penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, September 23, 2014

Masakan Ringkas tapi Sedap.

Assalamualaikum..

Selsema masih bersisa.. kejap ok, kejap sakit dari hidup kepala muka semua.. Baby Ammar pulak demam on off, nak pandai sesuatu la tu.. usia dah nak masuk 9 bulan ni baru first time dia kena demam.  Kul 11.30 pagi tadi hubby call tanya nak beli lauk ke for lunch. Aku ckp tak payah la..masak ringkas2 jer.. janji air tangan isteri. Sok, kalau dah tak boleh angkat kaki tangan takpe lah nak beli pun. So, menu ringkas untuk lunch hari ni hanyalah Beef Lasagna. 


Alhamdulillah, anak makan bertambah-tambah especially Qaleesya. Memang favourite dia ni. 

Lepas lunch terus ambil ni
*
*
*
Nutriferon.. untuk boost sistem imun dalam badan ni bagi bergerak aktif melawan jangkitan. Ni pun dah sachet terakhir.. hubby kata hujung minggu kita gi Shaklee beli lagi. Setakat ni aku cuba elakkan ambil ubat selsema. Cuba beralih ke yang natural. Tapi yang semulajadi ni akan ambil masa sket nak sembuh coz ia bukanlah dadah.. Walau selsema, keje tetap jalan.. jangan diikutkan sangat sakit ni, kang makin malas jadinya.. Aku pastikan minum banyak air.. InsyaAllah, nanti sembuhlah tu.. 

Alhamdulillah.. sesekali Allah bagi sakit untuk kita lebih menghargai nikmatnya sihat. 

^___^

*nak tau khasiat Nutriferon dengan lebih lanjut boleh lawat HUMAIRA BEAUTY atau boleh contact 013-2986822.

Berangan Tak Salah! Rumah impian ku..

Assalamualaikum..

Amboi, malam ni rajin pulak nak mengupdate blog. Takpe la.. sambil lipat kain, sambil update blog, kang kain ni tak siap gak lipatnya.. kikikiki

Hubby kata, kalau dah tua nanti tak nak dok sini.. Nak balik dok kampung, tak kisah la Johor atau Langkawi. So, semalam Pn Liza pun wish kat hubby, kalau kita balik buat rumah kat kampung nanti. Taknak rumah besar-besar.. Si isteri ni berangan nak rumah cam fasa Fuego kat Bandar Bukit Raja ni jer. Hai.. memang berkenan sangat ngan rumah tu.. Dua tingkat.. tapi nak 5 bilik.. amacam boleh buat ke suamiku?? ngeh ngeh ngeh..

Ni lah rumah impian ku.

Pandangan depan rumah.


ruang tamu

Ruang makan..Nampak tu dapur kering dan dapur basar dihujung sana...

dapur.. berangan nak ada island cam ni.. 

bilik ditingkat bawah

ruang keluarga di tingkat atas.. suka rumah ni sebab siling tinggi dan dari ruang keluarga tingkat atas ni kita boleh ushar orang di tingkat bawah.. 

Master bedroom


bilik lain ditingkat atas.. 

Berangan tak salah kan.. so, keep on berangan.. biar minda bawah sedar bekerja.. insyaAllah, one day dapat rumah impian ni.. :)

Monday, September 22, 2014

Rumah Berkilat ngan Basic H

Assalamualaikum.

Hari ni suka hati sangat.. tengahari tadi masak nasi lemak, sambal sotong, telur goreng. Simple but sedap.. (kasi can la puji diri sendiri.. hahhaha). Lepas menumis, harus lah kesan minyak terpercik sana sini.. pastu kenalah Pn. Liza mengelap dan mengemop segala counter top dan lantai dapur. Sekali alahai.. pencuci Serai Wangi dah habis. Apa taknya hari2 guna.. baru teringat ari tu ada beli multipurpose cleaner keluaran Shaklee..

Ni haa produknya.. RM46 jer, sebotol ni 473ml/16oz. Nampak jer botol kecik, tapi power tau. Sebotol ni boleh hasilkan 48 gelen pembersih jika dicampur ngan air.. ko hada? So, campur la Basic H ni setitik dua dalam air..kira separuh gayung gitu.. then aku pun lap la segala counter top, dapur dan dinding dapur tu.. omak aiii hasilnya sungguh menakjubkan... bling bling mata cek tau..


