penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, August 26, 2014

Cerita ceriti raya

Assalamualaikum..

Syawal dah hampir ke penghujungnya.. Tahun ni agenda raya penuh setiap minggu. Alhamdulillah.. rezeki syawal, ada jer jemputan ke open house. Dan rezeki aku juga, ada je tetamu datang beraya ke rumah.. syukur dan gembira bila ada yang sudi datang beraya ke teratak hamba ni. Bukankah tetamu itu pembawa rezeki :)

16/8 ari tu family sebelah hubby buat gathering mega raya.. tu pun ada yang tak dapat hadirkan diri termasuklah my parents in law yang terpaksa ke kursus haji, my sis in law yang follow husband dia travel. so dari family Haji Idris, cuma kami jelah sebagai wakil. Pepagi sebelum ke majlis yang berlangsung di rumah bapa sedara hubby kt PJ tu, kami ke Teluk Pulai dulu amik cheesetart yang aku order dari kawan skolah aku. Tak sedap plk kan nak gi tangan kosong jer.. Main menu kt majlis adalah nasi arab, kambing golek dan ayam bakar.. tapi sedara2 lain ada gak bawa serba sedikit kuih dan prepare menu lain.. ala2 potluck juga ler.. 

Kami sampai dah hampir kul 1.. ramai gak dah yang ada.. best wooo... meriah sungguh.. meriah dengan orang dan makanan.. cheesetart jer ada 3 orang bawa termasuk aku.. ada kuih raya pelbagai jenis (ada yg tak sempat nak rasa coz perut dah full), ada kek coklat homemade dan dari SR.. ada meehun goreng, nasi lemak, buah2 tempatan, muffin, pasta, koleh kacang, salad etc.. perh.. tgk makanan jer dah kenyang, lum makan lagi.. nak pulak semenjak dua menjak ni perut aku kecik plk kan.. hahahah perasan sangat.

 selfie dulu.. hik hik hik..





Aku tak snap banyak gambar.. I is malu ngan pakcik makcik ler.. heheh... memang ramai dengan sedara mara, sepupu sepapat, cucu cicit.. happening dan best! Aktiviti kami, makan, makan, makan, cerita2.. bergambar.. tapi gambar ramai2 xde dlm phone aku.

Lepas dari sini gi kerumah kakak aku plk kt Sunway.. situ ada Kuew Teow sup, spagetti, kuih2 raya plk..  settle umah kakak aku.. malamnyer ke Meru lagi.. officemate hubby plk jemput.. hmm situ pun ada macam2.. nasi dagang, lemang, laksa, rendang, cocktail.. sate.. pergh.. sendat perut. Memang ari tu gantung kuali.. Alhamdulillah rezeki.. :)

Then minggu lepas, en hubby gi outstation.. so tinggallah kami empat beranak jer. Kawan2 dah roger nak datang beraya. Minta izin hubby dia kata ok coz sume yg nk datang tu pun kawan baik kami juga. Cuma dia sangsi boleh ke aku nak prepare food ngan anak2 ni sume.. InsyaAllah.. boleh! Hari Jumaat lepas, kawan masa skolah menengah datang beraya.. aku prepare Macaroni Goreng, Samosa sebagai juadah..



Hari Sabtu my BFF masa belajar kt UiTM plk datang beraya.. This time masak Spagetti Bolognese, Bakar Kek Minyak, Kuih Raya dan jeruk betik.. hahhaa.. (x pernah dibuat org jamu jeruk..)



 Budak2 ni kalau berjumpa memang happy la.. riuh rendah suara diaorang jer.. kawan2 baik2 yer.. macam auntie dan mak ayah korang kawan.. berbelas tahun dah..

Thanks Didi & Suami, Iwan dan isteri for coming..

Penutupnya open house Syawal adalah kat rumah BFF kitaorang Yatie di Kampung Baru last Sunday..
Kami bukan sekadar sahabat.. tapi dah macam sedara.. sahabat dunia akhirat.. sayang korang ketat2.. dari kiri, Ayu (wife Iwan), Didi, Yatie dan aku ler..

Suami2 yg sporting.. dari kiri, Man (husband Yatie), Iwan, Lan (husband Didi) and of course yg hensem tu my husband hahahha.. lol.

Ok, tu jer cerita Syawal tahun ni.. full dan meriah.. moga dipanjangkan umur dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan.. Maaf Zahir Batin sekali lagi sebagai penutup Syawal...

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)