penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, July 17, 2014

Biskut Badam

Assalamualaikum..

Hmmm.. bila sebut raya mesti ada kuih raya kan.. last order kuih raya ngan org adalah masa sebelum kawin. Dah kawin, sendiri bikin. Upss ada order gak ler.. satu jenis jer. Tart nenas.. yg ni tk boleh menahan coz tart nenas ni mmg lazat. Tiap tahun mesti order. Lagi satu, I suka makan tart nenas tapi malas nk buat. Malas nak masak jem tu.. buat pakai jem segera?? ooo sorry tk minat jem segera. 

Ok, setakat ni dah siap buat dua jenis biskut raya. Choc Chip dan Biskut Badam. Biskut Badam ni first try, tapi hasilnya alhamdulillah.. sedapp oooo!! Rangup sangat. Reason aku buat kuih raya sendiri ni bukan per.. tk nak bebankan suami. Aku buat kuih raya ni utk 3 rumah. Rumah sendiri, rumah mak kt Langkawi, rumah mertua kat Johor. Even tahun ni giliran raya di Johor, biskut raya ke Langkawi tetap ada.. kirim ngan member sekampung.. sian mak.. sob sob.. begitu juga kalau raya kt Langkawi, mesti buat gak kirim utk mertua di Johor.. acara wajib tu.. so, kalau aku nak order.. RM500 pun lum tentu cukup. Buat biskut sendiri, cost cuma RM100. Aku boleh buat 4 jenis biskut utk 3 rumah. Berbaloi tak?? Cuma ko kena rajin la.. Ok, jom tgk resepi Biskut Badam ni.. Resepi amik dari blog Yatie Memories. Thanks kak sudi kongsi resepi.. k, jom tgk resepinya.

Biskut Badam

Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 1/4 cwn tepung kastard*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan,
  •  2 biji telur kuning 
  •  badam cincang secukupnya-di panggang dulu
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.
So, korang harus try wat biskut ni utk raya..memang sedap dan crunchy gitu..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)