penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 22, 2014

Simulasi Si Kecil Cerdik Haji

Assalamualaikum.. 

Tanggal 2 Oktober yang lalu (nampak nau entry peram.. huhu) Qaleesya join program Simulasi Si Kecil Cerdik Haji yang berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Aku memang suka kasi Qaleesya join program anjuran skolah ni. Saja nak bagi pendedahan pada dia dan bina keyakinan diri. Dan program ni sangat lah bermanfaat. Qaleesya pun sangat happy join program ni.. balik dok ulang "Labbaikallah hummalabbaik.." sampai habis. Qaireen pun dah terikut-ikut sama. Kan bagus tu. 

Yang join program harus berada di skolah selewat-lewatnya pukul 8 pagi. Bas akan bertolak ke Masjid Negeri pada pukul 8.30 pagi. Pagi tu memang kasi Qaleesya sarapan siap-siap kat rumah. Takut gak dia pengsan ke apa maklum la tengah-tengah panas. Cikgu ada gak cakap ibu bapa boleh pergi kalau nak tengok. Tapi memandangkan aku nak kena usung yang dua orang lagi ni.. agak leceh sket kalau Ammar nak susu ke apa.. sian pulak diaorang berpanas terik kt situ. 

Murid perempuan harus pakai macam ni, yang lelaki kena pakai pakaian ihram siap2. Alahai comel anak ibu pakai telekung cenggini.. sejuk perut ibu tgk.. 


Berkumpul dan beratur nak naik bas di sekolah.. alahai kecik jer anak dara ku dihujung sana.. hehhe

teruja naik bas.. dia kata "Qaleesya gi haji cam tokwan dan atok tau ibu, tapi Qaleesya tak naik aeroplane pun.." hahhaha..

Dah sampai ke masjid negeri..




 Kutip batu nak melontar di Jamrah


 Tawaf.. aku tepek gambar ni tak mengikut susunan.. ni pun letih nak choose mana nak letak.. banyak giler gambar yang aku save dari FB tadika.






TV3 siarkan dalam Malaysia Hari Ini pada pagi raya tu.. tersengih2 Qaleesya muka dia masuk tv.. curlasss.. ibu pun tak pernah masuk tv tau hahahha.. 

 Ni muka masa gi amik dia kt skolah tengahari tu.. muka letih tapi gembira. Masuk keta jer terus citer itu ini ngan ibu.. Qaleesya happy, ibu abah lagilah happy.. :) Mak Hajjah Puteri Qaleesya Humaira.. insyaAllah.. ibu doakan satu hari nanti kita sekeluarga dapat betul-betul ke Tanah Suci Mekah tunaikan haji. Ni pendedahan awal untuk Qaleesya.



 Siap ada passport lagi, jangan main2..

 Alhamdulillah.. complete semua.

Boarding pass dan rambut tahallul pertama Qaleesya.. memang ada rambut sket dalam plastik tu.. Ibu buat entry ni supaya bila Qaleesya besar, boleh tengok apa aktiviti Qaleesya masa kecik.. precious moment ni.. Doa moga Allah murah rezeki, kita ke Makkah tunaikan haji yer sayang... amin..

Meroti Lagi!!

Assalamualaikum..

Sejak ibu pandai buat roti ni, anak-anak selalu request "ibu, nak pizza", "ibu, nak roti bulat", "ibu, nak roti sosej".. wah main order je kan.. ahhaha... so, ibu pun kena lah wat stok tepung gandum dua tiga kilo kat umah, yis dua tiga peket, telur harus ada berpuluh biji.. bila anak-anak nak je, senang semua bahan dah ada.. tinggal nak buat jer. Rajin ngan idok jer.. selalunya paksa diri jadi rajin demi anak-anak. Kat rumah ni, tepung, gula, telur adalah bahan yang kena restok dua tiga kali sebulan. Jap je licin.. beli telur 30 biji sat jer settle.. sib baik abah tak komplen hehehhe... Jap buat kek, jap buat muffin, jap buat apam, jap buat roti, puding.. ibu korang ni xde keje lain dah.. asyik memerap kat dapur jelah. Cam nak request kitchen kabinet baru jer.. lagi semangat nak dok dapur hahahah.. melampau sangat aiihhhh!!!

