penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, August 26, 2014

Cerita ceriti raya

Assalamualaikum..

Syawal dah hampir ke penghujungnya.. Tahun ni agenda raya penuh setiap minggu. Alhamdulillah.. rezeki syawal, ada jer jemputan ke open house. Dan rezeki aku juga, ada je tetamu datang beraya ke rumah.. syukur dan gembira bila ada yang sudi datang beraya ke teratak hamba ni. Bukankah tetamu itu pembawa rezeki :)

16/8 ari tu family sebelah hubby buat gathering mega raya.. tu pun ada yang tak dapat hadirkan diri termasuklah my parents in law yang terpaksa ke kursus haji, my sis in law yang follow husband dia travel. so dari family Haji Idris, cuma kami jelah sebagai wakil. Pepagi sebelum ke majlis yang berlangsung di rumah bapa sedara hubby kt PJ tu, kami ke Teluk Pulai dulu amik cheesetart yang aku order dari kawan skolah aku. Tak sedap plk kan nak gi tangan kosong jer.. Main menu kt majlis adalah nasi arab, kambing golek dan ayam bakar.. tapi sedara2 lain ada gak bawa serba sedikit kuih dan prepare menu lain.. ala2 potluck juga ler.. 

Kami sampai dah hampir kul 1.. ramai gak dah yang ada.. best wooo... meriah sungguh.. meriah dengan orang dan makanan.. cheesetart jer ada 3 orang bawa termasuk aku.. ada kuih raya pelbagai jenis (ada yg tak sempat nak rasa coz perut dah full), ada kek coklat homemade dan dari SR.. ada meehun goreng, nasi lemak, buah2 tempatan, muffin, pasta, koleh kacang, salad etc.. perh.. tgk makanan jer dah kenyang, lum makan lagi.. nak pulak semenjak dua menjak ni perut aku kecik plk kan.. hahahah perasan sangat.

 selfie dulu.. hik hik hik..





Aku tak snap banyak gambar.. I is malu ngan pakcik makcik ler.. heheh... memang ramai dengan sedara mara, sepupu sepapat, cucu cicit.. happening dan best! Aktiviti kami, makan, makan, makan, cerita2.. bergambar.. tapi gambar ramai2 xde dlm phone aku.

Lepas dari sini gi kerumah kakak aku plk kt Sunway.. situ ada Kuew Teow sup, spagetti, kuih2 raya plk..  settle umah kakak aku.. malamnyer ke Meru lagi.. officemate hubby plk jemput.. hmm situ pun ada macam2.. nasi dagang, lemang, laksa, rendang, cocktail.. sate.. pergh.. sendat perut. Memang ari tu gantung kuali.. Alhamdulillah rezeki.. :)

Then minggu lepas, en hubby gi outstation.. so tinggallah kami empat beranak jer. Kawan2 dah roger nak datang beraya. Minta izin hubby dia kata ok coz sume yg nk datang tu pun kawan baik kami juga. Cuma dia sangsi boleh ke aku nak prepare food ngan anak2 ni sume.. InsyaAllah.. boleh! Hari Jumaat lepas, kawan masa skolah menengah datang beraya.. aku prepare Macaroni Goreng, Samosa sebagai juadah..



Hari Sabtu my BFF masa belajar kt UiTM plk datang beraya.. This time masak Spagetti Bolognese, Bakar Kek Minyak, Kuih Raya dan jeruk betik.. hahhaa.. (x pernah dibuat org jamu jeruk..)



 Budak2 ni kalau berjumpa memang happy la.. riuh rendah suara diaorang jer.. kawan2 baik2 yer.. macam auntie dan mak ayah korang kawan.. berbelas tahun dah..

Thanks Didi & Suami, Iwan dan isteri for coming..

Penutupnya open house Syawal adalah kat rumah BFF kitaorang Yatie di Kampung Baru last Sunday..
Kami bukan sekadar sahabat.. tapi dah macam sedara.. sahabat dunia akhirat.. sayang korang ketat2.. dari kiri, Ayu (wife Iwan), Didi, Yatie dan aku ler..