Taraaaa!!! Berkilat dak dapur cek?? boleh wat cermin muka kot tak cukup cermin kt rumah. 

Pastu, aku pun add lagi empat lima titik dalam separuh baldi air.. buat mop satu rumah.. 

Tudia, berkilat lantai dapuq cek.. serius puas ati la guna Basic H ni.. memang jimat sesangat. Bukan jer boleh guna untuk cuci lantai, counter top dan dapur malah boleh guna untuk lap perabot kayu, peralatan dapur, cermin dan banyak lagi. Tapi korang jangan pulak gi masukkan dalam tangki isi air cuci cermin keta or cuci akuarium.. yang ni tak boleh no... 

Oklah, tak mau cakap banyak. Kalau korang rasa nak order Basic H ni kasi umah korang pun berkilat juga, just sms/wa aku ler.. 013-2986822. Paling penting Basic H ni bebas toksik, bebas bahan kimia berbahaya dan selamat serta semulajadi. Gunakan tanpa was-was.

Ada Mix Cina ke?

Assalamualaikum... 

Skang ni bila bawa Ammar ke mana-mana mesti ada yang tanya "eh ada mix cina ke? muka dia macam cina la". Sampai kan tiap kali gi Klinik Lee kat area rumah tu, jumpa doktor jer mesti soklan pertama yang akan kuar dari mulut doktor tu "muka macam cina la.. ada mix cina ke?" Haiyaaa.. setiap kali without failed tau.. hahahhaha... memang kami dah prepare jawapan yang sama gak.. sampai dah naik jemu kasi jawapan yang sama. Kang jawab yer.. menipu pulak.. hubby aku la rajin jawab.. "eh tak la doktor.. ibu dia ni ada campur siam sket.. sebab tu muka macam tu kot." Dan doktor akan ubah statement dia "ya lah.. memang ada nampak cam Siamese sket". Pulok dah...

  kalau tengok muka ni, yalah awak ni memang chinese look la Ammar..

muka cebik2 ni..

Tapi ibu rasa, sebab mata awak sepet la awak nampak seperti anak cina. Jika muka chinese look ni berterusan hingga besar, bersedialah menjawab soklan ni lagi dan lagi hehehe..macam ibu. Soklan femes yang ibu kena jawab dari kecik hingga skang adalah.. "eh nama ada KU .. keturunan raja ke?", "eh..orang Langkawi, keturunan Mahsuri ke?" So prepare jelah ye Ammar.. kenkadang soklan ni membuatkan kita berbeza :)

Wednesday, September 17, 2014

JJCM - Captain Steamboat and Grill

Assalamualaikum..

Aku memang suka grill ni.. sementelah Ahad lepas my sis share gambar dia gi dinner kat tempat ni, maka hati melompat2 nak gi jugek.. pantang nampak tempat makan best sure nak try. 

Semalam hari Malaysia.. siang tak kemana dok umah layan anak2 jer.. lunch my hubby masak Fettucini Alfredo.. alhamdulillah.. mekasih sayang.. aku pulak, teringin nak makan Potato Fritters.. so, buat gak.. tu lunch kami.  Malamnyer terjah Captain Steamboat ni.. tapi bagi yg nak makan kt sini hari cuti, better korang call wat reservation dulu.. if not, gigit jari jelah. Memang full house uolls.. tu pun ada yang datang kena beratur tunggu turn.. kesian.

Haa tudia, pada yang nak makan kat sini boleh call dulu wat tempahan yer. Harga sangat berbaloi dengan makanan. Ada udang, ayam, daging, kambing yang diperap. Ada sotong, kerang, lala, macam2 fishball, meat ball, crab ball.. ada eksrem, bubur kacang doroyan, sup tulang, nasi lemak, air pulak ada sirap, sarsi, soya, minuman panas teh dan kopi dan banyak lagi la. Pada aku, memang berbaloi ngan harga malah rasanya murah gak la ni.

Oh ya, juga disediakan tempat permainan utk kanak2.. indoor uolls.. so, ibu ayah leh makan dengan selesa..

Ini permulaan.. ngeh ngeh..

Nasi lemak untuk si ibu yang tekak melayu ni.. liza dan nasi tak dapat dipisahkan hehehhe

Abah tukang masak dan tukang amik food.. ibu sibuk suap Ammar makan..kasi dia kenyang dulu baru ibu leh makan.. mak selalu fikir anak dulu kan...