Minggu lepas buat lagi la roti.. setengah kilo tepung. Resepi dah ada  kat SINI 
kot ada yang nak try buat kan. Jadi moh le kita tengok apa yang aku buat dengan setengah kilo tepung tu.

 mini pizza ni dapat dalam 6 pcs

 Large pizza.. en somi puji sedap.. roti dia lembut sangat katanya.. sekejapan licin. Tukang buat merasa satu slice jer.. huhu..


 Roti bulat tabur cheese ni pun sodap.. nampak jer cam cheese tu hangus, bila makan rangup dan lazat.. ni pun licin gak.. buat khas untuk Ammar, tapi melampau la kan Ammar nak habiskan semua.. besor bebenor perut dia.. dia makan dua biji jer.. tu pun kira banyak uollsss... 10 bulan habiskan dua biji..

 Gebu gebas roti cek..

Yang ni pun anak-anak suka.. pendek kata sume roti2 licin dimakan. Memang tak sia-sia buat.. hilang letih ibu menguli tepung. Berbaloi..

So, yang belum cuba, kenalah cuba. Memang puas hati bila kita buat sendiri untuk keluarga kita. Dijamin bersih dan halal.. dan pastinya lebih sedap coz ada ramuan yang orang lain tak dapat beri iaitu "kasih sayang". Itulah penyedapnya.. ;)

Aidiladha 2014 ~ Part 2

Assalamualaikum.. 

Kalau raya pertama dah beraya sakan sampai ke Ampang sana, raya kedua kami beraya di surau Ar-Rahman saja. Surau ni adalah surau berdekatan rumah. Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa kami tak balik beraya di kampung. Memang dah plan nak lakukan ibadah korban dan akikah untuk Qaireen dan Ammar di kampung (Langkawi). Tapi salah sendiri, lambat follow up ngan mak kt kampung, sudahnya quota untuk ibadah korban dah pun penuh. Maka masuk kat sini jelah.. mana-mana pun takpe janji buat kan. Yup, Qaireen dah 3 tahun baru nak buat akikah.. awal-awal dulu belum ada rezeki lebih.. skang ni alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki, buat sekaligus dengan Ammar dan masuk korban untuk aku dan suami. Syukur semua berjalan lancar. Terlaksana sudah tanggungjawab ibu dan abah untuk akikahkan Qaireen dan Ammar. Moga rezeki lebih murah, tahun depan boleh join korban lagi.

Seawal pagi, en. somi dan ke surau untuk majlis tersebut.. anak-anak bangun sibuk nak gi tengok lembu. Padahal masa hari raya pertama tu dah dua kali bawa tengok lembu-lembu tu. SMS en. somi, tapi dia kata ngan bz melapah kat surau.. so, xde chance lah bebudak ni nak tengok lembu tu buat kali terakhir. Dalam kul 11 lebih, en. somi balik rumah... mandi2 kami pun ke surau. Aku memang teringin gak nak gi rewang kat surau tu. Tapi memandangkan Ammar masih kecik, jap2 nak menyusu pastu asyik nak ngempeng ngan ibu jer.. camne nak buat keje. En. somi kata takpelah, biar dia jer yang gi. Tengahari tu ada jamuan disurau bagi bahagian yang buat akikah diaorang masak untuk kenduri. Ada kari kambing, sup tulang, daging masak kicap. Aku makan nasi gitu-gitu jer coz sibuk kejar anak.. anak-anak jap lari sana, jap lari sini.. ngan Ammar lagi jap merangkak sana sini.. maka ibu makan pun cam tak makan jer.. takpelah merasa gak walau tak sempurna. 