Suami2 yg sporting.. dari kiri, Man (husband Yatie), Iwan, Lan (husband Didi) and of course yg hensem tu my husband hahahha.. lol.

Ok, tu jer cerita Syawal tahun ni.. full dan meriah.. moga dipanjangkan umur dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan.. Maaf Zahir Batin sekali lagi sebagai penutup Syawal...

Thursday, August 14, 2014

Qaireen yang semakin Dewasa

Assalamualaikum.. kih kih kih.. tajuk tak boleh blah.. Qaireen ni makin hari makin macam2 kerenah.. dah makin matang.. boleh diharap. Assistant ibu kt rumah, dia la yang banyak tolong amikkan diapers Ammar, buang diapers.. dan banyak lagi la.. but bab tolong jaga Ammar dia tak boleh diharap sangat coz dia ni kasar sket.. dia sayang adik tapi kenkadang dia duduk ats si Ammar, tarik tangan la.. dan macam2 lagi aksi extreme yang boleh buat jantung ibu berdetak kencang dan suara ibu tetiba high picth!

Kalau bab posing serah kt dia.. ikut sape ntah.. 

 tengok la dia pose.. ni tak ajar tau.. sendiri nyer posing kikiki


 Kuat berangan.. feeling2 ala princess.. btw.. she is princess what.. namapun Puteri Qaireen Hafiyya.. hahahha.. kalau tgk citer Frozen, Barbie, or citer hindustan mula la amik kain ikat belakang.. menari.. lari sana sini.. berlakon.. hhahahaha.. kelakar tgk dioarang nyer imagination.. upss aku rasa aku dulu pun camt gak kot. Hahhaha kantoi!


Suka main playdoh.. suka tgk ABC kt youtube.. tapi lepas tu dia pandai buka upin ipin, hagemaru.. cara2 bentuk playdoh.. adoii memang kena pantau manjang. Hari2 minta belikan tab hahaha.. demand sungguh.. tapi jangan haraplah. Abah tak kan benarkan anak2 dia ada tab.. biarla org kata kedekut but kitaorang tk nak sogokkan anak2 dengan gadget sangat. Cukup la yang penting2 jer.. Main kat luar lagi bagus dari mengadap tab tu.. melompat, berlari,naik beskal, main masak2 lagi meransang motor2 saraf tu dari mengadap tab.. byk keburukan dari kebaikan.. (ibu2 lain jgn marah plk yer.. saya x kata korang salah kalau korang beri anak tab.. jangan ada yg sentap)

Hari2 minta nak gi skolah.. tiap hari dia belajar dari kakak dia.. dari english hinggalah ke subject lain. Memang kepoh kalau time kakak buat keje skolah. Alhamdulillah.. dah kenal nombor dan huruf.. senang sket nk masuk skolah tahun depan.. saraf2 dia dah berhubung hahahha... 

Ok, tu jer nk update.. kbai.. :)

Ammar 8 bulan..

Assalamualaikum.. 

Bulan ni genap la Ammar 8 bulan. Ya Allah.. serius rasa kejap sangat Ammar ni dah besar.. hish.. rindu zaman baby dia.. skang pun baby lagi. Tapi dah banyak kerenah, dan lasak... jenuh ibu kejar dia. 

Geram nak cium2 jer tengok muka dia ni hihihi

Skang dah laju merangkak.. dah mula meragas (kata org utara) atau memanjat.. nak panjat katil, nak panjat tangga, nak panjat sofa.. dah mula berdiri tapi masih pegang2 la.. dah boleh duduk.. Kira perkembangan Ammar ni agak cepat juga berbanding kakak2nya.. 


 Geram tgk peha dia.. berat dah 9kg.. wohooo lenguh ibu dukung.

 suka la dapat berdiri camtu. Tapi still kena jaga2 juga takut terlentang ke belakang.. 

 dah pandai nak join main ngan kakak2 dia.. org tgk kartun pun dia join tapi lebih kepada mengacau kakak hahahha.

