penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, August 14, 2014

Ammar 8 bulan..

Assalamualaikum.. 

Bulan ni genap la Ammar 8 bulan. Ya Allah.. serius rasa kejap sangat Ammar ni dah besar.. hish.. rindu zaman baby dia.. skang pun baby lagi. Tapi dah banyak kerenah, dan lasak... jenuh ibu kejar dia. 

Geram nak cium2 jer tengok muka dia ni hihihi

Skang dah laju merangkak.. dah mula meragas (kata org utara) atau memanjat.. nak panjat katil, nak panjat tangga, nak panjat sofa.. dah mula berdiri tapi masih pegang2 la.. dah boleh duduk.. Kira perkembangan Ammar ni agak cepat juga berbanding kakak2nya.. 


 Geram tgk peha dia.. berat dah 9kg.. wohooo lenguh ibu dukung.

 suka la dapat berdiri camtu. Tapi still kena jaga2 juga takut terlentang ke belakang.. 

 dah pandai nak join main ngan kakak2 dia.. org tgk kartun pun dia join tapi lebih kepada mengacau kakak hahahha.

 Anugerah Allah yang terindah... syukur Alhamdulillah...

First time pijak rumput.. heeheh.. suka dia.  Sib baik la laman rumah tu ada rumput sekangkang kera.. leh gak anak2 main kt situ tanpa was2.

Ammar masih fully breastfeeding, makan pun kuat gak. Alhamdulillah. Gigi dah nak tumbuh, siap la pas ni ibu kena geget! Saaangat manja.. asyik nak berdukung gak. Memang mencabar especially bila ibu ada keje or nak masak. Cam lipas kudung ibu masak. Pantang tgk ibu pakai tudung mesti nangis nak ikut, padahal ibu nak kuar gi sidai kain or buang sampah jer.. hehheehhe...

Moga Ammar dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.. ibu saaayang Ammar ketat2..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)