Ni je yang mak jemah sempat snap.. kaum adam makan kat bawah khemah, kaum hawa makan kat ruang legar depan surau.. seronok gak berkumpul cenggini.. merapatkan ukhuwah sesama jiran. Bukan senang nak jumpa especially yang perempuan-perempuan ni. Bila ada aktiviti cam ni baru dapat beramah mesra dan tambah kawan.

Ok, tu je lah citer raya haji kami.. ^___^

Tuesday, October 14, 2014

Berhabuk bersawang!

Assalamualaikum.. 

Blog dah berhabuk bersawang, ntah bila nak datang mood update blog personal ni.. skang membusy ngan blog bisnes jer.. banyak citer yang diperam,ntah bila nak start taip dan publish.. hmmm... dua tiga hari ni kurang sihat coz dah beberapa malam tak tido lena.. my only son tak sihat.. bila anak sakit, masakan mata ni dapat dipejam.. dia nak berdukung jer.. sayang anak ibu.. alhamdulillah.. today dah getting better.. rumah pun dah mcm tongkang pecah, kain pun dah menimbun.. basuh basuh basuh, tang melipat mcm siput.. now aku plk kurang sihat.. takpe, dugaan Allah.. syukur.. 

ok, nnt ada masa aku update blog.. tu pun kalau ada yang nak baca.. :)

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014 - Part 1

Assalamualaikum..

Tahun ni kami menyambut Aidiladha dirumah sendiri jer. Tak balik Johor coz mertua gi haji, tak balik Langkawi coz kami ada agenda disini.. Malam raya just masak rendang daging dan buat Cheese tart jer. Order ketupat tapi orangnya tak hantar sampai ke sudah.. takpelah anggap xde rezeki nak makan ketupat orang tu. Cuma peniaga diluar sana, jangan jadi penipu customer. Tak baik hokay!!

 Rendang daging resepi mak


 Blueberry cheesetart.. first time buat. Alhamdulillah yg makan ckp sedap..

Pagi raya lepas solat, suruh hubby gi cari lemang. Yelah, nak makan rendang ngan apa kalau ketupat xde, nasi impit pun tak de.. takkan nak ratah rendang semata. Lepas beli lemang dua batang, sib baik ada orang jual lemang kat Jalan Kapar tu. Panas2 lagi.. kami pun gerak ke rumah kakak aku di Sunway. Beraya disana.




 

Sebelum gerak ke sunway

Juadah raya kami. Kakak aku masak Laksa utara, nasi patani, puding, kek, cheesekut..makan sampai sendat hehehe.. lemang yang beli tu sangat sedap uolls...



sebelah petang kami konvoi ramai-ramai ke rumah sedara diAmpang. Kat sana ada nasi daging, ketupat palas, lontong, mee rebus.. makan lagi.. malam baru balik rumah. Tu jer citer raya aidiladha hari pertama.. simple tapi meriah. Alhamdulillah... 


Friday, October 3, 2014

Congratulation Puteri Aifa Yusra!!

Assalamualaikum...

Ahad lepas majlis konvokesyen anak sedaraku yang belajar kat UNIKL tu.. majlis berlangsung di PICC. Patutnya hari tu aku juga ada Motivation Rally anjuran Shaklee kat SACC, Shah Alam. Tapi demi Aifa, kubatalkan pergi motivaton rally tu. Apapun terjadi family come first kan.. konvo ni satu majlis yang sangat bermakna tau. Pada aku, gembiranya nak konvo ni lebih dari bersanding lah! Kita dah berpenat lelah belajar bertahun-tahun, dan inilah hasilnya.. memang patut diraikan. 

