penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, July 25, 2014

Persiapan Raya..

Assalamualaikum.. tahun ni nak raya pun cam tak best jer. Yelah, banyak betul yang menyentap jiwa berlaku akhir2 ni.. kes MH370 belum bernokhtah.. ni dah MH17 pulak kena tembak.. rejim Zionis menyerang Palestin.. Raya ni pun yang paling seronok adalah anak2.. so, untuk tidak mengampakan mereka, ibu dan abah buat persiapan juga seperti biasa.. 

Baju raya anak2 sebenarnya dah dibeli sebelum puasa lagi. Kononnya tak nak bersesak kalau beli dah masuk bulan posa.. tapi dek kerana dapat voucher Aeon dari 'seseorang', maka kami terjah jugalah Aeon Bukit Raja malam Rabu lepas, saja amik peluang tambah baju raya dan baju jalan anak2.. Ibu dan abah cukuplah ngan baju raya yang ditempah. Ibu tempah baju kurung pahang dua helai, abah tempah jubah sehelai. Sunat berbaju baru dihari raya kan.. Serius, bila dah ada anak2 ni.. kami tak berbaju baru pun takpe.. yang penting anak2 dapat baju baru. Fokus dan keutamaan pasti anak2 dulu. Ini yang mak dan ayah kita rasa dulu kan masa membesarkan kita.. sob sob sob.. 

So, inilah hasilnyer.. 

Baju Raya Qaleesya


Kasut raya Qaleesya
Pilihan Qaleesya sendiri.

Baju Raya Qaireen

Kasut Raya Qaireen
Ni pun sendiri pilih juga.. anak2 makin besar, dah ada citarasa masing2.

Seperti yang ibu abah dan plan, tahun ni raya memang takde baju gown/dress untuk anak2 dara ibu. Since Qaleesya dah bertudung dan dia pun tak nak pakai sangat dah baju gown2 ni. Ibu memang carikan inner utk baju lengan pendek dan beli kemeja or t-shirt lengan panjang untuk dia. Qaireen pun sama.. ikut macam Qaleesya gak.  Gown yang ada tu pun masih baru coz ada yg beli awal tahun ni, tapi tk pakai sangat dah. 

Yang paling best, Ammar la.. paling banyak baju raya hehehhe.. dia ni cepat besar. So, beli baju dia sume saiz 12-18 walau umur baru nk masuk 7 bulan. 

Baju hero ibu
Kejap jer besor... hmm tahun ni tahun pertama Ammar sambut hari raya. Ibu ada tempah gak baju melayu johor untuk Ammar.. so cute bila dia pakai hehehe... InsyaAllah, raya nanti kita upload pic k.. teruja anak lelaki sorang jer... tahun ni abah ada geng berbaju melayu. Syukur Ya Allah atas anugerah ini.. 

Semalam gi Tesco, abah belikan Ammar kopiah ni :). Moga Ammar jadi anak yg soleh, saham akhirat ibu dan abah.. ameen... Oh ya, Ammar xde kasut raya coz pre walker shoes yang ibu beli dulu masih boleh pakai dan elok lagi.. 3 pasang tu.. jangan membazir walau bila gi H&M tengok kasut comel2 jer.. tapi ibu dan abah tahan nafsu nak membeli tu.. hihihihi..

Oh ya, plan nak buat biskut raya tahun ni 4 jenis.. tapi kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.. tapi syukur sempat gak ibu siapkan 3 jenis biskut hasil air tangan sendiri... ibu buat Biskut Choc Chip, Biskut Badam dan Biskut Sarang Semut. Tart Nenas ibu malas nak masak jem, so ibu order jer. Plan nak buat Rainbow Cookies terbantut coz tak cukup masa dan mood Ammar pun tk bagus akhir2 Ramadhan ni.. nak berkepit ngan ibu jer. Syukur juga, ibu dapat kirim biskut ni kat tok di Langkawi dan bawa balik untuk Tokwan di Johor. Ada gak ler biskut buatan sendiri untuk mak dan ibu mertua kan..


Akhir kata Selamat Hari Raya korang.. terima kasih sudi jengah blog yang ntah apa2 ni.. Maaf Zahir Batin yer.. Berhati2 memandu di jalan raya semasa pulang ke kampung. 

Hasil lukisan Qaleesya #MH17

RIP dan Alfatihah untuk semua mangsa MH17. Moga Allah beri ketabahan dan kekuatan pada keluarga mangsa menghadapi dugaan ni.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)