penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, August 6, 2014

Segalanya Demi Ammar Hadif

Assalamualaikum.. 

Ammar dah 7 bulan.. Alhamdulillah.. dah besar anak ibu. Kerenah pun dah macam2. Skang suka jerit.. kalau nampak kita lalu tak angkat dia nangis sedih sampai teresak2.. hok alohhhh dalam ati ada taman gitu hahaha.. kalau dok car seat tu, memang dah gerak nk duduk jer.. tak nak baring lagi. Cam dah kuat jer. Dah boleh merangkak.. duduk senget2 lagi tapi jangan tak tau dah nak berdiri.. segala katil, tangga, sofa sume dia nak panjat.. kenkadang terlepas pandang, terlentang.. but alhamdulillah.. Allah lindungi dia.. malaikat jaga yer nak.. Ibu plk, nak mandi pun memang laju2 jer.. kenkadang nak ke toilet pun fikir banyak kali, tahan2.. risau kan dia. Pintu bilik jangan harap leh buka ternganga.. laju je nak ke tangga. Lepas ni kena pasang balik pagar dalam store tu. 

suka la dapat buat camni

Ni plk nak panjat katil.. emmm anak lelaki memang lasak yer. Sebab tu ibu makin kurus even makan banyak.

Alhamdulillah.. dah 7 bulan aku menyusukan Ammar dengan susu badan. Syukur Allah murahkan rezeki Ammar. Setakat ni susu maintain coz Ammar memang kuat menyusu even dah makan solid food. Tapi aku pun selain dari doa, kerap bagi breastfeeding tetap amik supplement juga untuk banyakkan air susu. Memang dah amalkan supplement ni dari zaman Qaireen lagi. Syukur Qaireen dapat menyusu hingga 2 tahun 3 bulan.

 Yezza.. inilah supplement yg ku amalkan untuk membantu banyakkan susu dan pekatkan susu badan.  Banyak sangat membantu dua benda ni. ESP dan Alfalfa tu boleh guna up to sebulan setengah. Selain tu, ESP tu boleh serikan wajah juga hik hik hik...

Bila dah menyusu, opcoz la asyik lapar jer.. haish memang xde diet2 la.. makan nasi hari2.. dah tu asyik nak mengunyah jer. So, ni alternatif untuk aku maintain berat badan.. Set kurus untuk ibu menyusu.. Lecithin untuk pecah lemak, Alfalfa selain dari milkbooster ia juga bantu buang lemak dan cuci usus. Barulah segala nutrisi dari supplement yang kita makan dapat diserap secara optimum. ESP tu pulak selain dari buat susu badan lebih creamy, juga beri rasa kenyang yang lama dan beri tenaga segera. Haaa tu lah rahsia cek kekal cergas... Kalau nak kurus tanpa effect susu badan.. ni lah pilihan terbaik.  Aku pun dah jadi ahli Shaklee ni.. lagi berbaloi harganya bila beli ngan harga ahli. Jimat banyak ooo... so, korang kalau nak beli supplement Shaklee boleh SMS/WA aku yer kt 013-2986822. Boleh gak LIKE page aku kat Humaira Beauty. Atau boleh jengok blog aku untuk further details supplement yang korang nak di SINI. Nak tanya apapun pasal supplement Shaklee boleh SMS/WA aku yer.. aku bagi harga best punya. 

So, demi Ammar Hadif ibu/abah tak kisah spend duit untuk pastikan bekalan susu Ammar mencukupi. Ibu cuma mohon Allah murahkan rezeki Ammar dan mudahkan perjalanan ibu menyusukan Ammar hingga 2 tahun or lebih lagi selagi Ammar nak. Moga tiap titis air susu memberi keberkatan buat Ammar membesar menjadi anak yang sihat, cerdik dan berakhlak mulia. Aminnnn....

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)