penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014 - Part 1

Assalamualaikum..

Tahun ni kami menyambut Aidiladha dirumah sendiri jer. Tak balik Johor coz mertua gi haji, tak balik Langkawi coz kami ada agenda disini.. Malam raya just masak rendang daging dan buat Cheese tart jer. Order ketupat tapi orangnya tak hantar sampai ke sudah.. takpelah anggap xde rezeki nak makan ketupat orang tu. Cuma peniaga diluar sana, jangan jadi penipu customer. Tak baik hokay!!

 Rendang daging resepi mak


 Blueberry cheesetart.. first time buat. Alhamdulillah yg makan ckp sedap..

Pagi raya lepas solat, suruh hubby gi cari lemang. Yelah, nak makan rendang ngan apa kalau ketupat xde, nasi impit pun tak de.. takkan nak ratah rendang semata. Lepas beli lemang dua batang, sib baik ada orang jual lemang kat Jalan Kapar tu. Panas2 lagi.. kami pun gerak ke rumah kakak aku di Sunway. Beraya disana.




 

Sebelum gerak ke sunway

Juadah raya kami. Kakak aku masak Laksa utara, nasi patani, puding, kek, cheesekut..makan sampai sendat hehehe.. lemang yang beli tu sangat sedap uolls...



sebelah petang kami konvoi ramai-ramai ke rumah sedara diAmpang. Kat sana ada nasi daging, ketupat palas, lontong, mee rebus.. makan lagi.. malam baru balik rumah. Tu jer citer raya aidiladha hari pertama.. simple tapi meriah. Alhamdulillah... 


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)