 Anugerah Allah yang terindah... syukur Alhamdulillah...

First time pijak rumput.. heeheh.. suka dia.  Sib baik la laman rumah tu ada rumput sekangkang kera.. leh gak anak2 main kt situ tanpa was2.

Ammar masih fully breastfeeding, makan pun kuat gak. Alhamdulillah. Gigi dah nak tumbuh, siap la pas ni ibu kena geget! Saaangat manja.. asyik nak berdukung gak. Memang mencabar especially bila ibu ada keje or nak masak. Cam lipas kudung ibu masak. Pantang tgk ibu pakai tudung mesti nangis nak ikut, padahal ibu nak kuar gi sidai kain or buang sampah jer.. hehheehhe...

Moga Ammar dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.. ibu saaayang Ammar ketat2..

Aktiviti Qaleesya @ School

Assalamualaikum... masih mood beraya korang? hehehhe.. semalam tengok cikgu Qaleesya upload gambar aktiviti dioarang kat school di FB skolah.. so, ibu nak buat satu entry khas, sok2 Qaleesya dah besar ada kenangan masa skolah kan. Lagipun banyak sangat gambar yang ibu lum print.. penuh dalam pen drive.. entah bila la ibu nak gi print. Rasa mau penuh dua tiga album kalau sekali print. 

Ok, jom layan gambar.. :)
 
Experiment science kt skolah





  


Kelas Taekwondo tiap Jumaat pagi. Yang baju kuning tu bukan jurulatih Taekwondo, tapi Cikgu Nurul, guru kelas Qaleesya


 
 Lawatan sambil belajar ke Aquaria, Perpustakaan dan kilang coklat Beryl's

 
  


Alhamdulillah.. ibu tgk Qaleesya dah ada improvement.. takpe, ibu tak nak push Qaleesya teruk sangat dan tak nak compare Qaleesya dengan sape2..you are special in your own way. ibu syukur tengok perkembangan Qaleesya skang :) Doa ibu tak pernah putus untuk Qaleesya... 

Thursday, August 7, 2014

BFF datang beraya

Assalamualaikum...

Tahun ni xde buat makan2 kat rumah. So yg nak datang beraya tu roger2 dulu, at least boleh la prepare something heheh.. kalau main terjah jer, alamatnya makan biskut raya jelah :)

Last Sunday my BFF sejak zaman U datang beraya.. So aku prepare macaroni goreng sebelanga besar menyambut Lileen. Alhamdulillah.. habis macaroni tu. Thanks Lileen ngan family sudi datang beraya ke rumah.. sesungguhnya tetamu itu membawa rezeki :)

Moga ikatan ukhuwah kita berkekalan hingga akhir hayat.. 

 Kami bersama anak masing2.. meriah.. ni belum campur ngan Didi, Yatie dan Iwan.. lagilah havoc!

Best fren forever.. byk suka duka kami tempuh bersama.. :)

*Ingin dapatkan supplement Shaklee LIKE Humaira Beauty atau beli DISINI. Juga boleh hubungi 013-2986822 untuk sebarang pertanyaan.

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum.. 

Kelmarin beli sesikat pisang Berangan.. asalnya beli untuk Ammar makan. Tapi banyak sangat pulak, kang simpan lelama busuk gitu jer. So, pagi semalam dah buat cekodok pisang. Sepinggan besar.. ibu makan dua tiga ketul jer, yang lain Qaireen makan sampai licin. Suka betul dia ngan cekodok pisang, lepas ni boleh buat lagi. Dah tu fikir2 lagi, apa nak buat ngan pisang ni.. emmm buat Kek Pisang la... hehehhe... Maka terhasil la sebiji kek pisang gebu. Resepi ambil dari blog Izzah Daut, muffin lover tu... memang sedap kek pisang ni. Lembut dan gebu jer. Step nak buat pun simple sangat.. First time buat confirm jadi.