Kami gerak dari rumah agak lewat gak dah. Konvo start kul 2, kami kul 12 lebih baru kuar umah. Singgah Giant dulu amik gambar pasport Qaleesya, maklumlah anak dara i nak gi haji kan.. yang tu nanti aku update next entry yer. Then bila dah sampai Putrajaya, singgah Presint 11 dulu gi amik tudung yang aku beli dari kawan aku. Singgah solat kat surau Presint 11 baru gerak ke PICC. Sampai PICC dah kul 3 lebih. So, bermulalah proses menunggu cek mek graduan kuar dewan.. Sib baik la anak-anak tak buat hal. Punyalah ramai orang, sampai ada yang tido atas lantai coz lama sangat menunggu. Aifaa keluar dewan dalam kul 6 petang. Sebelum dia kuar dewan, sempat la aku pi beli sejambak bunga untuk dia.. konvo tanpa bunga, mana best! Sonok ooo dapat bunga banyak... 

 Kami yang menunggu tanpa jemu. Tengok penuh bunga kat meja tu.. semua untuk Cik Aifa hheheheh

Kakak yang bagus.. tak buat hal, walau tunggu lama.


 Selfie ngan qaireen.. boring.. hahahhah..

 Inilah orang yang dinanti sudah keluar.. tahniah Aifa.. makcik bangga dengan Aifa.. lepas ni keje elok2 yer.. cun tak anak sedara aiii hik hik hik..

Aku, kakak aku (mak si Aifa), Aifa dan sepupu ku Cik Niqa..

Lepas habis acara bergambar, kami pun terjah Restoran D Tasek Bangi.. lapar ooo dari tengahari tak makan. Alhamdulilah rezeki malam tu, thanks Apik belanja :)

Pizza oh Pizza..

Assalamualaikum.. 

Emm buat pizza lagi. Bila anak-anak suka makan, ibu kenalah rajin buat. Menguli la setengah kilo tepung dipetang hari demi anak-anak ku sayang. 

Ada yang nak resepi pizza/bun/roti sosej ni, boleh amik kat bawah yer.. to be honest, memang sedap dan lembut. Puas hati makan roti ari tu. Setengah kilo tepung dapat dua pizza, satu roti sosej dan roti pizza mini sosej.. dah buat nanti, pepandai korang la nak bentuk macamana.. best oo..

Pizza/bun/Roti Hotdog

Bahan:
- 500gm tepung gandum + sedikit garam
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu butter
- 300ml air suam
- yis sebungkus (11gm)
- 1 biji telur

Cara:
- Satukan telur, susu pekat, yis, gula dan air suam. Kacau sampai gula hancur dan biarkan yis berbuih.
- Bila dah berbuih masukkan yis ke dalam bahan kering (tepung dan sedikit garam tadi)
- Uli sampai tidak melekat pada jari dan masukkan butter.
- Uli lagi sampai kental
- Biarkan satu setengah jam hingga naik dua kali ganda
- lepas tu, boleh bentuk ikut suka hati nak buat bun ke, nak buat roti sosej ke, nak buat pizza ke.. setelah dibentuk, biarkan setengah jam sebelum bakar bag dia naik. 

Saya buat sos pizza segera jer.. beli sos spagetti cendawan Kimball, sapukan kat atas doh pizza. tabur cheese mozarella/cheddar. Letak topping yang disukai, letak mayonis dan sos cili sket.. tabur cheese lagi..boleh la bakar pada suhu 170 celcius. Masak hingga dah nampak kekuningan. bukan kehitaman ya!!

 haaa naik tak doh aiii setimbun uools

tedia... ni mak pak punya, spicy.

ni anak2 punya.. tak pedas. Aku canai tak nipis sangat, so bila masak memang gebus gebas pizza ku.. korang nak buat, canai kasi nipis sket yer.



tapi rotinya memang lembut dan sedap lah. Tak caya, korang kena buat sendiri dan rasakan keenakannya.. good luck, selamat mencuba :)

 My satisfied customer heehehhe...