penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, August 7, 2014

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum.. 

Kelmarin beli sesikat pisang Berangan.. asalnya beli untuk Ammar makan. Tapi banyak sangat pulak, kang simpan lelama busuk gitu jer. So, pagi semalam dah buat cekodok pisang. Sepinggan besar.. ibu makan dua tiga ketul jer, yang lain Qaireen makan sampai licin. Suka betul dia ngan cekodok pisang, lepas ni boleh buat lagi. Dah tu fikir2 lagi, apa nak buat ngan pisang ni.. emmm buat Kek Pisang la... hehehhe... Maka terhasil la sebiji kek pisang gebu. Resepi ambil dari blog Izzah Daut, muffin lover tu... memang sedap kek pisang ni. Lembut dan gebu jer. Step nak buat pun simple sangat.. First time buat confirm jadi.


Kek Pisang Gebu

Bahan-bahan
 150 g pisang dilenyek
200 g tepung gandum
160 g gula kastor
3 biji telur
120 g minyak masak
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Caranya:
1. Pukul semua bahan sehingga adunan pekat.
2. Masukkan adunan ke dalam acuan 8". Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga masak.

Haa senangkan nak buat. So selamat mencuba ye korang.. :)

*Ingin mendapatkan supplement Shaklee LIKE Humaira Beauty atau beli DISINI. Boleh juga SMS/WA 013-2986822 untuk sebarang pertanyaan :)



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)