Punyalah ramai orang malam ni.. jenuh beratur nak amik makanan.

Kat belakang tu tempat mainan budak2.. Qaleesya nampak mainan jer terus tak nak makan. Dari mula sampai hingga nak balik.. main jer.. dia just minum air saja.

Penuh dalam tu.

Qaireen gak yang makan hingga kenyang.. good adik.. :)

Hampir dua jam kat sini, kami pun balik. Bagi orang lain pula nak makan.. Ammar pun dah mengaruk coz ngantuk. So far, memang puas hati sangat.. pada yang nak gi kalau dari Setia Alam/Bandar Bukit Raja terus hingga jumpa traffic light simpat 4 meru tu, belok kiri.. terus lagi hingga jumpa traffic light. Terus lagi hingga nampak Captain Steamboat sebelah kanan.. dari jauh pun dah nampak kereta berderet parking tepi jalan.. 

Selamat menjamu selera yer :)


Kek Sunquick! Semudah ABC..

Assalamualaikum..

Anak2 ku ini memang suka makan kek.. cam ibu dia gak.. sib baik la korang dapat ibu yang rajin buat kek.. ececeh.. puji diri sendiri nampaknyer.. hahhaha..

By the way, nak share ngan korang cara buat kek yang super simple ni.. memang senang yang amat.. sekejapan dah siap kot..

 Kek nya tergelap sket coz cek sibuk buat keja kt atas terlupa bakaq kek.. huhu.. but the taste, yummeh! Haa nak tau kenalah try kan..

Kek Sunquick

Bahan Blend:
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1/2 cawan pati Sunquick

Bahan ayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder

Cara:
Campur bahan blend dengan bahan ayak, guna kaedah kaup balik jer. Griskan loyang dan letak baking paper, bakar pada suhu 160c selama satu jam. Ikut oven masing2 lah yer..

Senang kan? kalau senang cer try.. Sedap.. :)

Tuesday, September 16, 2014

JJCM - Abah Beriani House

Assalamualaikum..

Aku memang suka balik Johor coz seronok makan makanan Johor.. sib baik kawin orang Johor kan.. hik hik hik.. so, hujung bulan lepas balik Johor hantar ibu dan ayah mertua gi haji. Ambil kesempatan cari restoran nasi beriani yang sedap.. dah ler malam sebelum ibu ayah gi tu, dah makan kat KT Place di Adda Height.. pekena steamboat grill kat situ.. pergh layan.. memang recomend la tempat ni. Even restorannya biasa2 jer.. tapi makanan masyuk la.. 

But now nak review pasal nasi beriani wokay. Google punya google jumpa satu tempat makan ni, ramai blogger rekomen tempat ni. So malam tu kami anak beranak terjah Abah Beriani House kat Bandar Baru Uda. 


Interior dalam restoran.. lukisan ni menarik pandangan.

Hubby order nasi beriani gam kambing, aku beriani gam daging..anak2 pulak beriani ayam.. nasi dia memang marvelous.. sangat2 sedap! Terasa rempah2 dia semua.. thumbs up la! serve dengan acar timun nenas dan kuah dalca. Paling best, kat sini ada cheesetart.. tu.. korang nampak tak tu.. gemuk2 cheese tart dia.. cheese melimpah ruah.. sedap uolls... dua bekas i sapu.. satu bekas bulat tu RM6.50/12 pcs.. memang murah la.. nak beli yang 40 pcs.. tapi kena tempah la pulak.. 40pcs/RM24. Murahkan? Rasanya memang sedap. Sure balik Johor mesti tempah lagi cheese tart ni. Tak pun mesti gi borong... sampai balik sini pun teringat2 lagi kelazatan cheese tart Abah Beriani House ni. Harga pun not bad la.. Beriani gam daging ni RM10 rasanya.. ingat2 lupa dah.. tulah peram lama sangat baru nak buat review..but don't worry, it's affordable.

see! licin we olls makan.. nyum nyum...

Dak comel ni jadi pemerhati jer.. kikikiki.. awak lum boleh makan ye sayang.. 

So, kalau gi Johor.. must try nasi beriani dan cheese tart kat Abah Beriani House ni..memang marvelous!

