penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, September 10, 2014

Ammar dah Melasak!

Assalamualaikum..

Betul la orang kata, jaga anak lelaki tak sama ngan anak perempuan. Sekarang baru ibu tau.. Ammar memang anak lelaki ibu yang lasak dan tough! Kuruih ibu dibuatnya.. mengejar kamu sana sini anak oiii. hahaha.. 

Perkembangan Ammar skang, dah tumbuh gigi 4 batang. Sekaligus tau.. atas dua batang, bawah dua batang.

nampak sket gigi dia kan.. geram tgk gambar ni.. dia ni memang sedap digomol.. ibu suka gigit pipi dia.

Pantang nampak pintu bilik or pintu depan terbuka.. meluru laju je nak kuar. Dah pandai panjat tangga.. dua anak tangga dah naik. Seriau oooo.. bila la abah nak pasang pagar ni kan.. hmmmm... suka sepah baju dalam almari.. pantang tinggal mesti tuju almari.


suka tarik majalah ibu.. 

Gotcha!! Port paling dia suka.. "mengemas"

Skang ibu nak mandi pun susah.. bila masuk bilik air jer dia akan tunggu depan pintu dengan tangisan dan ketuk pintu bilik air dari ibu masuk sampai la ibu kuar. Bila nak masak kena letak dia kat dapur. Kasi duduk atas baby chair,so dia akan diam buat sementara waktu. Agak2 dah jemu, dia akan mengaruk sampai ibu angkat dia.. Bila ibu buat keje2 bisnes ibu, dia lah peneman setia.. tak tido atas riba.. mesti kat sebelah.. macam ni...

Pastu mulut dia riuh jer..

Kakak2 buat keje skolah pun dia nak join gak, even baca buku terbalik hahahha.. dia memang nak get involve dalam banyak perkara :)

Bila ibu nak sidai kain terpaksa kunci grill tinggal dia ngan kakak Qaireen.. dia akan tunggu kat grill mcm ni sampai ibu sudah sidai kain.

tak pun letak dalam walker.. suka la dapat dok kat luar.. heehehhe...

 suka diurut badan selepas mandi.. amboiiii bontot besor nyer.. hahahha

Apapun dia adalah my little boy ibu.. manja sangat.. skang dah pandai jeles.. kalau kakak qaireen dok kat ibu mesti dia tolak.. tak pun tarik rambut.. tak padan ngan lapan bulan.. 



Encem boy ibu ni memang buat hati ibu cair.. dah kurus sket kot lasak sangat.. tak berhenti.. nanti dah dapat kaki lagi la tak terkejar ibu.. moga Ammar terus sihat dan berada dibawah lindungan Allah S.W.T.. Tuhan.. jaganya untukku..my arjuna beta... ibu tujukan lagu ni untuk Ammar..

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
 ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

5 comments:

  1. amboiii...comel nya baby aka..kee suka tengok telatah dya.. kirim salam ya... ;) akak..Kee ada tag akak dlm liebster award kee... http://leestrawberry.blogspot.com/2014/09/liebster-award2.html .. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks azraa sudi ziarah kesini. Nnt saya singgah ke blog azraa ye.. Salam perkenalan :)

      Delete
  3. Moment2 anak kita kecik2 mmg buatkan kita natural boleh kurus secara semulajadi. Yela, nak makan pon xsempat kdg2, layan adik, abang, kakak... Ending kita letih smp makan pon just buat syarat je.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kenari putih.. tapi itulah moment paling indah.. thanks sudi singgah ke blog picisan ni.. salam perkenalan dari saya.

      Delete

Feel free to drop your comment k.. tq =)