroni Gratin
Dan last but not least adalah homemade pizza.. kebanyakkan juadah ni sume adalah cubaan kali pertama kecuali Macaroni Gratin. 
Pizza ni buat coz anak2 hari2 asyik nak makan pizza. Boleh botak kepala abah lagu ni kalau hari2 beli pizza. Sebagai alternatifnya.. si ibu pun menggoogle resepi pizza dan buat sendiri. Alhamdulillah.. licin anak2 makan.. abah pun puji sedap. auww happynya I. heehe..


 Sila abaikan tudung periuk tu yer.. i xde pizza pan. Lepas ni kena beli, harus beli.

 Tadaa dah siap. Ini utk anak2, kurang sos..

Ini untuk ibu dan abah. itu bukan hangit yer.. aku gatal gi letak sos pizza kt topping.. nampak cam hangit plk.. by the way.. lepas ni buat sendiri lagi afdal.. walau ibu penat menguli tepung, tapi anak2 happy dan berselera makan buat hilang penat ibu tu. 

Oh ya.. lagi satu menu wajib yg dah byk kali buat gak adalah Roti Jala.. ni pun first try gak masa bulan puasa ari tu.. lepas tu kerap la buat coz senang banget.. anak2 pulak suka makan. Yes, ibu suka buat apa yg anak suka makan.. :)

Ok tu jer nak citer.. persiapan raya dah ready sume.. nnt kita update bab persiapan raya plk k.. selamat berpuasa korang..