Wednesday, September 10, 2014

Ammar dah Melasak!

Assalamualaikum..

Betul la orang kata, jaga anak lelaki tak sama ngan anak perempuan. Sekarang baru ibu tau.. Ammar memang anak lelaki ibu yang lasak dan tough! Kuruih ibu dibuatnya.. mengejar kamu sana sini anak oiii. hahaha.. 

Perkembangan Ammar skang, dah tumbuh gigi 4 batang. Sekaligus tau.. atas dua batang, bawah dua batang.

nampak sket gigi dia kan.. geram tgk gambar ni.. dia ni memang sedap digomol.. ibu suka gigit pipi dia.

Pantang nampak pintu bilik or pintu depan terbuka.. meluru laju je nak kuar. Dah pandai panjat tangga.. dua anak tangga dah naik. Seriau oooo.. bila la abah nak pasang pagar ni kan.. hmmmm... suka sepah baju dalam almari.. pantang tinggal mesti tuju almari.


suka tarik majalah ibu.. 

Gotcha!! Port paling dia suka.. "mengemas"

Skang ibu nak mandi pun susah.. bila masuk bilik air jer dia akan tunggu depan pintu dengan tangisan dan ketuk pintu bilik air dari ibu masuk sampai la ibu kuar. Bila nak masak kena letak dia kat dapur. Kasi duduk atas baby chair,so dia akan diam buat sementara waktu. Agak2 dah jemu, dia akan mengaruk sampai ibu angkat dia.. Bila ibu buat keje2 bisnes ibu, dia lah peneman setia.. tak tido atas riba.. mesti kat sebelah.. macam ni...

Pastu mulut dia riuh jer..

Kakak2 buat keje skolah pun dia nak join gak, even baca buku terbalik hahahha.. dia memang nak get involve dalam banyak perkara :)

Bila ibu nak sidai kain terpaksa kunci grill tinggal dia ngan kakak Qaireen.. dia akan tunggu kat grill mcm ni sampai ibu sudah sidai kain.

tak pun letak dalam walker.. suka la dapat dok kat luar.. heehehhe...

 suka diurut badan selepas mandi.. amboiiii bontot besor nyer.. hahahha

Apapun dia adalah my little boy ibu.. manja sangat.. skang dah pandai jeles.. kalau kakak qaireen dok kat ibu mesti dia tolak.. tak pun tarik rambut.. tak padan ngan lapan bulan.. 



Encem boy ibu ni memang buat hati ibu cair.. dah kurus sket kot lasak sangat.. tak berhenti.. nanti dah dapat kaki lagi la tak terkejar ibu.. moga Ammar terus sihat dan berada dibawah lindungan Allah S.W.T.. Tuhan.. jaganya untukku..my arjuna beta... ibu tujukan lagu ni untuk Ammar..

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
 ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Happy 5th Birthday Qaleesya!

Assalamualaikum.. 
Tanggal 31/8 aritu genaplah anak sulungku Puteri Qaleesya Humaira 5 tahun.. jap je dah besar anak ibu. Birthday girl punya wish.. nak celebrate birthday dengan kawan2 disekolah. Orait.. ibu ikutkan saja.. Uppss ada lagi, nak Choc cake Frozen.. hmmm... no problem.. uppsss nak kek yang ibu buat.. beli takmo! Hamboihhh dia punya wish, banyak le pulak.. baru ibu berangan nak order jer. Skali nak yg ibu buat.. so, anak punya pasal.. ibu yg tak pro bab baking sangat ni, buat la semampu mungkin.. demi anak tersayang. Sanggup ke nak hampakan permintaan si anak on her birthday pulak tu.. no no no.. 

Sejak dari tu, jenuh ibu ngadap Youtube cara nak letak Edible Image kt Chocolate Ganache.. biasa buat pakai fresh cream jer.. now she want topping choc ganache maa... google gambar Elsa dan Anna yang agak2 cun, email kt orang yg print Edible Image.. beli acuan kek yg besar sket.. yg ada kt umah  comel2 jer.. huhu.. prepare goodie bags utk kengkawan Qaleesya.. so, seminggu sebelum tu memang bz ngan benda ni. Dok memikior gak, camne nak relatekan choc ganache ngan Frozen???? Hai la anak...

