penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, September 17, 2014

JJCM - Captain Steamboat and Grill

Assalamualaikum..

Aku memang suka grill ni.. sementelah Ahad lepas my sis share gambar dia gi dinner kat tempat ni, maka hati melompat2 nak gi jugek.. pantang nampak tempat makan best sure nak try. 

Semalam hari Malaysia.. siang tak kemana dok umah layan anak2 jer.. lunch my hubby masak Fettucini Alfredo.. alhamdulillah.. mekasih sayang.. aku pulak, teringin nak makan Potato Fritters.. so, buat gak.. tu lunch kami.  Malamnyer terjah Captain Steamboat ni.. tapi bagi yg nak makan kt sini hari cuti, better korang call wat reservation dulu.. if not, gigit jari jelah. Memang full house uolls.. tu pun ada yang datang kena beratur tunggu turn.. kesian.

Haa tudia, pada yang nak makan kat sini boleh call dulu wat tempahan yer. Harga sangat berbaloi dengan makanan. Ada udang, ayam, daging, kambing yang diperap. Ada sotong, kerang, lala, macam2 fishball, meat ball, crab ball.. ada eksrem, bubur kacang doroyan, sup tulang, nasi lemak, air pulak ada sirap, sarsi, soya, minuman panas teh dan kopi dan banyak lagi la. Pada aku, memang berbaloi ngan harga malah rasanya murah gak la ni.

Oh ya, juga disediakan tempat permainan utk kanak2.. indoor uolls.. so, ibu ayah leh makan dengan selesa..

Ini permulaan.. ngeh ngeh..

Nasi lemak untuk si ibu yang tekak melayu ni.. liza dan nasi tak dapat dipisahkan hehehhe

Abah tukang masak dan tukang amik food.. ibu sibuk suap Ammar makan..kasi dia kenyang dulu baru ibu leh makan.. mak selalu fikir anak dulu kan...

Punyalah ramai orang malam ni.. jenuh beratur nak amik makanan.

Kat belakang tu tempat mainan budak2.. Qaleesya nampak mainan jer terus tak nak makan. Dari mula sampai hingga nak balik.. main jer.. dia just minum air saja.

Penuh dalam tu.

Qaireen gak yang makan hingga kenyang.. good adik.. :)

Hampir dua jam kat sini, kami pun balik. Bagi orang lain pula nak makan.. Ammar pun dah mengaruk coz ngantuk. So far, memang puas hati sangat.. pada yang nak gi kalau dari Setia Alam/Bandar Bukit Raja terus hingga jumpa traffic light simpat 4 meru tu, belok kiri.. terus lagi hingga jumpa traffic light. Terus lagi hingga nampak Captain Steamboat sebelah kanan.. dari jauh pun dah nampak kereta berderet parking tepi jalan.. 

Selamat menjamu selera yer :)


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)