Kek Pisang Gebu

Bahan-bahan
 150 g pisang dilenyek
200 g tepung gandum
160 g gula kastor
3 biji telur
120 g minyak masak
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Caranya:
1. Pukul semua bahan sehingga adunan pekat.
2. Masukkan adunan ke dalam acuan 8". Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga masak.

Haa senangkan nak buat. So selamat mencuba ye korang.. :)

*Ingin mendapatkan supplement Shaklee LIKE Humaira Beauty atau beli DISINI. Boleh juga SMS/WA 013-2986822 untuk sebarang pertanyaan :)



Cerita Aidilfitri 2014

Assalamualaikum.. 

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. Maafkan segala kesalahan, tersilap kata sepanjang berblogging  ni..Sesungguhnya aku hanya insan biasa. 

So, tahun ni giliran raya kat Johor umah mertua. Aku ni tak kisah, raya kt Johor ke, raya kat Langkawi ke.. dua2 pun mak ayah juga.. so tetap rasa kemeriahannya. Cuma this year sedih sket coz terkenangkan mak ayah diLangkawi beraya tiga beranak jer.. Mak, Ayah dan Adik aku.. semua anak2 yang lain beraya di rumah mertua. Kakak aku beraya di Terengganu, Abang Din beraya di Kelantan, Abang G beraya di Penang.. aku pulak kat Johor.. ni la nasib bila anak2 sume kawin ngan org luar dari Langkawi... so malam raya dan pagi raya memang air mata laju jer turun sob sob sob...

Kami balik ke Johor hari Sabtu tu, alhamdulillah jalan tak jem even gerak lewat gak. Sampai sana.. tolong ibu kemas apa yang patut then gi terjah bazaar ramadhan kat Taman Dahlia. Motif utama nak cari air katira. syukur gak dapat air katira.. kami borong banyak gak.. hihihi.. pelahap tul.  Bukan boleh dapat selalu kan, tunggu bulan posa baru merasa. Last merasa air katira masa aku pregnantkan Qaleesya.. yes.. sebelum melahirkan Qaleesya sebenarnya hikhik.. gi cari air katira sampai pecah ketuban. Amik kooo!!!

Pagi raya ibu mertua masak lontong (makanan wajib beraya di Johor), ada rendang ayam dan lemang. Lepas solat raya kami anak beranak sesi bergambar sket.. tapi alahai.. macam2 gaya la bila nak amik gambar ngan anak2 kecik ni. Ditambah plk ngan kamera hp yang cap Ayam ni.. ada gambar blur gitu hak hak hak..  Memang bikin tensen juga.. payah sungguh anak2 nak cooperate. Maka terhasil la gambar ntah apa2.. tapi ibu tepek gak kt sini so bila korang besar ye anak2 boleh tgk perangai korang time kecik bila bergambar raya.. so kalau anak2 korang nanti buat hal yg sama.. jangan nak hangin hahhaha...


 Anak dara saya di pagi raya... :)
 
 Dengan abang Danial.. cousin diaorang.

 Harta dunia akhirat


 Alhamdulillah.. tahun ni raya berlima.. terima kasih Allah atas pemberian ini.. tahun ni ada geng berbaju melayu ngan abah..


 

 Amboi tengok apa tu Ammar sampai tenganga.. masuk lalat kang.

 harus la banyak gambar ngan my one and only hero.. raya pertama Ammar Hadif
 

 ni hero in my heart.. selamanya centa hatiku..






 Moga kebahagiaan ini kekal ke akhir hayat.. amin.




  
 Raja kedua, beraya ke rumah sedara sekitar JB





 Raya ketiga beraya ke Tanjong Laboh dan Muar.. lepas tu terus gerak balik Klang.. Alhamdulillah.. meriah sungguh raya tahun ni.. berkonvoi beraya. Banyak pengalaman dan ilmu dikutip sepanjang perjalanan.. dan paling best tengok pokok rambutan lebat berbuah sepanjang jalan.. bikin aku histeria dalam kereta.. hahahha... geram tgk buah rambutan tu weiii... 

Ok, tu jer citer raya kami.. InsyaAllah minggu ni beraya sekitar KL dan Shah Alam plk.. :)