So, dek kerana besdaynya jatuh ari cuti.. maka kami plan buat awal which is on 29 August tu.. dah contact cikgu, cikgu kata ok boleh datang kul 10 pagi masa tu diaorang rehat pagi. Abah pun amik cuti ari tu.. ini pertama kali sambut besday Qaleesya kt skolah.. sebelum ni wat kecik2 utk kami kt rumah jer.. kalau boleh ibu nak Qaleesya puas ati.  Hari Khamis tu, sebelah pagi ibu bakar kek.. dua adunan ibu buat coz acuan besar sket.. rasanya 2kg gak berat kek tu, maklumla choc moist cake kan.. Lepas solat zohor, ibu mulakan project buat chocolate ganache.. siap, biar sejuk sket baru tuang atas kek.. dah salut topping cantik.. masuk peti ais dulu.. then double boil white choc lak untuk disapu dibelakang edible image Frozen tu.. so that, bila letak dia cantik jer.. tak kedut2. Dapat tips dari blog kak Zu semanis gula.. (maklumla tak pro kan.. terpaksa la cari ilmu dari pembacaan dan youtube.. tima kasih pada yg sudi share)

Memang mencabar nak siapkan kek ni. Bukan apa.. si kecik Ammar kuat meragam semenjak nak tumbuh gigi.. drama air mata saja.. siap peluk kaki ibu lagi.. sabar jelah.. cuba siapkan kek dengan halwa telinga dari tangisan Si Ammar.. dalam hati zikir banyak2.. sabar.. sabar.. jgn hilang fokus.. penat sebab buat keje nak cepat pastu berlari dukung Ammar.. susukan dia.. dodoikan jap.. dah siap lekatkan Edible Image.. prepare buttercream plk nak hias.. then panggang badam hancur juga utk hias.. parut white choc kenkonon utk salji ler.. hahahha... idea, idea.. 

Dan bila siap, Qaleesya melompat gembira bila tengok kek sambil cakap "Waaa ibu pandai la.. emmm.. wangi la.. cantik kek Frozen.. kakak nak tunjuk kat kawan2.. pandai ibu kakak buat.. sedap... tima kasih ibu.. kakak sayang ibu.." Ya Allah..semua penat macam hilang.. disentap keluar dari badan.. camtu la rasanya bila tgk orang yg kita sayang happy dengan hasil keje kita walau tak secantik macam bakers yg pro buat.. ibu senyum sampai ke telinga.. hati berbunga2.. :)

 Ini hasil air tangan ibu untuk Qaleesya.. ibu puas hati sangat dapat tunaikan hasrat Qaleesya..

Goodie bags untuk kawan2 Qaleesya.. sape yg follow blog ibu pasti perasan yg plastic bag pink ni dah digunakan utk besday Qaireen 1 year old, masa celebrate besday Qaireen 2 tahun guna yg ni gak.. bukan apa.. banyak gila balance plastik ni.. so takkan nak buang.. guna jelah.. membazir itu sedara Syaitonn..

Esoknya Jumaat, 29 Ogos tu kul 10 pagi kami smapai skolah Qaleesya..dia ngah latihan Taekwondo berlari dapatkan ibu.. mana kek kakak ibu.. tu soklan dia.. nampak sangat tk sabar nak tunjuk kt kawan2.. hahha.. bebudak kan. Teruja lebih.

Ok jom layan gambar :)

 adik menyibuk disitu

muka debar jer.. dah dup dap dup dap kot nak potong kek.. 

masa ni semua ngah nyanyikan lagu happy birthday untuk Qaleesya

 Cikgu Nurul, cikgu kelas Qaleesya tolong dia potong kek :)

ours :)







Memang happy sangat tengok anak2 ni makan kek.. bertambah-tambah.. habis sebiji kek.. Alhamdulillah.. :)

 Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dr tgk dia tersenyum happy. Sampai skang ni dia still ucap thank you kat ibu coz buatkan kek Frozen utk dia. mesti cakap "ibu.. tima kasih yer.. saayang ibu.. ibu buat kek Frozen utk kakak.. " I'll do anything for you my dear..


 sesi bagi goodie bag :)




 Lepas habis majlis birthday ni, ada sambutan Kemerdekaan plk.. so ibu ngan abah tunggu jap kasi habis pastu terus bawa Qaleesya balik. Done for that day.. birthday girl balik tersenyum happy.. kami pun senang hati :)