penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, September 10, 2014

Happy 5th Birthday Qaleesya!

Assalamualaikum.. 
Tanggal 31/8 aritu genaplah anak sulungku Puteri Qaleesya Humaira 5 tahun.. jap je dah besar anak ibu. Birthday girl punya wish.. nak celebrate birthday dengan kawan2 disekolah. Orait.. ibu ikutkan saja.. Uppss ada lagi, nak Choc cake Frozen.. hmmm... no problem.. uppsss nak kek yang ibu buat.. beli takmo! Hamboihhh dia punya wish, banyak le pulak.. baru ibu berangan nak order jer. Skali nak yg ibu buat.. so, anak punya pasal.. ibu yg tak pro bab baking sangat ni, buat la semampu mungkin.. demi anak tersayang. Sanggup ke nak hampakan permintaan si anak on her birthday pulak tu.. no no no.. 

Sejak dari tu, jenuh ibu ngadap Youtube cara nak letak Edible Image kt Chocolate Ganache.. biasa buat pakai fresh cream jer.. now she want topping choc ganache maa... google gambar Elsa dan Anna yang agak2 cun, email kt orang yg print Edible Image.. beli acuan kek yg besar sket.. yg ada kt umah  comel2 jer.. huhu.. prepare goodie bags utk kengkawan Qaleesya.. so, seminggu sebelum tu memang bz ngan benda ni. Dok memikior gak, camne nak relatekan choc ganache ngan Frozen???? Hai la anak...

So, dek kerana besdaynya jatuh ari cuti.. maka kami plan buat awal which is on 29 August tu.. dah contact cikgu, cikgu kata ok boleh datang kul 10 pagi masa tu diaorang rehat pagi. Abah pun amik cuti ari tu.. ini pertama kali sambut besday Qaleesya kt skolah.. sebelum ni wat kecik2 utk kami kt rumah jer.. kalau boleh ibu nak Qaleesya puas ati.  Hari Khamis tu, sebelah pagi ibu bakar kek.. dua adunan ibu buat coz acuan besar sket.. rasanya 2kg gak berat kek tu, maklumla choc moist cake kan.. Lepas solat zohor, ibu mulakan project buat chocolate ganache.. siap, biar sejuk sket baru tuang atas kek.. dah salut topping cantik.. masuk peti ais dulu.. then double boil white choc lak untuk disapu dibelakang edible image Frozen tu.. so that, bila letak dia cantik jer.. tak kedut2. Dapat tips dari blog kak Zu semanis gula.. (maklumla tak pro kan.. terpaksa la cari ilmu dari pembacaan dan youtube.. tima kasih pada yg sudi share)

Memang mencabar nak siapkan kek ni. Bukan apa.. si kecik Ammar kuat meragam semenjak nak tumbuh gigi.. drama air mata saja.. siap peluk kaki ibu lagi.. sabar jelah.. cuba siapkan kek dengan halwa telinga dari tangisan Si Ammar.. dalam hati zikir banyak2.. sabar.. sabar.. jgn hilang fokus.. penat sebab buat keje nak cepat pastu berlari dukung Ammar.. susukan dia.. dodoikan jap.. dah siap lekatkan Edible Image.. prepare buttercream plk nak hias.. then panggang badam hancur juga utk hias.. parut white choc kenkonon utk salji ler.. hahahha... idea, idea.. 

Dan bila siap, Qaleesya melompat gembira bila tengok kek sambil cakap "Waaa ibu pandai la.. emmm.. wangi la.. cantik kek Frozen.. kakak nak tunjuk kat kawan2.. pandai ibu kakak buat.. sedap... tima kasih ibu.. kakak sayang ibu.." Ya Allah..semua penat macam hilang.. disentap keluar dari badan.. camtu la rasanya bila tgk orang yg kita sayang happy dengan hasil keje kita walau tak secantik macam bakers yg pro buat.. ibu senyum sampai ke telinga.. hati berbunga2.. :)

 Ini hasil air tangan ibu untuk Qaleesya.. ibu puas hati sangat dapat tunaikan hasrat Qaleesya..

Goodie bags untuk kawan2 Qaleesya.. sape yg follow blog ibu pasti perasan yg plastic bag pink ni dah digunakan utk besday Qaireen 1 year old, masa celebrate besday Qaireen 2 tahun guna yg ni gak.. bukan apa.. banyak gila balance plastik ni.. so takkan nak buang.. guna jelah.. membazir itu sedara Syaitonn..

Esoknya Jumaat, 29 Ogos tu kul 10 pagi kami smapai skolah Qaleesya..dia ngah latihan Taekwondo berlari dapatkan ibu.. mana kek kakak ibu.. tu soklan dia.. nampak sangat tk sabar nak tunjuk kt kawan2.. hahha.. bebudak kan. Teruja lebih.

Ok jom layan gambar :)

 adik menyibuk disitu

muka debar jer.. dah dup dap dup dap kot nak potong kek.. 

masa ni semua ngah nyanyikan lagu happy birthday untuk Qaleesya

 Cikgu Nurul, cikgu kelas Qaleesya tolong dia potong kek :)

ours :)







Memang happy sangat tengok anak2 ni makan kek.. bertambah-tambah.. habis sebiji kek.. Alhamdulillah.. :)

 Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dr tgk dia tersenyum happy. Sampai skang ni dia still ucap thank you kat ibu coz buatkan kek Frozen utk dia. mesti cakap "ibu.. tima kasih yer.. saayang ibu.. ibu buat kek Frozen utk kakak.. " I'll do anything for you my dear..


 sesi bagi goodie bag :)




 Lepas habis majlis birthday ni, ada sambutan Kemerdekaan plk.. so ibu ngan abah tunggu jap kasi habis pastu terus bawa Qaleesya balik. Done for that day.. birthday girl balik tersenyum happy.. kami pun senang hati :)



















No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)